Keputusan Rasmi Pilihan Raya Kecil DUN Sungai Limau 4 November 2013. Seperti sedia maklum hari ni (4 November 2013) telah berlansung satu Pilihan Raya Kecil DUN Sungai Limau yang menggantikan tempat Tan Sri Azizan Abdul Razak yang telah meninggal dunia pada 26 September lalu akibat komplikasi jantung dan kencing manis.

Pada Pilihan Raya Kecil DUN Sungai Limau ini menyaksikan pertembungan calon Barisan Nasional (BN) Dr Ahmad Sohaimi Lazim dan calon PAS, Mohd Azam Abdul Samat. Lebih kurang sebanyak 27,222 pemilih berdaftar boleh mengundi dalam Pilihan Raya Kecil DUN Sungai Limau ini.
Keputusan Rasmi Pilihan Raya Kecil DUN Sungai Limau 4 November 2013
Mohd Azam Abdul Samat (PAS) = 12,069 undi
Dr Ahmad Sohaimi Lazim (BN) = 10,985 undi
* PAS menang dengan majoriti 1,084 undi Pilihan Raya Kecil DUN Sungai Limau 4 November 2013.
Pilihan Raya Kecil DUN Sungai Limau 4 November 2013 kali ini menunjukkan kemerosotan jumlah majoriti undian berbanding Pilihan Raya Umum ke 13 yang lalu. Tengok ni
Keputusan Pilihan Raya Umum 13 (PRU 13) di DUN Sungai Limau yang lalu.
Allahyarham Azizan Abdul Razak (PAS) = 13,294 undi
Mohd. Fadzillah Mohd. Ali (BN) = 10,520 undi
* PAS menang dengan majoriti 2,774 undi semasa Pilihan Raya Umum 13 (PRU 13) di DUN Sungai Limau yang lalu.
Leave a Reply