Adakah Kartun SpongeBob SquarePants Beri Kesan Buruk Kepada Kanak-Kanak?

Menurut satu kajian yang diterbitkan dalam Jurnal Pediatricks edisi 12 September, seramai 60 kanak-kanak berusia 4 tahun di beri tugas menonton cerita kartun animasi SpongeBob selama 9 minit. Setelah selesai tontonan, kanak-kanak tadi diambil ujian FUNGSI MENTAL mereka hasilnya kanak2 yang yang menonton kartun SpongeBob terukur lebih buruk berbanding rakan-rakan mereka yang tidak menonton.

 

 

Tayangan animasi SpongeBob dengan GERAK CEPAT serta KAREKTER FANTASI mungkin terlalu banyak dan rumit untuk dicerna oleh otak kanak-kanak dalam usia prasekolah.

 

SPONGEBOB SQUAREPANTS’ boleh memberi kesan NEGATIF pada fungsi FOKUS dan MEMORI anak-anak yang berusia 4 tahun. Semua kesan itu hanya memerlukan waktu kurang 10 minit dari masa tayangannya.

 

“…fungsi eksekutif pada dasarnya untuk mengukur kemampuan anda untuk tetap pada tugas, tidak terganggu dan untuk bertahan pada tugas “.
Menurut seorang doktor kanak2 yang bertugas di klinik kanak-kanak Seattle, Dr.Dimitri Christakis.

 

” Ramai ibubapa memiliki aturan tentang jumlah program tv yang anak-anak mereka boleh tonton tetapi jauh sedikit pada BATASAN isi kandungan apa yang anak-anak mereka tonton “.

 

Seterusnya Dr.Dimitri Christakis mengesyorkan pada ibubapa…mereka perlu menyedari bahawa kartun jenis ini TIDAK SESUAI untuk anak-anak mereka.

 

 

Manakala pihak Nickelodeon yang memiliki hak ke atas kartun SpongeBob SquarePants, MEMBANTAH keras keatas hasil temuan itu. Mereka menegaskan siri kartun itu diarahkan sesuai untuk kanak-kanak usia 6 hingga 11 tahun.

 

Pada pendapat ayie, untuk orang dewasa memang tak ada masalah menonton kartun lucu SpongeBob ni…tetapi untuk kanak-kanak berusia 4 tahun mungkin tak sesuai kerana kartun ni memang punya imaginasi yang tinggi untuk kanak2 berusia seawal 4 tahun. Terlalu rumit dan membebankan otak mereka untuk mencernanya. Perlakuan dan dialog watak-wataknya juga adakalanya kasar dan melebih-lebih.

 

 

P/s: Jadi bagi yang meminati siri kartun Spongebob ni, apa pendapat anda?

 

SUmber : Puteragahara

Incoming search terms:

  • gambar kartun bergerak
  • animasi kartun
  • kartun lucu
  • kartun bergerak
  • animasi bergerak lucu
Artikel lain..

Comments

  1. B-TEN says

    Mmg kesan nya buruk pn berbanding upin dan ipin.klu upin ipin bgs utk kanak2.
    Banyak nasihat dari opah yg senang difahami kanak2.

  2. siti hawa says

    Memang lah salah, tapi spongebob ni membuatkan kiter lebih suka berdikari dan lain-lain. Tapi tak silap saya spongebob ini merupakan kartun yang terbaik di dunia ini. Sekadar nasihat

Trackbacks

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *