Dr Fadzilah Kamsah Akhirnya Mohon Maaf

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, Berikut adalah kenyataan media dari Pakar Motivasi negara, Dr. Fazillah Kamsah mengenai video yang tersebar di YouTube baru-baru ini yang telah mengundang kritikan dan kutukan banyak pihak.

Selain dari dirinya sendiri yang menerima kritikan, kaum keluarganya juga telah menjadi sasaran, sedangkan yang menyatakan pendirian untuk tidak bersetuju dengan cara PAS berdoa itu adalah beliau.

Tak patut rasanya diheret sama kaum keluarganya untuk diaibkan..

Dalam kenyataan media ini selain dari meminta maaf terhadap pihak yang terguris dengan kata-katanya itu beliau juga dengan rendah diri memohon agar individu yang telah memuatnaik video tersebut ke dalam YouTube supaya memadamnya.

Dan beliau juga memohon agar semua individu yang telah memuatnaik gambar-gambar yang mengaibkan keluarganya itu supaya memadamkannya..

KENYATAAN MEDIA DR FADZILAH KAMSAH

Bismillahirrahmanirrahim. As salamu’alaikum shbt yg di muliakan Allah SWT. Selawat & salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW. Di doakan semuga kita semua di rahmati Allah SWT. Saya terpanggil utk memberi penjelasan krn maruah keluarga saya terjejas & utk mengelakkan salah faham & penjanaan dosa yg berterusan. Saya tak mampu nak jawab semua isu, cuma nak sebut mana yg termampu. Mempertahankan maruah diri & keluarga adalah jihad & jika mati dlm usha mempertahankan maruah diri & keluarga, insya Allah di kira mati syahid.

Pertamanya saya memohon ampun & maaf kpd semua pihak yg tersinggung dgn komen saya tersebut. Saya cuma seorg rakyat biasa & bkn bercakap sbg org politik. Saya langsung tidak bermaksud utk memalukan mana2 pihak. Amat malang sekali bila komen saya di politikkan hingga menyebabkan kemarahan berbagai pihak.

Rakaman temuramah tersebut di lakukan di PWTC selepas majlis Bantuan Amal Palestin. Saya telah di temuramah lebih 10 kali oleh berbagai stesyen TV, radio, akhbar, majalah & blogger. Suasana sekitar yg agak bising menyebabkan saya menguatkan suara saya utk menenggelamkan kebisingan di persekitaran. Ini menyebabkan suara saya di anggap kasar bila menjawab soalan2 yg di ajukan. Bila dah menjawab terlalu byk soalan, maka soalan drp blogger (penemuramah terakhir) saya jwb dlm kedaan yg tergesa gesa & mungkin tak berfikir dgn mendalam.

Bila bercakap tentang kezaliman, saya memberikan pandangan secara umum & membandingkan situasi di Malaysia dan situasi & penderitaan rakyat Palestin. Di Majlis Bantuan Amal palestin itu kita telah di terangkan melalui ucapan YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad, mengenai kezaliman Israel terhadap saudara seIslam kita di Palestin. Itu sebab saya katakan, berbanding penderitaan rakyat Palestin, kita di Malaysia amat bahagia & tidak di zalimi. Inilah konteks hujah saya ketika itu.

Sejak kecil saya telah di didik oleh ibubapa & guru2 saya utk sentiasa berbuat baik kpd org lain, membantu org lain setakat kemampuan & mendoaakan kebaikan org lain. Justeru, saya amat sedih bila org mendoakan kehancuran saudara seIslam sama ada di Malaysia atau di mana2 di dunia ini. Saya juga amat sedih jika tindakan kita itu di salah ertikan oleh org bukan Islam di Malaysia. Tindakan sedemikian juga boleh memberi ganbaran yg kurang positif kpd anak2 yg masih belum mampu berfikir dgn rasional spt org dewasa. Saya yakin masih byk cara yg lebih tertib & berhikmah yg boleh di gunakan.

Saya lihat diri saya sebagaai guru & pendakwah kerdil (walaupun saya bkn ustaz & jahil agama), dan akan berterusan mencari ilmu, berkongsi ilmu & membantu sesiapa saja yg perlukan bantuan nasihat & kaunseling. Inilah jihad kecil yg saya akan lakukan hingga akhir hayat saya.

Saya juga telah memberi teguran setakat kemampuan kepada berbagai pihak termasuk media di Malaysia melalui kursus yg saya kendalikan atau prog motivasi di media tempatan. Insya Allah teguran saya tidak tertumpu kpd pihak2 yg tertentu sahaja. Saya tak takut kpd sesiapapun di dunia ini, saya cuma takut kpd Allah SWT.

Di Mekah & Madinah tempohari saya telah berpesan kpd sahabat2 dari Malaysia utk tidak lupa mendoakan keselamatan Malaysia, agar semua org Islam di Malaysia bersatu & kita mati dalam husnul khatimah.

Saya amat sedih bila gambar2 anak2 saya yg sudah lebih 9 tahun yg lalu, di sebarkan semula. Gambar anak lelaki saya & isterinya juga di sebar seolah2 gambar masa berdating, walhal itu gambar2 selepas mrk berkahwin. Insya Allah anak2 saya telah berubah & saya telah berwasiat kpd mereka utk: Jaga solat 5 waktu, baca Quran tiap hari, tutup aurat setiap masa, buat apapun dgn terbaik, bantu org & jangan menyusahkan org lain.

Pesan Nabi SAW: Barangsiapa yg menutup aib saudaranya, maka Allah akan tutup aibnya di dunia & di akhirat. Saya seru diri saya & shbt yg di muliakan supaya tidak mengaibkan sesiapa di dunia ini. Bila nampak org buat silap, nasihatkan dia jika mampu & doakan agar Allah beri mrk hidayat, segera bertaubat & dpt berubah. Bila kita mengutuk org lain, kita seolah olah mengatakan kita ni sempurna & kita lebih baik drp org yg di kutuk itu.

Ingat pesanan Imam al Ghazali: Jika kamu nampak org jahat depan kamu, jgn sangka kamu lebih baik drp org itu. Org yg jahat itu mungkin sempat bertaubat sebelum mati, & kita yg kononnya baik ini (pastinya byk dosa) belum pasti sempat bertaubat sebelum mati.

Kita tidak maksum & semua kita buat silap. Org yg bertaubat, insya Allah akan di ampunkan semua dosanya. Moga shbt yg mulia dpt ampunkan semua dosa kami sekeluarga.

Dengan rendah diri saya memohon agar saudara Norsammudin dapat menurunkan atau delete video tersebut & semua shbt dpt delete gambar2 yg boleh memalukan keluarga saya. Doakan saya sekeluarga agar dpt menjadi insan yg Allah redha & dapat memberi sumbangan kpd rakyat di Malaysia.

Salam hormat & salam ukhwah drp saya sekeluarga. Moga Allah rahmati & lindungi kita semua. Aamiin. Wassalam.

 

-Dr Fadzilah Kamsah-

Via – Anak Sungai Derhaka

Artikel lain..

Comments

  1. awek Royalti Ganu says

    wa da hilang respect kt dato’ nim.. nasihat org pndai,tp mulut sndri xleh jage.. cakap ikut sedap mulut je tnpa memikirkan akibat yg bakal trjadi.. da terhantuk,baru nk terngadah.. poodaahhhh,,blajar tinggi,tp dop gune gop kalu dop reti nk respect ulama’..

    • DSAI_Tan says

      haahahah….tepuk dulang paku serpih….menegur sesuatu untuk kebaikan satu kesalahan.x faham dunia porak peranda kerana ulama2 politikus ni hahahahaha.sedangkan doakan keburukan utk darah daging sendiri itu di anggap mulia………

      • awek Royalti Ganu says

        lorrr… prnah dgr x doa tu? doa tu d tujukan utk parti BN,bkn manusia2 dlm BN.. parti BN yg meromapak hasil royalti kelantan n ganu,, so,mmg wajar la doa mcm tu.. d zalimi beerti meletakkan sesuatu bkn pd tempatnye.. KO BN,bkn KO ORG BN.. ade phm?

        • aku insan kerdil says

          ko pernah buat silap x?
          pernah dengar x dalam dunia ni Nabi Muhammad je maksum..
          orang kalau buat silap bimbing,bukan terus hukum..
          esok kalau kene kat batang idong hang,hang tau la..
          chill laaa..manusia biasa..aku ade silap..hang pon ada..
          jgn ingat org tu ilmu melangit dia x pernah buat silap..
          peace yoww
          salam..”)

    • mama says

      dia cume manusia biase bukan nabi yang bersifat maksum.jgn pikir kalau die seorang pakar motivasi,seorang ulama maka mereka ni semua terlepas dr berbuat kesalahan dan kesilapan dan mgkin boleh jadi kita sendiri yang slh fhm dgn apa yang kedua belah cuba sampaikan.amek iktibar dan perbaiki diri sendiri sudah la.

    • Manusie says

      tiade manusia yang bersifat maksum selain rasulullah..walau setinggi mane pon ilmu dia..tp xbermaksud dia xkan buat silap..dia dah minta maaf..so xperlulah nak kita nak bising2 lagi..

  2. fauzi says

    ambik pengajaran jer
    jangan jadikan alasan maksum untuk menghalalkan kezaliman
    kalau dah tau zalim kat orang lain tu, minta maaf,
    bagus. masih boleh dihormati atas keberanian dia memohon maaf.
    mmg manusia nei tak maksum, tapi sekurang2nya dia dah minta maaf. dah, cukup, semua dah boleh maafkan dia..
    dan orang2 UMNO dan BN tak kan pernah mampu memahami dan mengerti sebab UMNO dan BN mmg dah diajar secara songsang

    • aku insan kerdil says

      haaa…ade benarnya hang cakap..
      mmg maksum x leh jadikan alasan utk wat zalim..
      tapi dia dah minx maaf,tu dikira berani kot..
      ada org tu dah buat salah,pehtu lagi nak putar belit..
      tp yg hang kata org2 BN tak kan pernah mampu memahami tu cek x mau komen lebih la..sebab takot jd fitnah pulak..hehehe..kalau hang kata SEBILANGAN org UMNO,cek leh terima…
      peace yow..:)

  3. MTLCF says

    bagus x pyh bising..kta bising pun dosa yg kta buat ada kta tengok kha?? nah kuman diseberang laut nampak sdangkan gajah dpn mata x nmpk.. nilai dhulu dri sndiri bru org lain..sya pn x smpurna jga..ni sdah masuk politik sgala..aduyai..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *