10 Gambar Hantu Paling Popular Hingga 2012 (18SG)

10 Gambar Hantu Paling Popular Hingga 2012 (18SG). Ini adalah gambar hantu atau entiti paranormal yang berjaya dirakam tanpa disengajakan di pelbagai tempat dan lokasi sama ada di lokasi kemalangan , di tempat awam dan di kediaman-kediaman yang lama! Mari tengok gambar di bawah.. Dipetik dari doruk Gempak.org

10 Gambar Hantu Paling Popular Hingga 2012 (18SG)

1. Hantu Budak Cina Tol Plaza

10 Gambar Hantu Paling Popular Hingga 2012 (18SG)

Ini ialah gambar yang diimbas dari sebuah akhbar cina tempatan sekitar tahun 2007/2008. Kami tidak pasti sama ada akhbar ini menyedari tetang imej kanak-kanak yang berbaju biru dan berseluar putih di bahagian atas bod hijau di sebelah kanan gambar. Gambar ini dikatakan ditangkap selepas sebuah kemalangan bas sekolah di sebuah plaza tol yang meragut nyawa pemandunya.

 

 

2. Hantu Kereta Remuk

 

gambar hantu

 

Gambar ini khabarnya diambil secara tidak sengaja oleh rakan pemandu kereta kemalangan yang singgah untuk melihat keretanya. Pemandu telah dihantar ke hospital dan tiada orang di dalam kereta, tetapi ketika rakan tadi melihat gambar, telihat jelmaan perempuan bertudung dalam kereta tersebut. Kejadian dikatakan berlaku di Lebuhraya AMJ Melaka.

 

 

3. Batu Nisan Mejenguk Di Tingkap

 

gambar hantu

 

Gambar asal dipaparkan di ondscene.my, perhatikan jelmaan batu nisan di tingkap ini dikatakan diambil di tempat seram terkenal, Highland Towers.

 

 

4. Tiga Lembaga Di Lokasi Kawasan Kemalangan

 

gambar hantu

 

Gambar ini menjadi terkenal kerana disiarkan di akhbar Kosmo. Terdapat imej 3 makhluk dalam gambar yang dirakam oleh pekerja trak tunda di kawasan kemalangan yang melibatkan sebuah kereta BMW di Jalan Kuantan-Gambang pada 17 Jun tahun lepas. Bagaimanapun keempat-empat mangsa kemalangan hanya cedera ringan walaupun kereta itu remuk dan melekat pada sebatang pokok.

 

 

5. Jelmaan Di Balai Polis Tinggal

 

gambar hantu

 

Gambar ini dirakamkan di sebuah balai polis tinggal di sekitar lebuhraya Karak oleh kumpulan penyiasat paranormal tempatan. Tidak ada maklumat lanjut berkenaan gambar ini.

 

 

6. Lembaga Putih Memegang Batu Nisan

 

gambar hantu

 

 

Imej ini sememangnya terkenal sejak zaman awal Internet Malaysia sekitar tahun 1997. Dikatakan diambil oleh seorang pelajar UiTM Lendu, Melaka, menggunakan kamera berfilem. Lembaga ini muncul di bahagian tepi, sebenarnya pelajar ini bersama kawan-kawannya ingin mengambil gambar rakan yang berdiri di tepi bahu jalan, pada waktu lewat petang selepas pulang dari bersiar-siar di bandar Melaka.

 

 

7. Pocong Di Kawasan Kilang

 

gambar hantu

 

Gambar ini dikatakan diambil di kawasan tempat letak kereta di sebuah kilang oleh pengawal keselamatan sekitar lewat malam. Dia pada mulanya mendengar bunyi dentuman, lantas pergi ke kawasan tersebut, dan sempat merakamkan apa yang dilihatnya menggunakan kamera telefon bimbit.

 

 

8. Imej Ketiga Yang Sepatutnya Tiada

 

gambar hantu

 

Gambar ini juga terkenal kerana di siarkan di akhbar Kosmo. Terdapat imej ketiga di bahagian kanan gambar yang sepatutnya tidak wujud.

 

 

9. Jelmaan Wanita India Dalam Cermin

 

gambar hantu

 

Gambar ini dikatakan diambil di sebuah bilik oleh seorang penyewa secara tidak sengaja dalam sebuah resort di Pahang, dan disiarkan di akhbar tempatan. Mengikut khabar, terdapat seorang wanita India yang pernah mati dibunuh di bilik yang sama sekitar 90?an. Betul atau tidak, Wallahua’lam.

 

 

10. Wanita Kebaya Merah

 

gambar hantu

 

Cerita berkenaan wanita kebaya merah ini memang popular di kawasan utara dan dikatakan telah menyebabkan berlaku beberapa buah kemalangan ini juga disiarkan di akhbar Kosmo. Jelmaan itu muncul dalam gambar yang diambil oleh seorang lelaki untuk memotret isterinya di sebuah stesen minyak di bahagian Utara Semenanjung

 

 

P/s: Mungkin Kebetulan ataupun tidak. Tak pasti adakah benar wujud entiti di setiap gambar itu. Wallahua’lam.
Kalau sekali pandang gambar-gambar ini rasanya mesti tak perasan ada entiti lain yang ada di situ.. Cuba semak gambar-gambar korang, mana tahu ada yang join sekali.. :D

 

Incoming search terms:

  • gambar pocong
  • gambar hantu paling seram
  • gambar hantu betul
  • hantu pocong betul
  • foto hantu pocong
Artikel lain..

Comments

  1. avengers says

    NO.10 – rasanya itu kesan dari kamera. bila amik snap gmbr tnpa flash.. objek yg bergerak akan jd blur spt baju merah tu. knapa sy tau xguna flash? sbb muka akak tu dpt chy direct dari lampu stesen minyak tu. bhgn atas pintu xda kesan pantulan cahaya. background pun terang. maybe baju merah tu anak dia baru beli keropok ikan. bleh cuba try test uji sndri guna kamera sndiri.. :)

  2. Zdane says

    pernah lihat dalam gambar yang lebih jelas…wanita punjabi berbaju ala hijau2…entiti kedua yang saya pula kesan dalam pic yang kawan tunjuk ialah bayi perempuan berkenaan terapung.
    Gambar diambil jam 12.00 malam tepi padang dekat umah kawan oleh kawan yang habis berniaga burger di tepi padang berkenaan.
    Gambar guna filem…tukang cuci filem sibuk bertanya..awak cuci gambar hape…ha ha ha…
    mereka ambil gambar anaknya medium shot tapi backingnya perempuan tadi ngan bayinya…lokasi Sg Rambai, Banting.

  3. Hantu Filem says

    yg number 6 tu .. beg plastic.. dia ambik dari dlm kreta.. beg plastic tu ade kt balkang dia.. dia snap gmbr kt luar kereta.. tnmpk la sikit beg plastic tu.. pantulan kt tingkap kereta,, mende ni kbetulan..

  4. Azim says

    yang gambar no 4 tu sebenarnya warga org asli sebenarnya, dan yg ambik gambar ni si tukang tarik kereta tu saja suruh 3 adik beradik org asli berdiri d sebalik semak tu utk bikin citer kononnya ade hantu kat kawasan kemalangan tu.. tu la citer sebenarnya.

  5. kirko says

    No. 5 tu sweater baju mangsa kemalangan.. buktinya, ada kenalan bgtau yg kereta ni adalah kereta dia masa kejadian.. dia cedera ringan dan selamat.. dan dlm kereta tu ialah baju dia..

    org suka buat andaian bukan2~

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *