Cara Mengetahui Berus Dari Bulu Khinzir atau Babi

 

Kebanyakkan berus yang murah dari China diperbuat dari bulu khinzir. Hal ini kerana terdapat ciri-ciri khas pada bulu tersebut menyebabkan ia begitu popular dijadikan berus untuk mengecat, mewarna dan membersihkan rumah.

 

Cara Mengetahui Berus Dari Bulu Khinzir atau Babi

 

Cara Mengetahui Berus Dari Bulu Khinzir atau Babi

 

Ciri-ciri bulu khinzir:

 

1-Bulu yang rimbun dihujungnya (lebih tepat hujung bercabang)
2-Boleh diubahsuai dengan bahan kimia untuk menjadi lembut atau keras.
3-Susah tertanggal dan jatuh atau cepat rosak.
4-Senang didapati berbanding bulu haiwan lain.

 

Penggunaan bulu khinzir atau khinzir hutan (dipanggil “Bristle”) kerana bentuk mereka yang keras dan kasar. Hujung bulu khinzir ini mempuyai sifat yang unik iaitu hujungnya yang bercabang (split ends). Bristle daripada wilayah Chungking China adalah yang terbaik untuk digunakan untuk mengecat.

 

Manakala berus bulu kambing atau biri-biri banyak digunakan untuk kaligrafi. Hujungnya tidak bercabang seperti bulu khinzir. Bulu kambing atau biri-biri ini mempunyai hujung yang tajam.

 

 

Maha suci Allah menjadikan bulu khinzir berbeza dengan haiwan yang lain. Mungkin ada hikmah disebaliknya – agar umat Islam dapat membezakannya. Namun masih ramai yang tidak mengetahuinya. wallahu a’lam

 

Jadi, berhati-hatilah. InsyaAllah dengan izinnya, semoga kita semua sentiasa dilindungi, Kongsikan artikel ini kepada orang islam yang lain agar tiada lagi yang tertipu.. InsyaAllah

 

 

Incoming search terms:

  • berus cat bulu babi
  • yhs-per_001
  • berus lukisan halal
  • jenama berus cat bulu babi
  • berus cat halal
Artikel lain..

Comments

  1. matasatu says

    siapa yang jaga hal ehwal import barangan ke malaysia? siapa yang mengawasi hal ehwal islam malaysia? anda digaji, bukan sukarelawan..

  2. Ridsect Mesti Mau says

    Bulu serigala pun ada yang dijadikan berus untuk kaligrafi. Yang warna perang-2 ada campur hitam-2 sikit tu bulu serigala. Serigala najis mughallazah kan? Sebab keturunan anjing.. Dulu sekolah rendah, sekolah cina, kena beli berus untuk kaligrafi, tu yang leceh tu, biasanya berus bulu serigala yang banyak dijual di kedai.. Berus kaligrafi ni cepat rosak.

    • Nizarazu says

      ohh yeke? terima kasih atas infonya..sekarang ni dah ada berus lukisan atau berus cat yg mempunyai logo halal, baik guna yang tu walaupun harganya ada sedikit mahal.. ingat mencari yang halal itu fardhu bagi umat Islam

  3. Zul says

    Berus kaligrafi di malaysia kebanyakannya bulu kambing. Bulu serigala tidak banyak digunakan. Bulu badger (sejenis musang) banyak.
    berhati2 dengan patung binatang (toy), kalau yang buat harimau, arnab, kucing dsb yang ada misai, misainya kebiasaannya bulu babi, boleh nampak hujung bercabang tu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *