6 Fenomena Paling Misteri Yang Berlaku Di Lautan

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera, bila cerita pasal laut, ramai yang beranggapan ialah suatu tempat yang tenang lagi menenangkan, tapi ramai tak tahu yang banyak perkara misteri sebenarnya berlaku di lautan. Ada perkara-perkara yang tidak masuk akal boleh berlaku di lautan, iaitu bagaimana kapal laut atau kapal terbang boleh hilang tanpa dikesan di tengah lautan, ada pusaran air yang dashyat dan sebagainya. Berikut antara 6 Fenomena paling misteri yang berlaku di lautan..

 

1. Segitiga Bermuda

 

 

Meliputi wilayah yang luasnya jutaan kilometer persegi. Disebut segitiga kerana lokasinya yang berada di antara tiga wilayah, iaitu Kepulauan Bermuda, Puerto Rico di Mexico, dan Pantai Florida, AS.

 

Misteri Segitiga Bermuda dipicu peristiwa hilangnya skuadron yang terdiri dari lima pembom torpedo Angkatan Laut AS pada 5 Disember 1945. Jasad 14 kru Penerbangan 19 hingga saat ini tidak ditemui. Setidaknya ada 50 kapal dan pesawat yang dilaporkan hilang di wilayah itu. Namun, Segitiga Bermuda kehilangan reputasi mistiknya, juga daya tariknya pertengahan tahun 1980-an.

 

Sejumlah teori berusaha menjelaskan fenomena aneh di Segitiga Bermuda – dari pseudosains, paranormal, sampai UFO. Namun, yang paling meyakinkan dikemukakan oleh Joseph Monaghan dari Monash University. Pada 2003, ilmuwan tersebut menulis artikel dalam American Journal of Physics. Judulnya, ‘Bolehkah Gelembung Metana Menenggelamkan Kapal?’

 

Menurut Monaghan, gelembung besar boleh terbentuk dari deposit metana padat, yang dikenali dengan gas hidrat. Untuk diketahui gas metana boleh memadat di bawah tekanan besar di dalam laut. Deposit metana yang mirip ais boleh pecah, berubah jadi gas, dan menciptakan gelembung di permukaan air. Konsentrasi gas yang lepas boleh menyebabkan kerosakan alat elektronik pada pesawat juga kapal. Tak hanya itu, kapal boleh tenggelam di lokasi tersebut kerana pengurangan kepadatan (densiti) air secara mendadak.

 

Fenomena lain di Segitiga Bermuda disebut Flying Dutchman – lenyapnya kru kapal secara misteri. Teori ilmiah ditawarkan untuk menjelaskan dari hilangnya para pelaut itu. Yakni infrasonik. Beberapa saintis yakin, infrasonik itu menimbulkan gelembung gas metana ketika naik ke permukaan.

 

Getaran infrasonik memicu resonansi berbahaya di jantung dan pembuluh darah. Ketika itu, manusia yang terkena boleh diserang panik. Ini mungkin yang membuat para pelaut panik dan melompat ke luar kapal – untuk melepaskan diri dari perasaan aneh yang menimpanya.

 

Bagaimanapun, tak ada satu pun teori yang menjelaskan, mengapa pada pertengahan tahun 1980-an, Segitiga Bermuda berhenti melahap kapal dan pesawat. Mungkin kerana kemajuan teknologi pesawat dan kapal.

 

 

2. Laut Sargasso

 

 

Ramai orang menyamakan Laut Sargasso dengan Segitiga Bermuda. Padahal perairan ini terdapat di tenggara Segitiga Bermuda di Samudera Atlantik. Ada beberapa keunikan di wilayah ini. Samudera bergerak mengikut jarum jam, terdapat banyak alga Sargassum di dalamnya.

 

Laut ini memiliki pusaran raksasa yang memiliki aturannya sendiri. Suhu di luar pusaran jauh lebih tinggi dari bahagian luarnya. Sejumlah orang yang berlayar di sana mengaku melihat fatamorgana misalnya, matahari terbit di Timur dan Barat dalam waktu bersamaan.

 

Richard Sylvester dari University of Western Australia berpendapat, pusaran raksasa Sargasso bersifat sentrifugal – yang lantas menciptakan pusaran kecil yang mencapai wilayah segitiga bermuda. Pusaran kecil ini menimbulkan siklon mini di udara – cukup kuat untuk mencelakakan sebuah pesawat kecil.

 

 

3. Laut Syaitan (Devil’s Sea)

 

 

Ini adalah wilayah di Pasifik, sekitar Pulau Miyake – 100 kilometer Selatan Tokyo. ‘Saudara’ Segitiga Bermuda ini tidak boleh ditemui di peta mana pun, namun para pelaut memilih untuk menghindarinya. Badai boleh muncul secara tiba-tiba dan menghilang sama mendadaknya. Paus, lumba-lumba, bahkan burung tak hidup di wilayah itu. Sembilan kapal menghilang dalam waktu lima tahun pada tahun 1950-an. Yang paling terkenal adalah menghilangnya Kaiyo Maru No.5, kapal penyelidikan Jepun.

 

Laut Syaitan berada di kawasan seismik yang sangat aktif. Lantai laut bergerak konstan. Pulau vulkanik muncul dan menghilang secara biasa. Wilayah ini juga diketahui sangat aktif aktiviti siklonnya.

 

 

4. Tanjung Harapan

 

Daerah ini juga dikenali sebagai Tanjung Badai. Kapal-kapal besar tenggelam dalam kurun waktu ratusan tahun. Sebahagian besar kapal hancur kerana cuaca buruk, khususnya ombak maut, atau ‘cape roller’. Para saintis menyebutnya gelombang soliter – yang tingginya boleh mencapai 30 meter, sejatinya terdiri dari dua ombak yang bergabung menjadi satu.

 

Gelombang raksasa itu menciptakan rongga besar, yang tingginya hanya sedikit lebih rendah dari gelombang itu. Meskipun fenomena ombak ini boleh terjadi di laut lainnya, namun area di Tanjung Harapan yang paling bahaya.

 

 

 

5. Bahagian Timur Samudera Hindia dan Teluk Parsi

 

Daerah ini dikenali dengan fenomena yang sangat mengagumkan dan misteri, dengan lingkaran cahaya raksasa yang berputar-putar di permukaan air.

 

Ahli kelautan Jerman, Kurt Kahle percaya, fenomena itu adalah akibat dari gempa bawah laut, yang menimbulkan pendaran plankton. Lalu timbul gerakan seperti putaran roda. Namun, hipotesis ini menuai kritik akhir-akhir ini kerana belum mampu menjelaskan transformasi lingkaran cahaya secara logik. Sains moden juga belum mampu menjelaskan bentuk lingkaran sempurna objek tersebut. Kerananya, muncul teori baru iaitu UFO.

 

 

6. Pusaran air (maelstrom)

 

 

Meskipun tak terlalu mengagumkan seperti pusaran air di Laut Sargasso. Namun para pelaut tahu fenomena menakjubkan tentang pusaran jenis ini. Pusaran air ini terjadi dua kali sehari, di bahagian barat laut Laut Norwegia Kata ‘maelstrom’ dipopularkan oleh Edgar Alan Poe. Maelstrom adalah air yang berputar kuat dan besar. Permukaan air dari pusaran lebih rendah puluhan meter dari permukaan air laut. Kekuatannya puluhan kali lipat dari arus biasa.

 

Yang anehnya, pusaran berubah arah berlawanan setiap tiga sampai empat bulan. Boleh terjadi di mana pun, termasuk Segitiga Bermuda. Diyakini, pusaran berputar berlawanan arah jarum jam di belahan bumi utara dan mengikut jarum jam di bahagian bumi selatan.

 

Kredit to Vivanews

Incoming search terms:

  • segitiga bermuda
  • perkara pelik yang berlaku di dunia
  • perkara misteri
  • misteri tanjung tuan
  • pusaran air di tanjung tuan
Artikel lain..

Comments

  1. zaki says

    saya ada info tambahan utk segitiga bermuda @ Devil’s Triangle….ni dari channel History
    teori 1- awan kat triangle niada kadar cas-cas tertentu yg di’stimulate’kan oleh overexposed to solar energy…scientist ni buat research and positive hasilnya melainkan time travel theory negative…awan sana lebih kuat cas drpd normal and kacau compass…awan tu nme dye electronic fog….explain disappearance of flights

    teori 2 – numerous small waves gather and form a mysterious and extremely big waves (Proven by physic)..explain disappearance of ships…(tapi x sure leftover ada jumpa ke x)

    teori 3 – paling ridiculous..UFO..ada satu pangkalan US mcm Area 51 tapi yg ni versi laut…no trespassing sign found…(mcm Area 51 gak)

    • Nizarazu says

      terima kasih atas infonya.. actually banyak sangat teori atau info berkenaan segitiga bermuda ni, wallahua’lam

  2. apex says

    zaki, ader satu lagi teori yg mengatakan ader raksasa laut yg bernama magnathorax kat segitiga bermuda ney…
    keje dier memakan semua pesawat dan kapal2 yg lalu kat segitiga bermuda…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *