5 Makanan Termahal Dunia

Untuk pengemar makanan yang sukar di cari dan eksotik, pasti tidak akan melepaskan peluang untuk merasa sendiri makanan tersebut sama ada mahal ataupun tidak sekiranya mereka mampu. Kali ini ingin dikongsikan 5 makanan termahal di dunia untuk menjadi tatapan mata semua.

 

 

1.  Steak wagyu di Tokyo, Jepun

 

makanan

 

Aragawa adalah kedai steak pertama di Tokyo, Jepun. Spesialisasi menunya adalah daging lembu Kobe lokal berkualitas tinggi dan daging Wagyu yang terkenal dengan rasa lazatnya dan teksturnya yang lembut. Daging hanya disajikan dengan saus mustard dan merica. Harganya US$ 368untuk satu porsi steak. Kualiti dagingnya yang tinggi membuat rasanya sangat lazat walaupun diolah hanya dengan kuah yang sedikit.

 

 

2.  Ayam kukus tanpa kulit di Paris, Perancis

 

 

Alain Ducasse au Plaza Athénée, di Paris adalah restoran yang menyajikan menu autentik Perancis. Ruang makan dihias dengan sangat mewah. Layanan yang diberikan sangat istimewa dan berkelas. Untuk menu ayam kukus tanpa kulit di restoran mewah tersebut berharga US$ 260 .

 

 

3.  Ikan bass yang disajikan dengan kaviar di Brussels, Belgium

 

 

Alsace Pinot Blanc merupakan taman yang agak peribadi yang terletak di Bruneau, Brussels, Belgium. Tempat makan berkelas ini menyediakan menu yang sangat menggoda iaitu, “Fillet of Bass with Imperial Osetra Caviar”. Ikan Bass yang telah di fillet disajikan dengan kaviar yang berasal dari ikan albino langka yang hidup di laut Kaspia. Harganya US$ 200 .

 

4.  Kambing panggang di Dubai, Uni Emirat Arab

 

 

Gordon Ramsay’s Verre memiliki chef selebriti yang menyajikan masakan Eropah moden yang khas dan berbeza. Tempat ini mendapat pengakuan internasional dan sering mendapat pujian dari para pengkritik kuliner. Salah satu menu handalannya adalah “Roast Lamb with Aubergine Gratin”. Iaitu, kambing panggang yang disajikan dengan terung, ditabur dengan parutan keju dan tomato. Harganya US$ 70 .

 

 

5.  Ais krim di New York, Amerika Syarikat

 

 

Menu ais krim “Golden Opulence Sundae” di New York City’s Serendipity, berharga US$ 1000 . Boleh dikatakan menu tersebut adalah ais krim sundae termahal di dunia. Isinya sundae tersebut iaitu ais krim vanilla, yang bahan asasnya berkualiti tinggi berasal dari Tahiti dan Madagaskar.

 

Selain itu, ada ais Krim Cokelat Chuao yang berasal dari daerah pantai di Venezuela. Toppingnya terdiri dari buah-buahan Parisian, kaviar Grand Passion. AISs krim dihiasi dengan emas 23 karat berbentuk daun dan disajikan dalam gelas kristal Harcourt berbentuk piala. Sudu untuk menyuap ais krim sundae terbuat dari emas 18 karat.

 

P/s: Mahal betul harga makanan-makanan tu, duit banyak boleh la..hee ^_^
 

via – borakkosong.com

Incoming search terms:

  • makanan eksotik
  • makanan eksotik di dunia
  • makanan termahal
  • makanan termahal didunia
  • makanan paling mahal didunia
Artikel lain..

Comments

Trackbacks

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *