• Home
  • Disclaimer
  • Link Exchange
  • Contact

Nizarazu.com

Sumber Informasi Anda!

  • Info
  • Isu Semasa
  • Agama
  • Pendidikan
  • Sukan
  • Hiburan
  • Resipi
You are Here: Nizarazu » Info » Inilah 3 Suspek Utama Pembunuh Dirang

Inilah 3 Suspek Utama Pembunuh Dirang

March 18, 2012 By Nizarazu Leave a Comment

  • Tweet
  • Tweet

 

Mungkin ramai yang mengikuti perkembangan kes pembunuhan kejam adik Nurul Nadirah Abdullah atau nama panggilannya Dirang. Memang satu kes pembunuhan yang sangat kejam dan tidak berperikemanusiaan. Kalau yang belum baca kes tu leh tengok sini.. Al-Fatihah Kepada Adik Dirang . Susulan itu suspek utama bagi kes pembunuhan adik Dirang ni direman lagi 7 hari.. baca berita selanjutnya

 

 

JOHOR BAHRU: Mahkamah Majistret, di sini, semalam meluluskan permohonan lanjutan reman seminggu lagi terhadap tiga suspek utama kes bunuh dan bakar kanak-kanak berusia lima tahun, Nurul Nadirah Abdullah atau Dirang, sehingga 23 Mac ini.

 

Pendaftar Mahkamah Rendah, Nuriza Mustaffa melanjutkan tempoh tahanan reman itu bermula semalam bagi membolehkan polis meneruskan siasatan lanjut, selain mengumpul bukti berhubung kes terbabit.

 

Ketiga-tiga suspek, termasuk seorang wanita, berusia 30-an serta 40-an yang dikawal ketat anggota polis memakai baju lokap berwarna oren tiba di perkarangan Mahkamah Majistret menaiki kenderaan polis jam 9.45 pagi bagi mendapatkan perintah reman berkenaan.

 

Perkarangan mahkamah dipenuhi wakil media daripada pelbagai organisasi yang menunggu kehadiran mereka.

 

Mereka berjalan sambil menundukkan muka bagi mengelak wajah dirakam.

 

Ibu Dirang, Roselyn Alan, 25, berkata, dia sekeluarga mengharapkan siasatan dan hukuman dapat dijatuhi terhadap penjenayah yang melakukan perbuatan kejam terhadap anaknya.

 

“Dirang hanya anak kecil yang tak tahu apa-apa. Dia langsung tak bersalah. Perlakuan penjenayah terbabit sungguh tidak berperikemanusiaan,” katanya.

 

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Roslan Zainuddin berkata, lanjutan tahanan reman itu dibuat bagi membolehkan pihaknya mengumpul bahan bukti sebelum menyerahkan kertas pendakwaan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.

 

Bapa kandung Dirang, warga negara Filipina yang ditahan sebelum ini, dijangka dihantar pulang ke negara asalnya, esok.

 

“Saya bersama anggota polis yang lain komited dan berjanji akan menjalankan siasatan secara terperinci bagi memberi keadilan sepatutnya kepada Dirang sekeluarga,” katanya.

 

Pada 1 Mac lalu, Dirang dilaporkan hilang ketika membeli mi segera dan telur di kedai runcit berhampiran rumahnya di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam sebelum disahkan meninggal dunia akibat dibunuh dan dibakar, 12 Mac lalu.

 

Kematiannya disahkan melalui ujian deoxyribonucleic asid (DNA) yang dijalankan terhadap rangka manusia yang ditemui di ladang kelapa sawit di Nusa Damai, Masai 8 Mac lalu, yang sepadan dengan DNA Roselyn.

 

Ketiga-tiga suspek iaitu dua lelaki dan seorang wanita ditahan polis pada hari Dirang dilaporkan hilang, manakala bapa kandung kanak-kanak berkenaan turut ditahan bagi membantu siasatan pada 8 Mac lalu.

 

Kelmarin, bapa kandung Dirang disahkan tidak mempunyai kaitan dengan pembunuhan kejam itu. – Hmetro

 

 

 

Artikel lain..
Pejabat Perdana Menteri Palestin Diletupkan Oleh Israel
Memang Legend, Terjun Dari Jambatan Dengan Basikal
Kereta Diserang Ulat?
Risiko Berkahwin Dengan Programmer?
Kisah Seram Angkara Tidak Mandi Wajib
Siapakah As-Syahid Sheikh Ahmad Yassin ?
Pertandingan Lelaki Paling Kacak Di Afrika Yang Unik
Cara Mudah Tengok Kawan-Kawan Yang Sedang Online Di Facebook

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

NizarazuDotCom Fanpage

Follow Instagram

This error message is only visible to WordPress admins

Error: No connected account.

Please go to the Instagram Feed settings page to connect an account.

Pilihan Pembaca

  • Cara Mudah Cerahkan Kulit Tangan Dan Kaki
  • Kemunjulan Dajjal Semakin Hampir
  • Cara Menghilangkan Jeragat, Jerawat Dan Parut Jerawat – Berkesan
  • Hukum Lelaki Memakai Baju Warna Merah
  • Teknik Manipulasi ASB Yang Tidak Diketahui Umum

Post Terbaru

  • Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus Ogos 2018
  • Status Facebook Yang Menghapuskan Semua Pahala Amal Soleh
  • Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus Januari 2018
  • Perkataan Yang Boleh Menjadikan Seseorang Itu Murtad
  • Hukum Potong Rambut Dan Kuku Bagi Peserta Korban Hari Raya Aidiladha

Popular Post Dalam 24 Jam

  • Ciri-Ciri Isteri Derhaka Menurut Rasullullah89
  • Taubat Nasuha Dan Cara Melaksanakan Solat Sunat Taubat37
  • 12 Ayat-Ayat Cinta Untuk Mencairkan Hati Pasangan31
  • Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus Ogos 201820
  • Cara Mudah Cerahkan Kulit Tangan Dan Kaki17

Iklan

Recent Comments

  • Taubat Nasuha Dan Cara Melaksanakan Solat Sunat Taubat – Info Sahih on Taubat Nasuha Dan Cara Melaksanakan Solat Sunat Taubat
  • Kata Ucapan Selamat Hari Minggu – kata on Sekitar Gambar Perkahwinan Fizo Omar Dan Mawar 10 November 2013
  • Mally on Senarai Lokasi Restoran Ramly Burger Di Malaysia
  • Kumpulan Gambar Greeting Card Hari Ibu | Rochman Blog on Koleksi SMS Ucapan Hari Raya
  • dinda on Kebenaran Islam Tentang Kucing Sejak 1500 Tahun Yang Lalu
  • Syaerozi on Adakah Kredit Maxis Anda Pernah Hilang Tiba-Tiba?

Tags

AFC CUP 2015 AFF Suzuki Cup 2014 astro arena astro arena 801 astro arena live astro arena live streaming Astro Gempak 2014 Cara carta liga super 2014 carta liga super 2015 Di Facebook FA Cup 2015. jadual UAI 2015 JDT live streaming jdt tv keputusan liga super 2014 keputusan liga super 2015 Kesian Krisis Di Sabah! Kucing kuliah UAI Lelaki liga super 2014 liga super 2015 live astro arena Live Maharaja Lawak Live Streaming Astro Arena Live Streaming Astro Arena 801 maharaja lawak mega 2014 malaysia super league 2015 malaysia super league result MLM 2014 pahang vs jdt live streaming Piala AFC 2015 Piala FA 2015 piala malaysia 2014 result liga super 2015 Siaran langsung Maharaja Lawak Mega 2014 Untuk Ustaz azhar idrus Ustaz Azhar Idrus ceramah Video Maharaja Lawak Mega 2014 Wanita Yang
© 2011 ~ 2018 · www.nizarazu.com ·