Antara Sebab Banyak Gambar Di Blog Nizarazu Tidak Keluar !

 

Assalamualaikum semua, mungkin ramai yang dah tahu kenapa banyak gambar dalam blog ni tak keluar bukan? Hasil siasatan (macam polis la pulak siasat2..haha) mendapati ada user yang mencuri bandwidth untuk blog ni..

 

 

 

Untuk yang tidak tahu bandwidth itu ialah satu unit untuk mengukur bilangan data atau maklumat yang dihantar dalam satu jaringan (network) dalam tempoh masa tertentu.

 

Contohnya macamni, dalam blog ini kita semua dapat berhubung untuk pertukaran maklumat data dan sebagainya hanya dengan menggunakan komputer yang berinternet. Jadi untuk membolehkah anda semua membaca blog ini dan melihat gambar jadi blog ni perlukan ruang untuk meletakkan gambar yang di panggil hosting. Pihak hosting biasanya menetapkan berapa limit penggunaan setiap bulan.

 

Penggunaan bandwidth blog biasanya berlaku apabila korang membaca blog ni, melihat gambar blog ni, komen2 di blog ini. Selain itu , bandwidth juga terpakai apabila admin menulis blog ni, memuat naik gambar dan sebagainya.

 

Ok, kita berbalik kepada tajuk utama.. mengapa banyak gambar keluar gambar macam ni… di banyak entri di blog ni

 

 

ini kerana terdapat segelintir blogger yang mencuri bandwidth untuk hosting photobucket untuk image di blog ni.. kecurian bandwidth berlaku apabila ada link yang di gunakan di blog ini di digunakan di laman web lain. Contohnya korang copy gambar dari sesebuah laman web dan memuat naik gambar tersebut di blog sendiri, secara tak langsung Gambar itu masih ada link dari website terbabit. Dengan ini, bandwidth yang diguna pakai oleh pelawat website korang untuk melihat gambar telah menggunakan bandwidth dari blog yang dicuri tu. Contoh paling senang macam ni, orang pinjam charger handphone korang untuk cas bateri handphone dia tetapi pakai elektrik korang, jadi siapa yang kena tanggung untuk bil elektrik yang tidak di pakai tu? korang bukan? haa, macam tu la terjadinya kecurian bandwidth. Jadi blog mangsa yang dah kehabisan limit muncul dengan tidak sempurna akibat kehabisan bandwidth yang dipakai pihak lain..

 

Untuk blog ini admin ada guna photobucket iaitu laman web percuma untuk memuat naik gambar yang penggunaan bandwidthnya sebulan 10GB. walaupun percuma tetapi ia tetap mempunyai had tertentu.. Antara blog yang di percayai mencuri bandwidth photobucket dari blog ni ialah untuk link Mungkin ini akan terjadi bila dunia tanpa internet

 

link web tersebut..tengok bawah

 

link web tersebut..tengok bawah

 

Dan ini untuk link blog nizarazu yang dicuri..tengok bawah50 password yang mudah digunakan

 

link web tersebut

 

Lihatlah sendiri bagaimana kecurian bandwidth dilakukan.. jadi untuk sesiapa yang suka mengambil gambar di mana-mana laman web untuk digunakan di laman web sendiri di harapkan dapat memuat naik gambar tersebut di laman web sendiri.. kalau nak yang percuma leh upload kat photobucket,imageshark ke.. dan lain2. Jangan menjadi pencuri bandwidth !

 

 

P/s: curi bandwidth jangan, curi hati takpe

 

Incoming search terms:

  • gambar tak keluar dalam fb
  • gambar ucit
  • link keluar gambar hantu
Artikel lain..

Comments

  1. eddywijaya says

    Memang biasanya org yang suka copy dah paste akan copy sekali2 gambar2 yang ada. Jadi kat situ dah guna bandwidth dr website tersebut. Sapa yang rugi blogger tersebut la rugi. Aku pun ada pengalaman mcm nih, yang tak bestnya pic tu kepunyaan sndiri bukan copy dr pakcik google, bila dah dapat tahu gtu, aku terpaksala tukarkan nama pic tersebut dan upload semula. (sume pic aku upload ke hosting). Then aku letak watermark blog aku di setiap pic. So kalau ada mana2 pihak tak bertanggung jawab copy, ada la watermark aku kat sana, wpun menda tu tak bg backlink kat aku, atleast sikit sebanyak akan tarik trafik ke blog aku gak.

  2. says

    lepas aku baca rentetan peristiwa dia ats, aku yakin aku ada wat copy n paste ke fb aku (multi sources).. tp xtahu lak ade effect bandwith (im not blogger, im a surfer).. huhu

  3. Ucit says

    patutlah.. aku baru tahu. aku dulu prnh gak wat camni. xtaw la gara2 wat camtu boleh menyusahkan pihak lain.
    mujurlah aku jrg2 buat dh.
    ape2 pon, terima kasih bnyk2 sbb bg info berguna ni. :) !

    • Nizarazu says

      Alhamdulillah.. sekarang dah tidak ada lagi masalah seperti ini.. kalau ada lagi gambar tak keluar boleh pm admin ok? :)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *