Borang Permohonan Guru Tabika Kemas 2014 Online. Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Malaysia mempelawa sesiapa yang berkelayakan untuk menjadi guru tabika/taska kemas untuk sesi 2014. Mereka yang berkelayakan dan melepasi syarat boleh mengikuti Program Kursus Pendidikan Awal Kanak-Kanak Tabika/Taska yang kini dibuka mulai 16 Jun 2014 sehingga 27 Jun 2014. Borang permohonan dan syarat kelayakan permohonan adalah seperti di bawah.

Borang Permohonan Guru Tabika Kemas 2014 Online
1. Terdapat 3 muka surat borang tersebut dan pemohon perlu memuat turun semua borang tersebut
– Borang 1
– Borang 2
– Borang 3
*Nota: Borang perlulah dicetak dan butiran/ maklumat di isi dengan lengkap
2. Borang hendaklah dihantar ke PEJABAT KEMAS NEGERI yang dipilih SEBELUM tarikh tutup permohonan. Alamat PEJABAT KEMAS NEGERI adalah seperti berikut: Senarai Alamat Pejabat KEMAS Setiap Negeri
3. Borang yang tidak lengkap tidak akan dilayan
Syarat kelayakan Permohonan Guru Tabika Kemas Sesi 2014
1. Berumur antara 21 – 35 TAHUN
2. Kakitangan kerajaan bertaraf TETAP, lulusan Kolej Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) tidak layak untuk memohon jawatan ini
3.Hanya calon yang telah menamatkan pengajian diperingkat diploma dan telah bergraduasi
(a) DIPLOMA yang diiktiraf oleh Kerajaan (keutamaan kepada calon yang memiliki Diploma dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-kanak);
(b) Kepujian Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
Keputusan Permohonan Guru Tabika Kemas 2014
1. Calon yang menepati syarat dan layak akan dipanggil untuk sesi temuduga.
2. Calon yang tidak dipanggil selepas 4 bulan daripada tarikh tutup dikira tidak berjaya
Incoming search terms:
- kemas
- tadika kemas
- BORANG KEMAS
- Tabika kemas
- cara memohon menjadi guru tadika
Leave a Reply