• Home
  • Disclaimer
  • Link Exchange
  • Contact

Nizarazu.com

Sumber Informasi Anda!

  • Info
  • Isu Semasa
  • Agama
  • Pendidikan
  • Sukan
  • Hiburan
  • Resipi
You are Here: Nizarazu » Agama » Hukum Menggunakan Ayat Suci Al-Quran Sebagai Ringtone

Hukum Menggunakan Ayat Suci Al-Quran Sebagai Ringtone

July 24, 2012 By Nizarazu 3 Comments

  • Tweet
  • Tweet

Hukum Menggunakan Ayat Suci Al-Quran Sebagai Ringtone.Assalamualaikum dan selamat sejahtera, sejak kebelakangan ini dikatakan masih ramai lagi di kalangan kita yang menggunakan ayat-ayat Al-Quran sebagai ringtone/nada dering untuk telefon bimbitnya. Niat mereka mungkin baik iaitu mungkin mendapat pahala apabila mendengar ayat-ayat suci tersebut.

Hukum Menggunakan Ayat Suci Al-Quran Sebagai Ringtone

Tetapi, tanpa mereka sedari amalan tersebut sebenarnya dilarang dalam Islam.

Hukum Menggunakan Ayat Suci Al-Quran Sebagai Ringtone

Satu mesyuarat Majlis Fatwa Ulama’ Saudi telah diadakan pada 17 Nov 2007 membincangkan perkara ini. Majlis ini dihadiri oleh 70 org perwakilan figh dunia dan ianya dipengerusikan oleh Mufti besar Arab Saudi Sheikh Abdul Aziz Ali Al-Syeikh. Hasil daripada perbincangan, ulama-ulama berpendapat:

“Ia memalukan dan menjatuhkan kedudukan ayat-ayat al-Quran apabila ayat al-Quran yang didengarkan itu secara tiba-tiba ia terhenti, atau yang mendengar mengabaikan bacaan tersebut. Sebaliknya, jika ayat-ayat al-Quran disimpan didalam talipon bertujuan untuk didengari merupakan satu amalan yang mulia (dan bukan untuk nada dering)”.

Akademi Penyelidikan Islam, yang diketuai oleh Sheikh Dr Mohamed Sayed Tantawi rh., pada hari Khamis 12 November 2009 telah mengharamkan penggunaan penggunaan Al-Quran sebagai nada dering kata beliau:

“Ia merupakan penyalah gunaan al-Quran, tidak bertepatan dengan keAgungan dan kemuliaanya”.

Menurut Setiausaha Akademi tersebut, al-Azhar telah mengikuti keputusan yang difailkan oleh ahlinya Sheikh Mustafa Shaka yang menyeru pihak al-Azhar mengharamkan penggunaan al-Quran sebagai nada dering. Keputusan dibuat atas dasar:

“Ayat-ayat yang digunakan tidak sesuai dengan keAgungan al-Quran. Ayat-ayat yang dibacakan pun tidak habis atau terputus.”

Al-Azhar juga telah mengarahkan pihak Telco di Mesir mengharamkan penggunaan al-Quran sebagai nada dering.

Kata Sheikh Dr Mahmoud Ashour:

“Ayat-ayat al-Quran tidak diturunkan dari syurga untuk digunakan sebagai ringtone atau sebagai sesuatu yang tidak ada nilai dari aspek keAgungan dan status al-Quran itu sendiri”.

Menurut beliau lagi, yang merupakan ahli Jawatan kuasa Akademi tersebut:

“Orang tidak akan menumpukan perhatian kepada bacaan al-Quran apabila ia berbunyi, kerana nada dering itu dijadikan sebagai bahan alert apabila terjadinya perhubungan (connection), dan tidak sesuai langsung al-Quran mengganti tempat nada dering atau deringan musik”.

 

Ini disepakati oleh Darul Ulum Deoband India yang juga mengharamkan amalan ini. Jurucakapnya Mohammed Asumin Qazmi mengatakan bahawa ayat-ayat al-Quran bukanlah bertujuan menghibur:

“Seseorang yang mendengar al-Quran hendaklah dia mendengar sehingga habis dengan tawadhu’ dan tadabbur. Jika ia digunakan sebagai nada dering, tiba-tiba ditutup semasa bacaan, maka sangatlah tidak Islamik perbuatan tersebut”.

Kesimpulan dari sebab-sebab pengharaman al-Quran sebagai nada dering adalah :-

– Kedudukan ayat-ayat al-Quran yang Agung dan Mulia tidak sesuai dijadikan sebagai nada dering.

– Nada dering bacaan al-Quran itu biasanya tidak dihirau bacaannya, sedangkan menurut syara’, apabila ayat-ayat al-Quran dibacakan, hendaklah yang mendengar itu diam dan mendengarnya.

– Bacaan al-Quran pada nada dering biasanya bacaan tersebut terhenti atau terputus apabila talipon tersebut “berhubung”. Ayat al-Quran hendaklah dibaca secara penuh.

– Adakalanya, nada dering bacaan dibunyikan pada tempat-tempat yang kotor seperti tandas!! Haram bacaan al-Quran didalam tandas.

– Pengharaman nada dering bacaan al-Quran termasuklah laungan Azan.

Wallahua’lam..

P/s : Jangan lupa kongsikan artikel ini kepada rakan-rakan kenalan kita..
Sumber

Artikel lain..
Kisah Benar - Detik-Detik Terakhir Siti Hajar Binti Ahmad Sabir
Siapa Sebenarnya Ahmad Ammar Ahmad Azam
Hukum Pakai Topi Santa Claus
Kalendar Islam 2014 Atau Takwim 1435 - 1436 Hijriah Malaysia
Hukum Korek Hidung Atau Telinga Semasa Berpuasa
Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus Oktober 2014
Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus Jun 2015
Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus Ogos 2018

Comments

  1. iwan_redzuan says

    July 30, 2012 at 12:22 am

    Thanx sebab letak backlink ke blog saya… :D

    Reply
    • Nizarazu says

      July 30, 2012 at 1:47 am

      hehe..welcome :)

      Reply
      • B-10 says

        April 19, 2013 at 6:28 am

        Kenapa emo dia lain bro? Jles ni.haha

        Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

NizarazuDotCom Fanpage

Follow Instagram

Load More...Follow on Instagram

Pilihan Pembaca

  • Cara Mudah Cerahkan Kulit Tangan Dan Kaki
  • Kemunjulan Dajjal Semakin Hampir
  • Cara Menghilangkan Jeragat, Jerawat Dan Parut Jerawat – Berkesan
  • Hukum Lelaki Memakai Baju Warna Merah
  • Teknik Manipulasi ASB Yang Tidak Diketahui Umum

Post Terbaru

  • Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus Ogos 2018
  • Status Facebook Yang Menghapuskan Semua Pahala Amal Soleh
  • Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus Januari 2018
  • Perkataan Yang Boleh Menjadikan Seseorang Itu Murtad
  • Hukum Potong Rambut Dan Kuku Bagi Peserta Korban Hari Raya Aidiladha

Popular Post Dalam 24 Jam

  • 12 Ayat-Ayat Cinta Untuk Mencairkan Hati Pasangan41
  • Taubat Nasuha Dan Cara Melaksanakan Solat Sunat Taubat30
  • Aneka Resipi Aiskrim Sedap Di Malaysia25
  • Cara Mudah Cerahkan Kulit Tangan Dan Kaki18
  • Cara Mudah Hack Facebook18

Iklan

Recent Comments

  • Taubat Nasuha Dan Cara Melaksanakan Solat Sunat Taubat. Allah S.W.T Tidak Jemu Untuk Mengampunkan Hambanya. - Eksposting.com on Taubat Nasuha Dan Cara Melaksanakan Solat Sunat Taubat
  • Senarai Multi Level Marketing Terbaik Malaysia – 1stchoicecredit.info on Senarai Ranking Universiti Terbaik Di Malaysia 2015
  • Nizarazu on Sekitar Gambar Musim Bunga Di Malaysia April 2014
  • khairul aanuar on Sekitar Gambar Musim Bunga Di Malaysia April 2014
  • mas on Siapa Nak Cari Pasangan??
  • mas on Siapa Nak Cari Pasangan??

Tags

AFC CUP 2015 AFF Suzuki Cup 2014 astro arena astro arena 801 astro arena live astro arena live streaming Astro Gempak 2014 Cara carta liga super 2014 carta liga super 2015 Di Facebook FA Cup 2015. jadual UAI 2015 JDT live streaming jdt tv keputusan liga super 2014 keputusan liga super 2015 Kesian Krisis Di Sabah! Kucing kuliah UAI Lelaki liga super 2014 liga super 2015 live astro arena Live Maharaja Lawak Live Streaming Astro Arena Live Streaming Astro Arena 801 maharaja lawak mega 2014 malaysia super league 2015 malaysia super league result MLM 2014 pahang vs jdt live streaming Piala AFC 2015 Piala FA 2015 piala malaysia 2014 result liga super 2015 Siaran langsung Maharaja Lawak Mega 2014 Untuk Ustaz azhar idrus Ustaz Azhar Idrus ceramah Video Maharaja Lawak Mega 2014 Wanita Yang
© 2011 ~ 2018 · www.nizarazu.com ·