• Home
  • Disclaimer
  • Link Exchange
  • Contact

Nizarazu.com

Sumber Informasi Anda!

  • Info
  • Isu Semasa
  • Agama
  • Pendidikan
  • Sukan
  • Hiburan
  • Resipi
You are Here: Nizarazu » Agama » Hukum Wanita Bersalin Dengan Doktor Lelaki

Hukum Wanita Bersalin Dengan Doktor Lelaki

November 8, 2012 By Erika 2 Comments

  • Tweet
  • Tweet

Hukum Wanita Bersalin Dengan Doktor Lelaki. Marcapada ini, mungkin ramai yang sedar bahawa doktor lelaki yang banyak melaksanankan tugas pemerikasaan hinggalah kepada tugas menyambut kelahiran untuk para ibu.

Barangkali kerana fenomena ini sudah terlalu biasa, masyaratkat mengambil ringan mengenai hukum agama. Hanya segelintir yang bersuara untuk menegakkan hukum agama dan mengetahui sejauh manakah tahap darurat yang mengharuskan doktor lelaki mengambil alih tugas itu.

Hukum Wanita Bersalin Dengan Doktor Lelaki

Hukum Wanita Bersalin Dengan Doktor Lelaki

Soalan:

 

Ada suatu perkara yang selama ini mengganggu fikiran saya, dan bagi saya ia telah menjadi perkara yang SERIUS. Saya telah mempunyai empat orang anak, keempat-empat anak saya tersebut lahir melalui perawatan doktor lelaki. Semenjak dari pemeriksaan hinggalah sampai mereka lahir, doktor lelaki itulah yang melaksanakannya. Yang menjadi kemusykilan saya apakah pemeriksaan bulanan ketika mengandung yang dilakukan oleh doktor lelaki tersebut dengan memegang bahagian-bahagian aurat seperti perut dan sebagainya dikira sebagai darurat. Sedangkan ketika itu isteri saya bukan dalam keadaan sakit tapi dalam keadaan normal. Apakah hukumnya jika kita membiarkan perkara itu terjadi di depan kita sedangkan mungkin kita boleh mencari alternatif lain seperti mencari doktor pakar wanita ataupun bidan?
Keluarga Muslim, KL

Jawapan:

Pada diri wanita ada ciri-ciri atau kriteria yang spesifik dan itu tidak dimiliki oleh lelaki, begitu pula sebaliknya. Apabila salah satu pihak meninggalkan kriteria yang telah ditetapkan Allah bererti ia telah meninggalkan fitrah dan merosak kudrat insaniah. Ada beberapa ketentuan dalam syariat Allah sehubungan kriteria yang dimiliki oleh wanita, oleh sebab itu berpegang teguhlah dengan syariat tersebut dan jangan perkenankan lelaki campur tangan dalam urusan dalaman jika tidak ingin dirugikan ataupun kehidupan fizikal dan kejiwaan wanita akan rosak.

Secara syariat, wanita muslimah hendaklah menjaga dirinya dan auratnya dari dilihat orang lain, kerana jika perkara ini terjadi pasti akan menimbulkan fitnah. Secara fitrah baik lelaki ataupun wanita yang bukan muhrim bersentuhan pasti akan menimbulkan berahi dan getaran jiwa yang akan mendatangkan tekanan syahwat baik banyak mahupun sedikit. Inilah namanya nafsu yang pasti ada pada diri seorang lelaki ataupun wanita yang normal.

Wanita mengandung ketika mengadakan pemeriksaan bulanan dengan doktor lelaki bukanlah tergolong dalam keadaan darurat, kerana ketika itu wanita tersebut bukan dalam keadaan sakit. Jika ia bukan dalam keadaan darurat sudah tentu hukumnya berdosa ketika seorang doktor lelaki menyentuh bahagian-bahagian tertentu tubuh wanita tersebut. Kedudukan darurat dalam Islam adalah jika sesuatu keadaan itu tidak ada pilihan lain, maka secara terpaksa atau harus kita melaksanakan sesuatu yang pada dasarnya bertentangan dengan ketetapan Allah. Umpamanya, memakan daging khinzir hukumnya haram, namun ketika dalam keadaan tidak ada sedikitpun makanan melainkan daging itu sahaja, sedangkan kita dalam keadaan kelaparan yang boleh membawa maut, maka hukumnya menjadi harus memakan daging tersebut sekadar mengelakkan dari mati.

Begitu juga halnya dalam masalah pemeriksaan bulanan, ia bukanlah dalam keadaan darurat, sebab masih ada cara lain atau alternatif lain untuk mencari doktor wanita ataupun bidan yang beragama Islam. Apatah lagi di negara kita sekarang ini mudah didapati doktor wanita, bahkan di hospital dan klinik kerajaan pun kebanyakan yang memeriksa wanita hamil terdiri dari doktor atau bidan wanita. Mengapa kita mesti mencari doktor lelaki jika hanya sekadar menginginkan kepakaran mereka disaat mengadakan pemeriksaan bulanan. Bahkan doktor wanita yang pakar sakit puan pun telah ramai di negara ini. Maka tidak timbullah istilah ‘darurat’ ketika mengadakan pemeriksaan bulanan dengan doktor lelaki bagi wanita hamil. Kecualilah ketika akan melahirkan, di mana wanita yang akan melahirkan tersebut memerlukan pembedahan dan perhatian yang serius dari ramai pihak. Maka ketika ini barulah boleh dipakai istilah darurat tersebut, kerana wanita yang ingin melahirkan itu tidak terfikir masalah lain, melainkan ingin selamat melahirkan anaknya.

Ditinjau dari aspek psikologi pun proses pemeriksaan bulanan yang dilakukan wanita hamil dengan doktor lelaki ini akan menimbulkan kesan yang jauh dan negatif dalam hubungan kekeluargaan. Bayangkan saja bagi seorang wanita yang selama ini hanya disentuh oleh suaminya, tentu akan merasa suatu getaran ketika lelaki lain menyentuhi tubuhnya. rasa kelainan dan getaran inilah yang membenihkan suatu keinginan tertentu kepada yang lain selain suaminya, lebih-lebih lagi ketika mereka menghadapi masalah atau krisis rumahtangga. Perkara ini sepintas lalu nampaknya macam perkara biasa dan sederhana, namun dalam jangka masa panjang, kesannya sangat membahayakan minda dan jiwa isteri tadi serta suaminya juga. Dalam hal ini bagi doktor lelaki mungkin tidak merasakan apa-apa perasaan terhadap pesakitnya, disebabkan terlalu ramai pesakit yang dirawatnya setiap hari dan ini menjadikannya lali dengan keadaan tersebut. Namun bagi seorang wanita yang normal dan sihat, getaran di jantungnya pasti akan terasa dan getaran inilah yang dinamakan syahwat.

Jika perkara ini terjadi bukanlah bererti setiap wanita yang hamil itu tidak baik atau wanita yang rendah moralnya, malah perkara ini membuktikan kenormalan wanita tersebut. Dalam hal ini kebijaksanaan suami sangat dituntut untuk melaksanakan tuntutan Islam agar isterinya mengadakan pemeriksaan bulanan dengan doktor wanita Islam sahaja.

Saya ingin membawa contoh yang sama dalam diri seorang lelaki. Bagaimanakah rasanya perasaan seorang lelaki jika bahagian tertentu tubuhnya disentuh oleh doktor wanita dengan nada bahasa yang lemah-lembut dan baik. Sebagai seorang lelaki yang normal, pasti dia akan merasakan getaran di jantungnya, kecualilah jika ketika itu ia betul-betul sakit (dalam keadaan darurat), sehingga tidak ada yang lain difikirkannya melainkan kesembuhan dari sakitnya itu. Begitu juga halnya dengan doktor wanita yang menyentuh pesakit lelaki mungkin merasa lali dengan situasi tersebut disebabkan profesi dan tanggungjawabnya sebagai seorang doktor.

Fahamilah tentang kaedah batas-batas aurat bagi seorang wanita atau lelaki yang bukan muhrim. Jika perkara ini tidak diberi perhatian secara serius, lama kelamaan akan runtuhlah sendi institusi rumahtangga keluarga muslim. Seandainya seluruh umat Islam tidak mengambil berat tentang perkara ini, bukan saja institusi rumahtangga malah negara pun akan runtuh kerana kejatuhan nilai moral dan agama dalam kehidupan bangsa. Peliharalah diri dan keluarga kita agar kehidupan bahagia di dunia dan di akhirat serta terhindar dari seksa api neraka. Wallahu A’lam…

Wassalam.

P/s: banyak lagi situasi lain yang patut masyarakat mulai ambil berat tentang keadaan sekeliling..semoga kita semua menjadi lebih baik dari sehari ke sehari..

Via – myibrah

Incoming search terms:

  • wanita bersalin
  • orang bersalin
  • video orang bersalin normal
  • video bersalin normal
  • video bersalin
Artikel lain..
Kisah Pengislaman Felixia Yeap
Bunuh Diri Kerana Cinta, Lelaki Ini Kongsikan Pengalaman Mengerikan Menguruskan Jenazah
Cara Berwudhu' Nabi Muhammad SAW
Tarikh Dan Tempat Melihat Anak Bulan Ramadhan 2014 / 1435H
Fakta Menakjubkan Mengenai Wudhu'
Apa Akan Jadi Pada Akaun Facebook Kita Selepas Kita Mati?
Hukum Lelaki Memakai Baju Warna Merah
Pembongkaran Hubungan Antara Kiblat Kaabah Dan Hari Kiamat

Comments

  1. Puteh Jerineh Ramli says

    July 18, 2014 at 1:17 pm

    Terkejut saya membaca jawapan di atas. Tidak ada fakta, hanya bergantung pada emosi dan fikiran tak berdasarkan hadith atau surah. Saya membantah keras dengan berberapa tanggapan di atas yang langsung tidak masuk akal. Kita sebagai wanita mesti mahu terbaik untuk bayi kita, samada doktor lelaki atau perempuan. Yang membuat kelaka, doktor akan tertawan dengan perempuan yang dia periksa? Pemilik kedai pun boleh tertawan dengan wanita yang datang membeli-belah. Tolonglah, perempuan Muslim yang menegakkan keluarga. Jangan menggalakkan penulisan sebegini.

    Reply
    • ifamie says

      December 20, 2014 at 10:35 pm

      betul kata puteri. Saya tak nafikan hukum Allah memang jelas lelaki asing haram melihat aurat wanita tetapi lihatlah situasi sekarang di negara kita. 1 pakar sakit puan wanita bersamaan 10 pakar sakit puan lelaki…..kalau isu ini sering ditimbulkan oleh masyarakat mengapa wanita2 yg bijak di luar sana tidak mahu menjadi doktor perbidanan? doktor lelaki pun rawat wanita ditemani jururawat dan suami wanita itu sendiri…..kalau tenaga doctor lelaki tak lagi diperlukan dalam bidang o&g nah silakan para wanita untuk menguasai bidang tersebut…….jangan hanya pandai timbulkan isu tanpa kemukakan solusinya….

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

NizarazuDotCom Fanpage

Follow Instagram

This error message is only visible to WordPress admins

Error: No connected account.

Please go to the Instagram Feed settings page to connect an account.

Pilihan Pembaca

  • Cara Mudah Cerahkan Kulit Tangan Dan Kaki
  • Kemunjulan Dajjal Semakin Hampir
  • Cara Menghilangkan Jeragat, Jerawat Dan Parut Jerawat – Berkesan
  • Hukum Lelaki Memakai Baju Warna Merah
  • Teknik Manipulasi ASB Yang Tidak Diketahui Umum

Post Terbaru

  • Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus Ogos 2018
  • Status Facebook Yang Menghapuskan Semua Pahala Amal Soleh
  • Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus Januari 2018
  • Perkataan Yang Boleh Menjadikan Seseorang Itu Murtad
  • Hukum Potong Rambut Dan Kuku Bagi Peserta Korban Hari Raya Aidiladha

Popular Post Dalam 24 Jam

  • Ciri-Ciri Isteri Derhaka Menurut Rasullullah108
  • 12 Ayat-Ayat Cinta Untuk Mencairkan Hati Pasangan37
  • Taubat Nasuha Dan Cara Melaksanakan Solat Sunat Taubat35
  • Senarai Lokasi Restoran Ramly Burger Di Malaysia32
  • Cara Mudah Cerahkan Kulit Tangan Dan Kaki23

Iklan

Recent Comments

  • Taubat Nasuha Dan Cara Melaksanakan Solat Sunat Taubat – Info Sahih on Taubat Nasuha Dan Cara Melaksanakan Solat Sunat Taubat
  • Kata Ucapan Selamat Hari Minggu – kata on Sekitar Gambar Perkahwinan Fizo Omar Dan Mawar 10 November 2013
  • Mally on Senarai Lokasi Restoran Ramly Burger Di Malaysia
  • Kumpulan Gambar Greeting Card Hari Ibu | Rochman Blog on Koleksi SMS Ucapan Hari Raya
  • dinda on Kebenaran Islam Tentang Kucing Sejak 1500 Tahun Yang Lalu
  • Syaerozi on Adakah Kredit Maxis Anda Pernah Hilang Tiba-Tiba?

Tags

AFC CUP 2015 AFF Suzuki Cup 2014 astro arena astro arena 801 astro arena live astro arena live streaming Astro Gempak 2014 Cara carta liga super 2014 carta liga super 2015 Di Facebook FA Cup 2015. jadual UAI 2015 JDT live streaming jdt tv keputusan liga super 2014 keputusan liga super 2015 Kesian Krisis Di Sabah! Kucing kuliah UAI Lelaki liga super 2014 liga super 2015 live astro arena Live Maharaja Lawak Live Streaming Astro Arena Live Streaming Astro Arena 801 maharaja lawak mega 2014 malaysia super league 2015 malaysia super league result MLM 2014 pahang vs jdt live streaming Piala AFC 2015 Piala FA 2015 piala malaysia 2014 result liga super 2015 Siaran langsung Maharaja Lawak Mega 2014 Untuk Ustaz azhar idrus Ustaz Azhar Idrus ceramah Video Maharaja Lawak Mega 2014 Wanita Yang
© 2011 ~ 2018 · www.nizarazu.com ·