Gempar! Ustaz Kazim Elias Terpaksa Bersara Dari Berceramah Kerana Diugut Bunuh?

Kuala Lumpur: “Saya terpaksa berhenti berceramah kerana bimbang sesuatu buruk menimpa keluarga. Selain dimaki hamun dalam blog dan Facebook, ada yang datang ke rumah dan pusat pengajian memberi ugutan (mahu) memukul dan membunuh saya.

“Ya, saya akan berhenti berceramah 28 November depan kerana saya kecewa difitnah dan dicerca bukan-bukan oleh pihak tidak bertanggungjawab,” kata penceramah bebas, Mohd Kazim Elias Al-Hafiz , 41, atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim.

Beliau yang juga pengasas Pusat Pendidikan Al-Barakah bertekad tidak mahu lagi menerima undangan ceramah kerana kecewa dituduh ‘Ustaz Politik’.

Katanya, kesal dengan tuduhan yang dilemparkan beberapa pihak tertentu, beliau yang hampir 23 tahun berceramah di seluruh Malaysia memberi tumpuan terhadap pusat pengajiannya di Kampung Manjoi, Perak.

Selain itu, menurutnya, keputusan berhenti berceramah dibuat kerana ketika ini beliau tidak berapa sihat, selain baru-baru ini berlaku satu insiden rumahnya di Ipoh, Perak apabila ada pihak cuba menyimbah cuka. – Hmetro

 

 

Jangan lupa klik like kat bawah dan share kepada kawan-kawan lain :)

Incoming search terms:

  • ustaz kazim elias
  • isteri ustaz kazim
  • isteri ustaz kazim elias
  • keluarga ustaz kazim elias
  • gambar isteri ustaz kazim elias
Artikel lain..

Comments

  1. penyu pink says

    alololooo.. cian ustaz yerr, tulaa.. spe suruh ‘bermain dgn api’,,kan da terbakar..whaha
    ustaz pngecut! tok guru nik aziz ramai mane ugut bunuh,kne fitnah dan mcm2 lg.. tp beliau x prnah merungut,ape lg utk brhenti berdakwah.. :)
    takziah la pd ustz,mudah patah smangat.. klu betul ustz d landasan yg betul,msti ALLAH pelihara ustz kan.. x perlu takut,statement ustz ni x lebih dr meraih populariti murahan.. keh3 :P

    • ali says

      die brhnti cramah tpi die ade pusat pengajian sndri ngok..die bknnya trus berhnti berdakwah..adoi…

    • najib bin anwar says

      Hehe sedara.. mungkin ko ni haiwan ataupun binatang babi.. xpe la nnti aku buat kt mak ko mcm ne ustaz ni kena.. amacam.. ada bran?

    • ohoii says

      dye bkn bimbang keselamatan dye.. dye bmbang kselamatan family dye.. ko pk la, sbgai seorang bapak mesti la nk memberi perlindungan kat family dye.. klau jadi pe2 cam ne ? nak2 lagi klau dye ade ank kecik. plis dont be stupid baka moron siyen n etc..

    • akiraguy says

      Wei penyu, meh gtau aku rumah mk ko pastu aku ugut bakar/baling asid kat family ko tengok ada beran ker tak.

      Nak sokong ahli politik pun pader2x la.

    • joharry says

      Assalamualaikum
      berdakwah bukan hanya pada ceramah.. byak lg medium2 dakwah yg boleh dikembangkan.. beliau hanya umum berhenti ceramah bukan berhenti dakwah.. jaga keselamatan ahli keluarga merupakan salah satu cabang jihad.. Allahu a’lam..

    • cik embun says

      ntahnya x beragak langsung… ni org cina kata bonggok punya olang… statement mcmni je da mengambarkan seseorang 2 terpelajar atau x… rase2 la ko ni org pandai ke org bonggok….

  2. virus says

    Ustaz kazim bimbangkan keselamatan anak n isteri dia…tanggungjawab sebagai seorang ketua keluarga adalah menjaga keselamatan keluarga…Jgn lah terlalu taksub dengan isu politik…marilah kita mendoakan keselamatan ustaz kazim ….

  3. zuliah says

    Undur Bukan bererti mengalah…Demi Allah yang maha pelindung. liadungilah Ustaz Kazim dari segala fitnah,kedingkian org-org yg dengki dan lindungilah dari manusia-manusia durjana.Teruskan perjuang mu ustaz semoga Allah berserta dgn org-org yang menegakkan kebenaran.ALLAHUAKHBAR…

  4. barney says

    Assalammualaikum…

    wahai penyu pink, jgn cepat melatah dan mencerca orang lain…cermin diri sendiri dulu, belum cukup ilmu, jgn mengata orang…ingat sikit, ALLAH S.W.T bayar ‘cash’ sekarang ni…doakan je Ustaz Kazim dari pada mengata dia…

  5. piss says

    napa nak kutuk ustad kazim? penyu pink kau sangka awk tu keturunan baik2 ke…. sedarlah diri tu. ust kazim tu x pernah ggu keluarga awk, x pernah susahkan awk, satu kebenaran itu adala realiti.. terimalah hakikat atas kebenar kata2nya.. org patut kita tentang adalah org yg memusuhi allah, serta rasul kita. seperti nik aziz, merendah rendahkan nabi kita, seharusnya nik aziz kembali ke pangkal jalan dan bertaubat kpd ALLAH YANG MAHA MENERIMA TAUBAT. bak pepatah ” kelapa makin tua makin byk santannya, manusia makin tua x cari ilmu makin xda ilmu” kesimpulannya nik aziz walaupun tua x mestinya ilmunya tinggi. sy x bermaksud merendahkan nik aziz, cuma sampai bila beliau mahu berubah? jgn terlalu angkuh. memohon maaf jelah atas kesilapan beliau serta bertaubatlah.

  6. piss says

    napa nak kutuk ustad kazim? penyu pink kau sangka awk tu keturunan baik2 ke…. sedarlah diri tu. ust kazim tu x pernah ggu keluarga awk, x pernah susahkan awk, satu kebenaran itu adala realiti.. terimalah hakikat atas kebenar kata2nya.. org patut kita tentang adalah org yg memusuhi allah, serta rasul kita. seperti nik aziz, merendah rendahkan nabi kita, seharusnya nik aziz kembali ke pangkal jalan dan bertaubat kpd ALLAH YANG MAHA MENERIMA TAUBAT. bak pepatah ” kelapa makin tua makin byk santannya, manusia makin tua x cari ilmu makin xda ilmu” kesimpulannya nik aziz walaupun tua x mestinya ilmunya tinggi. sy x bermaksud merendahkan nik aziz, cuma sampai bila beliau mahu berubah? jgn terlalu angkuh. memohon maaf jelah atas kesilapan beliau serta bertaubatlah. seperti kata ust azhar idrus, org yg merendah2kan nabi , maka terbatallah akidahnya.

  7. suppoter says

    ustaz cakap dia na berhenti menerima undangan sbb diugut . tapi ambik la tahu dia ade pusat pengajian dia sendiri . x bermakna dia benti dari menyebarkan ajaran agama . haish . nie la manusia . bila yang baik dikutuk2 . di maki itu ini . tolong jangan show us kebodohan anda .
    aq suka ustaz nhe punya ceramah . terbaik !

Trackbacks

  1. [...] Kuala Lumpur: “Saya terpaksa berhenti berceramah kerana bimbang sesuatu buruk menimpa keluarga. Selain dimaki hamun dalam blog dan Facebook, ada yang datang ke rumah dan pusat pengajian memberi ugutan (mahu) memukul dan membunuh saya. “Ya, saya akan berhenti berceramah 28 November depan kerana saya kecewa difitnah dan dicerca bukan-bukan oleh pihak tidak bertanggungjawab,” kata penceramah [...] Nizarazu [...]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *