Gambar Dan Harga Myvi, Viva Dan Alza S-Series Baru 2013

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, Baru-baru ini Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) telah melancarkan edisi terbaharu model Myvi, Viva dan Alza dengan reka bentuk yang lebih menarik serta peralatan dan aksesori tambahan yang dikenali dengan Perodua S-Series.

Antara keistimewaan yang terdapat pada varian terbaharu Perodua S-Series adalah stereng kuasa, pemain MP3 dan ketinggian kerusi pemandu yang boleh diubah suai pada varian Viva S. Warna yang ditampilkan juga agak menarik dengan warna terbaru ‘Ozzy Orange’.

Paling menarik kesemua model baru ini di datangkan dengan jaminan servis Perodua selama 3 tahun. Selain itu harga yang ditawarkan juga sedikit murah dari model yang terdahulu. Inilah peluang terbaik kepada anda yang selama ini berkira-kira hendak membeli kereta Perodua.


Gambar terkini Myvi baru S-Series yang betul-betul mengancam

 

 


Antara bahagian dalaman model S-Series yang akan menambat hati pembeli

 


Gambar terkini Viva S-Series dengan warna Ozzy Orange

 


Perodua Alza S-Series yang amat sesuai untuk mereka yang berkeluarga besar

 

Di atas adalah senarai harga di atas jalan terkini Perodua Myvi, Viva dan Alza edisi S-Series yang di jangka mendapat sambutan ramai kerana khabarnya lebih murah dari sebelumnya tetapi lengkap dengan aksesori tambahan baru yang menarik dari Perodua.

 

Jangan lupa klik like kat bawah dan share kepada kawan-kawan lain :)

Via – zulkbo

Incoming search terms:

  • Myvi s series
  • alza s series
  • myvi baru
  • Harga myvi
  • alza s
Artikel lain..

Comments

Trackbacks

  1. [...] Assalamualaikum dan selamat sejahtera, Baru-baru ini Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) telah melancarkan edisi terbaharu model Myvi, Viva dan Alza dengan reka bentuk yang lebih menarik serta peralatan dan aksesori tambahan yang dikenali dengan Perodua S-Series. Antara keistimewaan yang terdapat pada varian terbaharu Perodua S-Series adalah stereng kuasa, pemain MP3 dan ketinggian kerusi pemandu [...] Nizarazu [...]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *