Israel Akan Lenyap 10 Tahun Lagi?

Menurut laporan media, Henry Kissinger dan 16 badan pemikir lainnya bersetuju bahawa dalam waktu terdekat “Israel” tidak akan wujud lagi.

The New York Post mengutip perkataan Kissinger : “Dalam 10 tahun, tidak akan ada lagi Israel”.

Pernyataan Kissinger datar dan tidak memiliki syarat. Beliau tidak menyatakan bahawa “Israel” dalam bahaya, tetapi menurutnya dapat diselamatkan jika diberikan triliunan tambahan dollar dan menghancurkan musuh-musuhnya dengan bantuan tentera Amerika, dipetik daripada Kavkaz Center.

Dia tidak mengatakan bahawa jika rakan lama Netanyahu, Mitt Romney, terpilih, “Israel” entah bagaimana dapat diselamatkan. Dia juga tidak mengatakan bahawa jika mengebom Iran, “Israel” mungkin dapat bertahan hidup. Dia tidak menawarkan jalan keluar. Dia hanya menyatakan fakta : pada tahun 2022 “Israel” akan tidak ada lagi.

Komuniti bijak pandai AS bersetuju dengan pernyataan Kissinger, meskipun mungkin tarikh tepat runtuhnya “Israel” tidak mereka ketahui.

16 badan pemikir AS dengan anggaran gabungan lebih dari 70 juta USD telah mengeluarkan analisis 82 muka surat berjudul “Preparing for a Post-Israel Middle East”.

Laporan itu mengamati bahawa 700,000 pendatang haram “Israel” telah mencuri penempatan pada tahun 1967-tanah di mana seluruh dunia bersetuju adalah milik Palestin, bukan “Israel”-tidak akan tenteram dan hidup dengan damai. Kerana dunia tidak akan menerima kehadiran mereka terus-menerus di tanah yang dicuri “Israel” seperti Afrika Selatan pada akhir 1980-an.

Golongan pelampau Likud pemerintahan “Israel”, menurut laporan itu semakin memaafkan dan mendukung kekerasan membabi-buta dan pelanggaran hukum oleh pendatang haram Yahudi.

Laporan tersebut menyatakan bahawa jenayag oleh ekstrimis Yahudi, dan infrastruktur apharteid yang berkembang termasuk dinding pemisah dan sistem yang lebih kejam dari pos pemeriksaan, tidak dapat bertahan, tidak dapat berlanjutan dan tidak “selaras” dengan
“nilai-nilai” Amerika.

16 badan pemikir itu bersetuju bahawa “Israel” tidak dapat menahan raksasa pro-Palestin yang datang terdiri daripada Arab Spring, Kebangkitan Islam dan kebangkitan Iran.

Perisik AS mengatakan bahawa dalam realiti ini, kerajaan AS tidak akan lagi memiliki sumber kekuatan ketenteraan dan kewangan untuk terus menopang “Israel” terhadap keinginan-keinginannya.

Dalam rangka untuk menormalkan hubungan dengan 57 negara Islam, AS akan harus mengikuti kepentingan nasional dan menarik diri untuk “Israel”.

Menariknya, baik Henry Kissinger mahupun penulis lain dalam Laporan itu tidak ada yang memberikan tanda bahawa mereka akan meratapi kematian “Israel”.

Ini luar biasa, mengingatkan bahawa Kissinger adalah seorang Yahudi yang selalu dilihat sebagai teman “Israel” dan bahawa semua orang Amerika termasuk mereka yang bekerja untuk badan perisik, telah sangat dipengaruhi oleh media pro-Israel.

 

P/s: Hanya berdasarkan ramalan pemikir barat, Tapi bila mana Israel dah musnah maka……

Via – lamanKongsi

Incoming search terms:

  • kejatuhan israel
  • bila israel akan musnah
  • bila israel akan hancur
  • bila yahudi akan hancur
  • israel akan lenyap di dunia
Artikel lain..

Comments

  1. ayu says

    banyak lagi peristiwa yang akan berlaku sebelum kiamat….. sila baca buku2 agama…. maka sama2lah kita cepat2 bertaubat….

  2. inisemuapoyo says

    dulu *meteor yang memusnahkan bumi akan tiba pada tahun *2032!!*
    sekarang *kiamat akan tiba pada 2022!*
    ._.

  3. Rahim says

    Jangan berangan-angan Israel akan hancur tetapi orang2 Islam yang akan hancur kerana perpecahan yang berlaku dikalangan orang2 Islam sendiri . Ini adalah taktik musuh , supaya orang Islam sentiasa berada didunia ANGAN ANGAN tampa berusaha kearah memajukan diri tapi tunggu dan lihat sahaja , adakah ini ajaran islam ? perpatah lama ada mengatakan ” BERCERAI KITA ROBOH BERSATU KITA TEGUH ” . Fikir fikirkan masa depan kita bersama jangan menyimpan perasaan DENDAM DAN HASAD DENGKI sesama Islam kerana musuh yang paling jahat dalam hidup adalah NAFSU .

  4. Muhammad Faris says

    tolong lah ye jangan kaitkan negara islam dengan iran,iraq, dan syria kerana negara tuh telah membunuh ahli sunnah waljamaah

  5. kipash says

    banyak yahudi membunuh orang palestin,tetapi rakyat palestin tidak berkurang langsung,kan? kuasa Allah SWT :)

  6. IlhamAkihisa says

    boleh jadi tak. . igat tak 2012 yg die org US propa kiamat dalam tahun 2012 tu.. mcm propa lah, org² yg berpengaruh US pun org israel .. kaya kot die org tu.. die org boleh menperluaskan kuase aper..

  7. jayHona says

    biar org kristian saja yg menghancurkn israel… kalau tiada israel nabi isa tidak akn mati diseksa….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *