• Home
  • Disclaimer
  • Link Exchange
  • Contact

Nizarazu.com

Sumber Informasi Anda!

  • Info
  • Isu Semasa
  • Agama
  • Pendidikan
  • Sukan
  • Hiburan
  • Resipi
You are Here: Nizarazu » Info » Krisis Di Sabah! Adik Kiram Bincang Menamatkan Pencerobohan

Krisis Di Sabah! Adik Kiram Bincang Menamatkan Pencerobohan

March 12, 2013 By Nizarazu Leave a Comment

  • Tweet
  • Tweet

Seorang adik pemimpin puak pengganas Sulu, Jamalul Kiram III mengadakan pertemuan selama dua jam dengan Setiausaha Dalam Negeri Filipina, Manuel Roxas II di ibu pejabat polis di pinggir bandar Quezon, utara Manila semalam.

Menurut akhbar dalam talian Inquirer.net, pertemuan antara Bantilan Esmail Kiram II yang merupakan adik Jamalul Kiram dengan Roxas menunjukkan kesediaan keluarga Kiram untuk menamatkan pencerobohan di Lahad Datu, Sabah.

Sebelum ini, para pengikut Jamalul Kiram menceroboh Sabah pada 12 Februari lalu dan bertempur dengan anggota-anggota keselamatan Malaysia.

Kumpulan pengikut itu mendakwa mereka menuntut tanah warisan nenek moyang Jamalul Kiram di Lahad Datu.

 

Pertemuan antara Esmail Kiram dengan Roxas itu membincangkan strategi untuk menamatkan krisis di Sabah.

Pendedahan tersebut dibuat pada sidang akhbar adik Jamalul Kiram itu yang disertai beberapa anggota keluarganya selepas pertemuan tersebut berlangsung.

Bagaimanapun, Esmail Kiram enggan mendedahkan butiran terperinci tentang pertemuan itu dengan menyatakan cadangan mereka untuk menamatkan krisis tersebut perlu diketahui oleh Presiden Filipin, Benigno Aquino III terlebih dahulu.

Menurutnya, beliau pernah diundang oleh kerajaan Malaysia untuk bercakap dengan adiknya, Azzimuddie Kiram dan membantu dalam rundingan tetapi usaha tersebut menjadi sia-sia.

Azzimuddie merupakan ketua pengganas Sulu di Sabah yang mengetuai serangan terhadap anggota-anggota keselamatan Malaysia.

“Tidak ada keperluan untuk saya pergi ke sana. Beliau (Azzimuddie) memberitahu saya, beliau tegas dengan keputusannya untuk berada di Sabah,” kata Esmail Kiram.

“Saya bimbang akan berlaku sesuatu terhadap diri saya,” tambahnya.

“Pilihan kedua yang ditawarkan kepada saya adalah untuk menghantar satu pihak ke Malaysia bagi memastikan keselamatan keluarga Kiram dan para pegawai pemerintah Filipina.

“Namun, saya terkejut kerana kerajaan Malaysia sehingga kini tidak memberikan sebarang reaksi,” kata Esmail Kiram.

“Ia bukan lagi menjadi kesalahan kami,” tambahnya.

Menurutnya, jika beliau memujuk Azzimuddie untuk kembali ke Filipina dan meletakkan senjata, pujukan itu mungkin tidak didengari.

“Adalah sukar untuk menyuruhnya untuk pulang. Beliau pergi dengan kehendak sendiri,” kata Esmail Kiram.

Beliau berkata, Azzimuddie tidak pernah memberitahunya tentang rancangan untuk ke Sabah.

“Beliau (Azzimuddie) berkata, tujuannya hanya untuk tinggal di sana kerana ia merupakan tanah kami dan mereka membawa senjata demi untuk keselamatan diri,” katanya.

Esmail Kiram juga memberitahu pemberita bahawa Jamalul Kiram melarang anak perempuannya, Jacel Kiram daripada bercakap kepada media tentang isu pencerobohan di Sabah.

Menurutnya, hanya Abraham Idjirani dibenarkan untuk memberikan kenyataan kepada media.

Beliau berkata, Jacel yang merupakan seorang wanita mungkin beremosi ketika membuat kenyataan.

Ketika ditanya tentang dakwaan kekejaman polis Malaysia terhadap imigran Filipina di Sabah, Esmail Kiram menyatakan, ia bukan perkara baharu dan layanan buruk tersebut berlaku sejak sebelum krisis di Sabah berlaku.

“Mereka telah melayan warga Filipina bukan sebagai manusia biasa.

“Apa yang mereka lakukan adalah tidak mengikut Islam dan perlakuan orang tidak percayakan Islam,” tambahnya.

Sementara itu, ketika mengulas tentang pertemuan dengan Esmail Kiram, Roxas memberitahu, tiada imuniti ditawarkan kepada keluarga Kiram daripada tindakan undang-undang semasa mereka bertemu.

Menurutnya, pertemuan tersebut menumpukan tentang isu pengunduran para penceroboh tersebut. – Kosmo Online

 

Jangan lupa klik like kat bawah dan share kepada kawan-kawan lain :)

Artikel lain..
Haiwan Pun Boleh Kenakan Manusia?
32 Rahsia Israel Yang Korang Perlu Tahu
Bekas Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Meninggal Dunia
Krisis Di Sabah! Pengganas Disifatkan Kejam Dan Tidak Berperikemanusiaan
Ubat Botak Boleh Ubah Lelaki Jadi Wanita?
Pejabat Google Di Zurich Yang Sangat Cool
Petua Untuk Elak Dan Menyembukan Selsema
Keajaiban Dan Keanehan Air Zam-Zam

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

NizarazuDotCom Fanpage

Follow Instagram

This error message is only visible to WordPress admins

Error: No connected account.

Please go to the Instagram Feed settings page to connect an account.

Pilihan Pembaca

  • Cara Mudah Cerahkan Kulit Tangan Dan Kaki
  • Kemunjulan Dajjal Semakin Hampir
  • Cara Menghilangkan Jeragat, Jerawat Dan Parut Jerawat – Berkesan
  • Hukum Lelaki Memakai Baju Warna Merah
  • Teknik Manipulasi ASB Yang Tidak Diketahui Umum

Post Terbaru

  • Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus Ogos 2018
  • Status Facebook Yang Menghapuskan Semua Pahala Amal Soleh
  • Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus Januari 2018
  • Perkataan Yang Boleh Menjadikan Seseorang Itu Murtad
  • Hukum Potong Rambut Dan Kuku Bagi Peserta Korban Hari Raya Aidiladha

Popular Post Dalam 24 Jam

  • Ciri-Ciri Isteri Derhaka Menurut Rasullullah99
  • Taubat Nasuha Dan Cara Melaksanakan Solat Sunat Taubat38
  • 12 Ayat-Ayat Cinta Untuk Mencairkan Hati Pasangan38
  • Senarai Lokasi Restoran Ramly Burger Di Malaysia30
  • Cara Mudah Cerahkan Kulit Tangan Dan Kaki20

Iklan

Recent Comments

  • Taubat Nasuha Dan Cara Melaksanakan Solat Sunat Taubat – Info Sahih on Taubat Nasuha Dan Cara Melaksanakan Solat Sunat Taubat
  • Kata Ucapan Selamat Hari Minggu – kata on Sekitar Gambar Perkahwinan Fizo Omar Dan Mawar 10 November 2013
  • Mally on Senarai Lokasi Restoran Ramly Burger Di Malaysia
  • Kumpulan Gambar Greeting Card Hari Ibu | Rochman Blog on Koleksi SMS Ucapan Hari Raya
  • dinda on Kebenaran Islam Tentang Kucing Sejak 1500 Tahun Yang Lalu
  • Syaerozi on Adakah Kredit Maxis Anda Pernah Hilang Tiba-Tiba?

Tags

AFC CUP 2015 AFF Suzuki Cup 2014 astro arena astro arena 801 astro arena live astro arena live streaming Astro Gempak 2014 Cara carta liga super 2014 carta liga super 2015 Di Facebook FA Cup 2015. jadual UAI 2015 JDT live streaming jdt tv keputusan liga super 2014 keputusan liga super 2015 Kesian Krisis Di Sabah! Kucing kuliah UAI Lelaki liga super 2014 liga super 2015 live astro arena Live Maharaja Lawak Live Streaming Astro Arena Live Streaming Astro Arena 801 maharaja lawak mega 2014 malaysia super league 2015 malaysia super league result MLM 2014 pahang vs jdt live streaming Piala AFC 2015 Piala FA 2015 piala malaysia 2014 result liga super 2015 Siaran langsung Maharaja Lawak Mega 2014 Untuk Ustaz azhar idrus Ustaz Azhar Idrus ceramah Video Maharaja Lawak Mega 2014 Wanita Yang
© 2011 ~ 2018 · www.nizarazu.com ·