Burung – Burung Terunik Di Dunia

Banyak perkara yang indah dan unik yang kita masih belum ketahui. Hanya sebahagian dari khazanah alam ni yang kita ketahui. Kali ini ingin dikongsikan tentang burung-burung yang unik di dunia.

Terdapat banyak burung yang unik dan aneh di dunia ini, berikut adalah antara 5 contoh burung yang dianggap unik oleh pemerhati burung dari seluruh dunia. Keunikan burung-burung ini dinilai sama ada dari warna bulu ataupun bentuk fizikalnya.

1. Resplendent Quetzal
Burung ini terdapat di Mexico dan wilayah Panama barat. Burung ini panjangnya mencapai belasan inci dan ditambah 25 inci untuk ekor pada burung jantan. Mereka mempunyai berat sekitar tujuh ounce. Mereka memiliki kepala berbentuk bulat dan berbagai warna.

2. Helmeted Hornbill
Burung ini terdapat di Semenanjung Malaysia, Kalimantan, dan wilayah Sumatera. Bulu burung ini sebahagian besarnya berwarna hitam. sebahagian bulu burung ini berwarna putih dan terletak di perut dan ekor burung. Umumnya memiliki kepala yang berkedut dan leher yang berwarna merah pada burung jantan dan biru pada betina. Kebanyakan berat badan burung ini tertumpu di kepalanya.

3. Hoopoe
Burung ini dapat ditemukan di Afro-Eurasia. Beratnya sekitar1.6-3.1 ounce. Sayapnya adalah lebar dan bulat, mirip sayap kupu-kupu.

 

4. Hoatzin
Boleh ditemui di kawasan paya hutan hujan Amazon dan Orinoco Delta Amerika Selatan, burung ini berbulu biru di muka dan matanya, bulu di kepalanya berbentuk runcing. Burung ini memiliki leher yang panjang dengan kepala yang sangat kecil. Nama famos burung ini adalah ‘stinkbird’.

5. Sri Lanka Frogmouth
Hidup di Southwest India dan Sri Lanka. Burung ini adalah jenis noctural (makhluk malam). Ia tinggal di hutan tropika yang tebal. Warna bulu bergantung pada jantinanya. Burung betina berwarna kemerah – merahan dengan bintik putih di seluruh badan, manakala burung jantan pula berwarna kelabu dan bintik putih.

P/s: cantik dan unik kan? ^_^

Sumber – Blog Sana Sini

Incoming search terms:

  • burung pelik
  • burung cantik
  • jenis burung di malaysia
  • burung malaysia
  • burung di malaysia
Artikel Berkaitan..

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *