Awas! Bahaya Air Masak Kepada Bayi Di Bawah 6 Bulan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, bayi yang berusia bawah 6 bulan sememangnya tidak digalakkan untuk diberi minum air masak ataupun air putih. Namun, ada sesetengah ibu bapa yang masih mengamalkan memberi minuman ini kepada bayi mereka.

 

Kita sedia maklum sebaik sahaja bayi dilahirkan, susu ibu adalah yang terbaik untuk bayi kita. Kebanyakkan nurse ataupun doktor melarang ibu bapa memberi minum anaknyer dengan air masak.

Walaupun ianya dilarang masih lagi ada yang mengamalkannya kerana desakan orang tua yang mengatakan bahawa dengan memberi minum air masak si anak yang mengalami Demam Kuning akan cepat sembuh.

Selain itu juga, memberi minum air masak kepada bayi katanya dapat membilas tekak si anak selepas meminum susu dan supaya anak senang untuk membuang air.
Kajian ini khas untuk bayi yang menyusu susu ibu sepenuhnya dan yang menyusu formula.

Semoga info-info ini dapat menyedarkan ibu bapa kenapa pemberian air masak tidak digalakkan kepada bayi berumur 6 bulan ke bawah.

1. Merencatkan Tumbesaran.
Perut bayi sangat kecil. Apabila perut bayi telah dipenuhi air, bayi akan merasa kenyang dan kurang berminat untuk menyusu susu ibu. Akibatnya segala khasiat susu ibu tidak dapat diberikan secara optima kepada bayi. Ini boleh menjejaskan pertumbuhan dan kesihatannya kerana air tidak mengandungi sebarang khasiat. Di samping itu, kajian mendapati pemberian air glukos pada minggu pertama kelahiran dikaitkan dengan kehilangan berat badan yang banyak lalu merencatkan tumbesaran.

2. Merencatkan Akal
Memberi air kepada bayi di awal kelahiran didapati meningkatkan tahap bilirubin di dalam darah. Menurut pakar Laktasi dari Kanada, Anne Kirkham, pemberian air akan memburukkan lagi keadaan bayi yang dierang jaundis (sakit kuning) sehingga menyebabkan ‘kernicterus’ iaitu Terencat Akal’. Bayi juga akan menjadi bertambah mengantuk dan lesu tidak bermaya.

3. Mengancam Nyawa
Air boleh membawa kuman. Ini menyebabkan bayi terdedah kepada cirit birit jika kebersihan tidak dititikberatkan. Pencemaran boleh berlaku di pelbagai peringkat, seperti air diperolehi dari sumber yang tidak selamat ataupun bekas air dan puting yang tidak bersih. Air akan menghakis salutan pelindung penyakit yang dihasilkan oleh susu ibu dan ini akan mendedahkan bayi kepada pelbagai jangkitan.

4. Mengakibatkan Sawan Tarik
Air sangat berbahaya jika diberikan kepada bayi terutamanya yang berumur di bawah 5 minggu. Terlalu banyak minum air akan mencairkan garam di dalam darah bayi. Ini akan mengakibatkan suhu badan yang rendah, kembung atau sawan tarik. Sindrom ini dipanggil ‘Oral Water intoxication’.

Sebenarnya susu ibu sudah mencukupi untuk bayi tanpa perlu ditambah air atau cecair lain kerana susu ibu mengandungi 88% air. Kolostrum yang terhasil di awal penyusuan dapat membantu membersihkan perut bayi dan mengelakkan sembelit. Tiada air tambahan diperlukan untuk proses tersebut. Oleh itu..beri bayi anda susu ibu sekerapnya.

 

Jangan lupa klik like kat bawah dan share kepada kawan-kawan lain :)

via – sereniety

Incoming search terms:

  • air masak untuk bayi
  • bayi minum air masak
  • bayi minum air putih
  • bahaya air masak kepada bayi
  • bahaya air masak pada bayi
Artikel lain..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *