Air Sungai Darah Yangtze

Sebelum ini, anda telah menbaca tentang Sungai Berwarna Hijau Neon Yang Menakjubkan dan Sungai Berwarna Biru Yang Menakjubkan Di Costa Rica di dalam entri yang lalu. Kali ini pula adalah tentang sebuah sungai dengan air darah.

Sungai Yangtze di China merupakan sungai ke tiga terpanjang di dunia dan terpanjang di China awalnya bertukar warna menjadi merah-keorenan kemudian menjadi merah .Warna merah yang terhasil ini kemungkinannya berpunca daripada mendapan pasir yang dibawa ketika banjir besar yang melanda China baru-baru ini.

Buat makluman pembaca ,ini bukan kali pertama sungai di China bertukar ke warna merah,sebelum ini Sungai Jian juga bertukar ke warna merah akibat daripada mendapan sisa bahan kimia yang dibuang ke dalam sungai tanpa kawalan.Pihak berkuasa Alam sekitar China Chongqing bertegas dengan pernyataan “bahan kimia” bukan menjadi penyebab utama Sungai Yangtze bertukar warna.Dan sehingga hari ini kerja-kerja pengawasan tahap pencemaran Sungai Yangtze masih berjalan dan rumusan rasmi penyebab pencemaran sungai ini masih lagi dalam siasatan. Fenomena Misteri Air Darah telah menggemparkan rakyat China. . Pelbagai persoalan timbul, namun ia tetap menjadi misteri.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Berikutan Fenomena Misteri Merah darah Sungai Yangtze, beberapa kilang perindustrian di hulu Sungai Yangtze berhenti beroperasi bagi memberi laluan kepada pihak tertentu menyelesaikan misteri air darah tersebut. Sungai Yangtze yang dahulu digelar “golden waterway” tidak seperti biasa. Golongan tua setempat tidak henti-henti berdoa, bagi mereka bila aliran air bagaikan darah, mungkin ia lebih sesuai digelar “Sengai Neraka”. Penduduk berharap, dengan campur tangan pihak berkuasa dan kumpulan pecinta alam, Misteri Air Darah ini dapat diselesaikan dengan segera.

 

p/s : cantik juga kalau ianya warna asal tapi tengok lama-lama seram plak.. -_-

 

Sumber – Bucublog

Incoming search terms:

  • carta buih pencemaran udara
Artikel lain..

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *