Inilah Pedang Paling Tajam Di Dunia!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, pedang yang diakui paling tajam di dunia oleh pakar pembuatan pedang barat. Ketajamannya mampu menembus baju besi crusader, memotong dua pedang lawan, membelah perisai dan batu tanpa mengalami kerosakan pada matanya.

Kehebatan pedang buatan Damsyik dan terkenal dengan panggilan Pedang Persia ini telah mengatasi kehebatan pedang Katana dari Jepun dan pedang Excalibur milik Raja Arthur.


Pedang “Damascus” yang digunakan Salahuddin Al-Ayyubi

 

Pedang ini diperbuat besi baja “damascus” dengan teknik rahsia yang disaluti CNT (Carbon Nano Tubes) yang menjadikan ianya AMAT TAJAM dan LENTUR. Seni pembuatan pedang yang terahsia ini amat dikagumi oleh puak Barat.


Prof Dr. Peter Paufler dari Jerman mengakui kehebatan pedang ini

 

Kajian metalurgi moden setakat hari ini juga, masih tidak berkeupayaan untuk menghasilkan pedang berteknologi tinggi (teknologi NANO) dari peradaban Islam pada kurun ke-12 ini.

Setelah sekian lama pedang ini menjadi rahsia akan kehebatannya, akhirnya pengkaji barat telah berjaya membongkar rahsia pedang ini.


Rod “Damascus” bersaiz Nano didalam pedang Salahuddin Al-Ayyubi

 

Rupa-rupanya didalam pedang ini terdapat sebatang tiub rod “Damascus” yang bersaiz nano yang mudah lentur,tidak mudah patah dan sentiasa tajam sehinggakan mampu membelah apa saja.

Apa itu CNT?


Rod “Damascus” berupa rantaian atom karbon yang sangat hebat

 

CNT merupakan suatu rantaian atom karbon yang terikat di antara satu sama lain secara heksagonal berbentuk silinder yang mempunyai diameter sekecil 1-2 nanometer. Silinder CNT ini boleh mencapai panjang sehingga berpuluh-puluh mikron dan tertutup di bahagian hujung seolah-olah sebatang paip yang ditutup dikedua-dua hujungnya.

Pencirian yang dilakukan terhadap bahan ini juga menjelaskan bahawa CNT mempunyai kekuatan paling tinggi berbanding bahan lain. Ia juga mempunyai sifat kekonduksian elektrik melebihi kuprum dan logam. Keunikan tiub karbon nano yang lain ialah mempunyai ketahanan terhadap suhu tinggi serta mempunyai jisim yang lebih ringan dari aluminium.

Teknologi NANO.


Salahuddin Al-Ayyubi memimpin Tentera Islam dalam perang salib kurun ke-12

 

Kehebatan Pedang Salahuddin Al-Ayyubi telah dibongkar oleh Prof Dr. Peter Paufler dari Jerman. Prof tersebut menjumpai CNT di dalam pedang tersebut bersama senjata2 yang digunakan oleh tentera-tentera Islam pada ketika itu sewaktu perang Salib. CNT ini yang menjadikan pedang tentera Islam ini sangat tajam tetapi mudah lentur.


Salahuddin Al-Ayyubi

 

Teknologi NANO ini menggunakan besi baja “damascus” yang juga dipanggil wootz. Bijih besi ini mengandungi sejumlah peratusan unsur Karbon. Selain besi dan karbon, unsur-unsur seperti Kromium, Mangan, Kobalt juga ditambah bagi menambahkan lagi kekuatan, ketajaman dan kelenturannya.


Kehebatan pedangnya digeruni musuh-musuh Islam

 

 

Teknik pembuatan pedang ini begitu rahsia sehinggakan hanya beberapa keluarga tukang besi di Damsyik saja yang menguasainya. Akhirnya pada kurun ke-18, teknologi pembuatan pedang ini telah pupus.


Teks kajian barat tentang Pedang “Damascus”

 

Apa yang tinggal hanyalah pedang-pedang, tombak dan Pisau yang kini tersebar di pelbagai Museum di seluruh dunia. Sekadar mengingatkan kita bahawa Teknologi Hebat Peradaban Islam ini telah hilang di telan zaman.

Jangan lupa klik like kat bawah dan share kepada kawan-kawan lain :)

 

Via – Carigold

Incoming search terms:

  • pisau paling tajam
  • pisau paling tajam di dunia
  • pedang
  • Pedang termahal
  • pedang paling tajam di dunia
Artikel Berkaitan..

Comments

  1. salleh says

    Ini adalah hasil teknologi TAQWA @ Roh…..tapi kekuatan sebenar mereka adalah TAQWA dri sini Tuhan salurkan keberkatan termasuk ilmu membuat pedang yg d ilhamkan trus ke hati pakar2 pembuat pedang pada masa itu…..skrg…..kita tertumpu pada pembangunan Akal hingga d pinggirkan kemajuan Taqwa…hasilnya ….umat islam terhina d mana2….

  2. Ordinum Nagas says

    Damascus steel is more stronger n light which is I agree. but compared with katana-there’s not much difference cause it maybe due to exchange of technologies between the eastern traders with the arabic world through the silk road–but in my opinion, no matter how strong a sword made, the important thing in a sword is the design and its aerodynamics. The Damascus steel in my opinion was not used by all muslim soldiers but it may be issued to the officers and other high ranking peoples. note that though the muslims possessed this technology, but it takes about 6 crusades just to drive the crusaders out from the arab world. ( 1st crusade was a disastrous defeat in the muslim force but the rest of the crusade in the arab world solely in Muslim victory with crusaders losing and fighting each other)

Trackbacks

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *