Kenapa Kucing Jantan Belang 3 Sangat Sukar Ditemui?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, Kucing dengan kombinasi bulu 3 warna memang jarang ditemui. Dan memang benar, kucing jantan dengan kombinasi bulu 3 warna lebih jarang lagi ditemui. Jika anda bertuah menemui kucing ‘belang 3? ini, sudah pasti ia adalah betina. Ini memang fakta yang dan bukan benda baru.

 

Anda pasti pernah mendengar mengenai versi-versi supranatural tentang kucing jantan ‘belang 3? yang agak mustahil ditemui ini. Kepercayaan orang tua tentang kucing jantan belang 3 yang antara lain ialah:

 

 

 

1) Kucing jantan belang 3 sangat sukar ditemui kerana ketika melahirkan anak kucing berbelang tiga jantan, induk kucing akan memakan anaknya itu. Sifat kanibalis ini memang naluri karana kucing jantan belang 3 secara semulajadi tidak dibenarkan untuk lahir.

 

2) Kucing jantan belang 3 dianggap sebagai ‘Raja Kucing’ dan memiliki tanduk emas. Barang siapa yang menemui dan menyelamatkan kucing ini sebelum dimakan induknya, akan memiliki kesaktian yang membawa keuntungan yang besar dan dihormat orang di sekelilingnya.

 

Kucing dengan kombinasi bulu 3 warna, atau lebih gemar disebut ‘kucing belang 3’, dinamakan kucing calico dan tortoiseshell. Kucing Calico adalah kucing-kucing belang 3 dengan warna dasar putih, sedangkan tortoiseshell kucing belang 3 dengan dasar warna hitam. Kucing jantan berbelang 3 disebabkan oleh pewarisan genetik kucing calico dan tortoiseshell yang memang tidak memungkin melahirkan seekor kucing jantan.

 

Jean Bungartz, seorang ahli genetik kucing dalam bukunya yang berjudul “Die Hauskatze, ihre Rassen und Varietäten” menjelaskan bahawa warna kulit kucing sangat bergantung pada gen seksual yang disebut X chromosome dan Y chromosome, yang mana mungkin sedikit sukar bagi kita untuk memahami secara detail. Tetapi sebenarnya, kelahiran kucing belang 3 memang didominasi oleh kucing betina, dan adapun kelahiran kucing jantan adalah cacat. Faktor genetik itu juga yang menyebabkan kucing jantan tersebut lahir dalam keadaan tidak subur atau mandul.

 

Kemungkinan kucing jantan belang 3 dibandingkan dengan kucing betina belang 3 adalah 1:10,000. Kerana itulah kucing jantan belang 3 ini dihargai dan sangat mahal di Amerika dan Eropah.

 

 

P/s: Hmm, Setakat ni tak pernah jumpa lagi kucing jantang dengan 3 kombinasi warna bulu yang di maksudkan.. mungkin hanya mitos? Wallahua’lam

 

SUmber

Incoming search terms:

  • kucing jantan belang tiga
  • kucing jantan 3 warna
  • kucing belang tiga
  • kucing belang tiga jantan
  • raja kucing
Artikel lain..

Comments

  1. far124 says

    pernah dengar la kalau kucing jantan belang 3 ni tenung seekor burung, burung yang ditenung tu boleh jatuh rebah ke tanah..cerita orang dulu2 la..Wallahuallam..

  2. razak says

    Saya pon ada sekor jantan, 3 warna hitam putih dan oren, gemuk
    n suka makan kalau oraang letak makanan kat tangan, cam suap gitu :D

  3. hafiz says

    aq ad 3 anak kucin yang mana mereka adalah jantan..
    dan mereka semua mempunyai belang 3 warana….

    tp kesah pasal di makan oleh induk nya adalah sangat benar…real giler ko tau x!!
    n kesah kecacatan dorang agak real!!!

    dasyat giler..ad sekor tue mak dier makan kepala dier..sekor lagi satu badan dier makan tinggal kepala jerk, kesan2 rangka tue adalah..
    n last sekali same lah ngn anak first dier mamam…

    #den teramat confius giler naper mak dier nak makan anak2 dier..sedangkan kucing2 lain jage baik jerk anak dier….mungkin betul kowt naper kesah kat atas nieh..daysat..

    #kucin oh kucin#

  4. Muhd Imran says

    Saya ade kucing 3 warna.Nama dia kacang.dulu saye ade 6 ekor kucing 2 jantan 4 betina .Tapi maknya tak makan pun anaknya yg jantan .pastu beranak lagi 3 ekor tapi dh mati sebab masuk dlm mesin basuh.pastu beranak lagi sampai jadi 15 ekor.pastu seekor demi seekor mati dan ade yg kene buang kat pasar .pastu tinggal 2 ekor jantan ,Kacang dan Koko tapi masa tu panggil Koko,dia tak balik-balik pun.tinggal Kacang seekor saje.Pastu ade kucing betina datang rumah saya .Nama dia kucng Betina.Saya dah tak tahu apa nak panggil lagi.Dia pun beranak 6 ekor kucing tapi ade seekor masa lahir dia mati.pastu beberapa bulan kemudian,buang semua ekor anak kucing kecuali lagi seekor anak kucing namanya,Gray.Tinggallah Kacang dan Gray sampai sekarang.Tapi yg peliknya Gray tu macam kucing baka hutan.Sila baca dan jawab soalan terakhir tadi.

  5. maya says

    Sy ada umur 3bln bentuk bulux sj unik,sangat pintar dan sperti mengerti apa yg qt suruh anehx dia gk suka mkan ikan hadeh dia jg tdk takut air

      • yun says

        ya. kucing belang 3 sgt istimewa. kucing jantan belang 3 cerdik. saya pernah punya sekor. dia sgt mnja dgn org. dia senang di mandikan, dia duk diam ja masa di mndikan.dia mnonton tv apabila semua ahli rumah tgh mnonton tv di ruang tamu. dia senang di ajak tidur. bg ja dia tidoq sebelah kita, dia akan teman kita tidur smpai kita bangun. stiap kali saya tidoq dgn dia, saya akan dapati dia masih di tmpat yg sama mnemani saya sepanjang saya tidor. pendek kata kucing jantan belang 3 ni mcm mmpunyai sifat terlalu percayakan manusia. dia xkesah apa manusia nak buat kat dia.

  6. says

    dulu pernah ada tapi tak lama lepas tuh mati , kena gigit ngan kucing , tataw naper , kalaw tak , yang belang3 tuh la yang paling ganas , paling lincah …

    • Memya says

      tapi pemalasnya Tuhan je yang tahu. tidur je kucing tu tahu. saya buat mcm2 kat dia pun dia wat derk je..

  7. Shahanshams says

    Kucing jantan dengan belang tiga nu di katakan sangat rare dan adalanya mitos. Pernah terdengar cerita orang tua-tua zaman dulu, kucing jantan 3 warna ni kemungkin akan bertanduk,,, BETUL KE.? Kalau bertanduk owner tuu boleh kaya raya, dan adalanya digunakan sebagai pendinding(kebal)… BETUL KE.?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *