• Home
  • Disclaimer
  • Link Exchange
  • Contact

Nizarazu.com

Sumber Informasi Anda!

  • Info
  • Isu Semasa
  • Agama
  • Pendidikan
  • Sukan
  • Hiburan
  • Resipi
You are Here: Nizarazu » Agama » Hukum Lelaki Memakai Baju Warna Merah

Hukum Lelaki Memakai Baju Warna Merah

November 18, 2016 By Nizarazu 4 Comments

  • Tweet
  • Tweet

Hukum Lelaki Memakai Baju Warna Merah. Seperti yang sedia maklum, ramai di antara kita yang agak terkejut dengan hadis ini. Ini kerana ramai di antara kita yang tidak pernah baca malah tidak pernah tahu akan sebuah hadis mengenai warna baju yang dilarang dipakai oleh lelaki. Warna yang dilarang dipakai oleh lelaki mengikut hadis adalah seperti warna Saffron, kuning kunyit dan warna merah.

Hukum Lelaki Memakai Baju Warna Merah

Berikutan itu, satu soalan telah diajukan kepada pakar hadis iaitu Dr Rozaimi Ramle (LINK). Antara soalannya adalah seperti berikut.

Hukum Lelaki Memakai Baju Warna Merah

Soalan
Assalamualaikum Dr. Mohon penjelasan tentang kesahihan hadis hadis berikut mengenai warna baju yang dilarang untuk lelaki.
Warna:
1. Saffron (HR Bukhari 77 dan 63)
2. Kuning Kunyit (HR Abu Dawud 4406)
3. Merah (HR Sunan Nasaie 5185)

Dr Rozaimi menjawab:

Waalaikumussalam.
Tidak dinafikan ada perbezaan pandangan di kalangan ulama. Saya memilih pandangan berikut:
1. Merah memang dilarang jika merah sahaja tanpa campur warna lain. Kalau campur tak dilarang.
2. Kuning dan oren dilarang jika dicelup dgn warna dari saffron atau usfur (tumbuhan). Tapi kalau warna tu bukan dari warna tumbuhan ni maka tak dilarang. Larangan ni khas untuk lelaki sahaja

Hukum Lelaki Memakai Baju Warna Merah

Kredit Kempen Semak Status Hadith Sebelum Sebarkan

Penjelasan lebih lanjut berkaitan larangan memakai baju merah bagi lelaki

Menurut Dr Rozaimi berkaitan baju merah ulamak ada pelbagai pendapat yakni ada khilaf ulamak. Ada ulamak berpendapat hukumnya harus seperti mazhab Syafie dan sebahagian ulamak Hambali berkata harus pakai merah kerana ada dalam hadis Bukhari Nabi Muhammad SAW pernah memakai baju, selendang dan kain yang ada warna merah yakni bukan merah penuh tapi cuma garisan merah. Manakala ada sebahagian ulamak berkata haram kerana ada hadis riwayat Nasaie mengatakan tak boleh memakai baju merah.

Jadi Dr Rozaimi berpendapat selagi mana merah tu tak penuh yakni merah yang juga bercampur dengan warna lain maka ianya dibolehkan. Contoh seperti jersi pasukan bolasepak Liverpool. Menurutnya larangan ini sebenarnya terkait dengan zaman, kerana pada zaman itu, mereka yang pakai baju merah adalah wanita. Jadi bila pakai baju merah ada unsur tasyabbuh (menyerupai orang lain dalam suatu perkara) dengan orang perempuan iaitu seperti warna merah jambu yang dipakai orang lelaki pada zaman sekarang.

Kesimpulannya Dr Rozaimi menjelaskan hadis ini ada khilaf ulamak, ada ulamak yang membenarkan, ada ulamak yang kata haram, ada ulamak yang kata makruh, ada ulamak yang berpendapat selagi mana merah tidak penuh tidak mengapa dan ada ulamak yang kata ianya terikat dengan zaman maksudnya pada zaman itu lelaki memakai baju warna merah menyerupai perempuan jadi lelaki tidak dibenarkan memakainya.

Dr Rozaimi memilih pendapat yang menyerupai perempuan. Yakni pada hari ini ada orang pakai baju merah penuh tidak mengapa tetapi nak lebih selamat campurkanlah sedikit dengan warna lain maksudnya ada warna hijau sedikit atau ada garisan warna lain. Boleh rujuk video di atas untuk pencerahan lanjut

wallahua’lam

 

Like dan Follow Nizarazu di Facebook dan Instagram

Incoming search terms:

  • Pandangan lelaki
Artikel lain..
Tarikh Hari Raya Aidiladha 2014 Di Malaysia
Tarikh Dan Tempat Melihat Anak Bulan Syawal 2014 / 1435H
Punca Sebenar Seorang Lelaki Buat Laporan Polis Laungan Azan Terlalu Kuat
Kerana Hutang Syurga Tertangguh - Cara Terakhir Menyelesaikan Hutang
Mahama Jehma Meninggal Dunia Ketika Sedang Solat
Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus Julai 2015
Hukum Menghisap Vapor Atau Rokok Elektronik
Bagaimana Allah Menghakimi Seseorang Yang Lahir Dalam Keluarga Bukan Islam?

Comments

  1. baik namanya... says

    November 20, 2016 at 10:53 pm

    Baju melayu saya penuh warna merah~ ibu bapa belikan…

    Soalan:
    -kalau takde niat?
    -kalau pakai baju merah penuh pastu kita letak barang yang warnanya lain kat baju, contoh; letak kertas warna biru kat poket, pakai sampin warna lain, dibenarkan ke?

    Reply
    • Nizarazu says

      November 20, 2016 at 11:52 pm

      butang warna apa?

      Reply
      • Baik namanya says

        November 21, 2016 at 6:55 am

        Butang berlainan warna?

        Reply
        • Nizarazu says

          November 24, 2016 at 8:56 am

          jadi tiada masalah.. contoh seperti dalam video Dr Rozaimi tu

          Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

NizarazuDotCom Fanpage

Follow Instagram

This error message is only visible to WordPress admins

Error: No connected account.

Please go to the Instagram Feed settings page to connect an account.

Pilihan Pembaca

  • Cara Mudah Cerahkan Kulit Tangan Dan Kaki
  • Kemunjulan Dajjal Semakin Hampir
  • Cara Menghilangkan Jeragat, Jerawat Dan Parut Jerawat – Berkesan
  • Hukum Lelaki Memakai Baju Warna Merah
  • Teknik Manipulasi ASB Yang Tidak Diketahui Umum

Post Terbaru

  • Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus Ogos 2018
  • Status Facebook Yang Menghapuskan Semua Pahala Amal Soleh
  • Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus Januari 2018
  • Perkataan Yang Boleh Menjadikan Seseorang Itu Murtad
  • Hukum Potong Rambut Dan Kuku Bagi Peserta Korban Hari Raya Aidiladha

Popular Post Dalam 24 Jam

  • Ciri-Ciri Isteri Derhaka Menurut Rasullullah105
  • Taubat Nasuha Dan Cara Melaksanakan Solat Sunat Taubat35
  • 12 Ayat-Ayat Cinta Untuk Mencairkan Hati Pasangan34
  • Senarai Lokasi Restoran Ramly Burger Di Malaysia27
  • Cara Mudah Cerahkan Kulit Tangan Dan Kaki24

Iklan

Recent Comments

  • Taubat Nasuha Dan Cara Melaksanakan Solat Sunat Taubat – Info Sahih on Taubat Nasuha Dan Cara Melaksanakan Solat Sunat Taubat
  • Kata Ucapan Selamat Hari Minggu – kata on Sekitar Gambar Perkahwinan Fizo Omar Dan Mawar 10 November 2013
  • Mally on Senarai Lokasi Restoran Ramly Burger Di Malaysia
  • Kumpulan Gambar Greeting Card Hari Ibu | Rochman Blog on Koleksi SMS Ucapan Hari Raya
  • dinda on Kebenaran Islam Tentang Kucing Sejak 1500 Tahun Yang Lalu
  • Syaerozi on Adakah Kredit Maxis Anda Pernah Hilang Tiba-Tiba?

Tags

AFC CUP 2015 AFF Suzuki Cup 2014 astro arena astro arena 801 astro arena live astro arena live streaming Astro Gempak 2014 Cara carta liga super 2014 carta liga super 2015 Di Facebook FA Cup 2015. jadual UAI 2015 JDT live streaming jdt tv keputusan liga super 2014 keputusan liga super 2015 Kesian Krisis Di Sabah! Kucing kuliah UAI Lelaki liga super 2014 liga super 2015 live astro arena Live Maharaja Lawak Live Streaming Astro Arena Live Streaming Astro Arena 801 maharaja lawak mega 2014 malaysia super league 2015 malaysia super league result MLM 2014 pahang vs jdt live streaming Piala AFC 2015 Piala FA 2015 piala malaysia 2014 result liga super 2015 Siaran langsung Maharaja Lawak Mega 2014 Untuk Ustaz azhar idrus Ustaz Azhar Idrus ceramah Video Maharaja Lawak Mega 2014 Wanita Yang
© 2011 ~ 2018 · www.nizarazu.com ·