5 Kampus Universiti Paling Cantik Di Dunia

Apabila menuntut di universiti, semua pelajar sememangnya mengingnkan suasana pembelajaran yang kondusif dan tenang.

 

Apabila belajar, suasana sekeliling memang memainkan peranan yang penting. Agak mustahil untuk menyerap seratus peratus apa yang kita belajar kalau tempat belajar tersebut bising, semak-samun, berbau dan tak selesa dipandang.

 

Sebab itulah kampus atau kolej kediaman memainkan peranan yang penting sebab di situlah mahasiswa menghabiskan hampir separuh daripada hari mereka selain di kuliah, terutamanya pada waktu malam di mana memang kita sedia maklum waktu malam merupakan waktu paling menangkap untuk belajar.

 

Tapi kalau kampus pun dah macam apartmen tahun 70 an, tiap-tiap malam bising dengan budak-budak berlari-lari, terjerit-jerit, penuh dengan sampah, fasiliti belajar yang tak lengkap (kerusi dan meja contohnya), memang mustahil untuk mewujudkan suasana belajar yang kondusif.

 

Lebih-lebih pula dengan jumlah pengambilan pelajar yang semakin bertambah setiap tahun tetapi kemudahan fasiliti tidak ditambah, memaksa pelajar untuk menyewa rumah di luar. Untuk menjimatkan duit sewa pula, selalunya student akan sewa ramai-ramai dalam sebuah rumah atau apartment dan cram sesak-sesak dalam tu. Lagilah susah nak belajar.

 

Jadi tak nak cakap banyak, di sini ditampilkan 5 kampus universiti paling cantik di dunia.

 
 

1.  Cite a Docks by Cattani Architects – Le Havre, France

 

kampus

 

 

 

Dibina daripada bekas-bekas kargo perkapalan, kampus kediaman yang moden ini dilengkapi dengan bilik mandi dan dapur sendiri. Rekabentuknya diangkat sedikit daripada tanah untuk mewujudkan ruang bagi tempat letak basikal, taman dan tempat untuk berteduh.

 
 

2.  The Campagneplein Dormitory at University Twente by Arons & Gelauff Architects – Enschende, Netherlands

 

 

 

 

Apa yang menariknya mengenai kampus kediaman berketinggian 9 tingkat ini adalah salah satu sudutnya adalah climbing wall yang merupakan kedua tertinggi di Netherlands. Siapa yang terasa nak adventure pergi kelas tu mungkin boleh turun atau naik bilik dengan cara wall climbing.

 
 

3.  “Smarties” at Utrecht University by Marlies Rohmer – Utrecht, Netherlands

 

 

 

 

Antara ciri-ciri menarik ialah buaian gergasi di mana kampus kediaman yang dihiasi dengan rekabentuk pixel pada bahagian luarannya ini dibina khas untuk masalah kekurangan rumah bagi anak-anak muda di Utrecht. Ianya agak padat di dalamnya tetapi masih nampak cantik juga.

 
 

4.  Simmons Hall at MIT by Steven Holl – Cambridge, Massachusetts, US

 

 

 

 

Walaupun bangunan ini kelihatan agak besar (195,000 kaki persegi), namun ia hanya menempatkan seramai 350 orang pelajar dan dilengkapi dengan teater 125 tempat duduk, kafe waktu malam dan kemudahan yang canggih dan amat selesa.

 
 

 

5.  Tietgen Dormitory by Lundgaard & Tranberg Architects – Copenhagen, Denmark

 

 
 

P/s: cantik dan nampak high-class kan? Malaysia agak-agak pada masa hadapan ada satu tak? hee ^_^

 

via – RACCOS STORY

Incoming search terms:

  • universiti terbesar di malaysia
  • universiti paling besar di malaysia
  • universiti terluas di malaysia
  • uitm terbesar di malaysia
  • universiti terbesar di dunia
Artikel lain..

Comments

  1. Pengkritik tidak bertauliah says

    Gambar yg ke-10 tu mmg betul2 superb lah! cantiknyaaaa!! sebijik cam shopping mall mewah 5 bintang… nak ke sana!

    • syeela says

      setuju. penah masuk UTP. kt tronoh kan? aku dgn kwn2 study uitm sri iskandar. ramai ckp design Chancellor hall dia mmg cantik. ktrong pun curi2 masuk nk tgk. mmg betul org ckp. mmg cantik design dia :)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *