Gadis Api Diajak Berlawan Parang Dengan Jin

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, berikutan kes seorang gadis yang sering diganggu api misteri sejak 2 tahun lalu (link), ramai pakar perubatan Islam, ustaz dan sebagainya datang membantu untuk merawat gangguan jin yang dikatakan berdampingan dengannya yang juga menjadi punca diekori api itu.

 

 

Selepas kunjungan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ke rumah ‘gadis api’ di Kampung Penambang Bunga Emas kelmarin, remaja itu mendakwa dirinya pula diajak berlawan jin menggunakan parang yang dikatakan ingin berdampingan dengannya itu.

 

Wan Nurfatihah Wan Hanafi, 14, mendakwa mendengar bisikan halus itu ketika dia sedang bersiap-siap untuk membersihkan diri di rumahnya kira-kira jam 9 pagi, semalam.

 

 

“Saya takut bila mendengar bisikan itu betul-betul di telinga kiri saya. ‘Benda’ itu mengajak saya berlawan menggunakan parang. Sebelum ini, ‘dia’ pernah mengugut untuk membakar lebih banyak barang dalam rumah tetapi tidak pernah pula mengajak saya berlawan.

 

“Saya amat tertekan dengan situasi seperti ini,” katanya kepada Sinar Harian selepas mendakwa menerima ancaman itu sebelum ketibaan kumpulan pengamal perubatan Islam dari Pusat Rawatan Islam At-Tobibi.

 

Cucu kepada keluarga Zainab Sulaiman itu, bukan sahaja berharap supaya gangguan ini dapat dihindari dari keluarganya kerana tidak tahan dengan tohmahan masyarakat, malah, dia terpaksa pula hidup dalam ketakutan apabila gangguan itu semakin serius sehingga mampu mengancam nyawanya.

 

Sementara itu, kunjungan selama dua jam yang diketuai oleh pengasas pusat rawatan berkenaan, Ustaz Shamsuri Shafie bersama 15 pembantunya mendapati keluarga tersebut tidak diganggu secara langsung oleh jin berkenaan tetapi hanya berlaku ke atas rumahnya.

 

“Selepas melakukan pemeriksaan ke atas badan pesakit, kami mendapati tiada sebarang gangguan yang dihadapi oleh keluarga itu.

 

“Bagaiman pun gangguan itu hanya berlaku pada rumah mereka sahaja sehingga ada barangan yang terbakar secara tiba-tiba.

 

“Pun begitu kami cuba sedaya mungkin untuk membantu memulihkan gangguan ini. Sebagai langkah pertama kami membacakan ayat-ayat suci al-Quran untuk dijadikan pendinding di rumah selain ‘memandikan’ seluruh ahli keluarga,” katanya. – Sinar Harian

 

Incoming search terms:

  • ayat-ayat yang membantu untuk berlawan
  • berlawan dengan jin
  • Orang bunian itu jin
  • wajah wanita bunian
Artikel lain..

Comments

  1. siti says

    nizarazu saya ingin berkongsi satu pengalaman saya sendiri…saya lupa pada tahun bierapa saya kerja disana,tp kejadian ni berlaku di salah satu resort di negeri perak..iaitu di HOTEL SWISS GARDEN RESORT N SPA LAUT LUMUT perak.Disana ada disediakan hostel utk staff n saya pun tinggal dihostel tersebut..disana saya pernah ternampak satu kuburan lama,rasanya peninggalan sblm merdeka dulu..n disana juga ada penempatan org bunian…saya pernah ternampak org bunian di sana..tp apa yg saya ingin kongsikan adalah tentang perkuburan lama yg ada disana…saya pernah melawat kuburan lama bersama seorang rakan,tp semasa saya ingin blk ke hostel pekerja saya rasa bukit tempat kuburan itu terlalu tinggi dan kawan saya terpaksa membawa saya turun..n pada sblh malam pula teman sebilik saya tidak berani utk masuk kerana katanya saya menjadi seseorang dan bercakap pelik2…seperti org zaman purba padahal waktu itu saya tido…setelah saya terjaga saya memanggil teman msk ke bilik…sekali lg kejadian pelik terjadi…semasa teman saya memasak air,saya terdengar satu suara halus agar berdiri jauh dari air yg kami masak,tp saya tak menghiraukan larangan suara itu menyebabkan muka,badan n paha sblh kiri terkena air panas tp yg peliknya muka saya tidak melecur cuma badan n paha saja yg melecur…itulah serba sedikit kisah benar yg terjadi pada saya…

  2. siti says

    Keadaan org bunian yg saya nampak ni ,kecantikan wajahnya xsama ngan kecantikan manusia biasa..xpernah saya lihat wajah yg cantik mcm tu…kaum bunian pun sama mcm kita bercucuk tanam n meninggal dunia..kawan saya pernah blk dari kerja dan kaum bunian menampakkan diri mereka ketika mengusung keranda utk ke tanah perkuburan diatas bukit..kawan saya yg memandu kereta terpaksa memberi laluan n mereka mengangkat tgn seolah berterima kasih..pemakaian mereka tetap macam zaman dahulu dan menggunakan kain batik utk menutup kepala..manis sekali…terlau byk kisah kat sana jika saya ingin ceritakan…bertuah rasanya dpt menatap wajah org bunian..

    • penyu pink says

      org bunian tu,,jin la.. jin blh menyerupai pelbagai bentuk.. nk buat cantik atau hodoh.. tu semua tnda kebesaran ALLAH.. bila DIA mengizinkan sesuatu perkara terjadi,maka terjadi la.. jgn terlalu taksub ya.. mereka juga makhluk ALLAH.. xde yg mustahil dgn izin ALLAH.. :)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *