• Home
  • Disclaimer
  • Link Exchange
  • Contact

Nizarazu.com

Sumber Informasi Anda!

  • Info
  • Isu Semasa
  • Agama
  • Pendidikan
  • Sukan
  • Hiburan
  • Resipi
You are Here: Nizarazu » Agama » Kisah Langit Dan Bumi Sebelum Israk Dan Mikraj

Kisah Langit Dan Bumi Sebelum Israk Dan Mikraj

October 14, 2013 By Nizarazu Leave a Comment

  • Tweet
  • Tweet

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, Sebelum terjadinya peristiwa Israk dan Mikraj adalah kerana bumi merasa bangga dengan langit. Berkata bumi kepada langit,

“Hai langit, aku lebih baik dari kamu kerana Allah SWT telah menghiaskan aku dengan berbagai-bagai negara, beberapa laut, sungai-sungai, tanam-anaman, beberapa gunung dan lain-lain.”

 

Langit pun menjawab “Hai bumi, aku juga lebih elok dari kamu kerana matahari, bulan, bintang-bintang, beberapa falak, buruj, ‘arasy, kursi dan syurga ada padaku.”

Berkata pula bumi, “Hai langit, ditempatku ada rumah yang dikunjungi dan untuk bertawaf para nabi, para utusan dan arwah para wali dan solihin (orang-orang yang baik).”

Bumi berkata lagi, “Hai langit, sesungguhnya pemimpin para nabi dan utusan bahkan sebagai penutup para nabi dan kekasih Allah seru sekalian alam, seutama-utamanya segala yang wujud serta kepadanya penghormatan yang paling sempurna itu tinggal di tempatku. Dan dia menjalankan syari’atnya juga di tempatku.”

Langit tidak dapat berkata apa-apa, apabila bumi berkata demikian. Langit mendiamkan diri dan dia mengadap Allah S.W.T dengan berkata,

“Ya Allah, Engkau telah mengabulkan permintaan orang yang tertimpa bahaya, apabila mereka berdoa kepada Engkau. Aku tidak dapat menjawab soalan bumi, oleh itu aku minta kepada-Mu Ya Allah supaya kekasih-Mu yakni Muhammad dinaikkan kepadaku (langit) sehingga aku menjadi mulia dengan kebagusannya dan berbangga dengannya kelak.”

Lalu Allah S.W.T mengabulkan permintaan langit. Allah SWT memberi wahyu kepada Jibrail AS pada malam tanggal 27 Rejab,

“Janganlah engkau (Jibril) bertasbih pada malam ini dan engkau ‘Izrail, jangan engkau mencabut nyawa pada malam ini.”

Jibrail A.S. bertanya, ” Ya Allah, apakah kiamat telah sampai?”

Allah S.W.T berfirman, maksudnya, “Tidak, wahai Jibrail. Tetapi pergilah engkau ke Syurga dan ambillah Buraq dan terus pergi kepada Muhammad dengan buraq itu.”

Kemudian Jibrail A.S. pun pergi ke Syurga dan dia melihat 40,000 buraq sedang bersenang-lenang di taman Syurga dan di wajah masing-masing terdapat nama Muhammad. Di antara 40,000 buraq itu, Jibrail A.S. terpandang pada seekor buraq yang sedang menangis bercucuran air matanya. Jibrail A.S. menghampiri buraq itu lalu bertanya, “Mengapa engkau menangis, ya buraq?”

Berkata buraq, “Ya Jibrail, sesungguhnya aku telah mendengar nama Muhammad sejak 40 tahun, maka pemilik nama itu telah tertanam dalam hatiku dan aku sesudah itu menjadi rindu kepadanya dan aku tidak mahu makan dan minum lagi. Aku laksana dibakar oleh api kerinduan.”

Berkata Jibrail A.S., “Aku akan menyampaikan engkau kepada orang yang engkau rindukan itu.”

Kemudian Jibrail A.S. memakaikan pelana dan kekang kepada buraq itu dan membawanya kepada Nabi Muhammad S.A.W.Buraq yang diceritakan inilah yang membawa Rasulullah S.A.W dalam perjalanan Israk dan Mikraj.

Wallahua’lam

 

Jangan lupa klik like dan share kepada kawan-kawan lain :)

Via – Detik Islam

Artikel lain..
Golongan Yang Solatnya Tidak Diterima Oleh Allah S.W.T
15 Kebaikan Sujud Dalam Solat
Kisah Benar - Lelaki Gagal Masuk Ke Masjidil Haram Akibat Gemar Menonton Video Lucah
Hukum Memakai Alat Untuk Memancungkan Hidung
Bagaimana Allah Menghakimi Seseorang Yang Lahir Dalam Keluarga Bukan Islam?
Hukum Mengucapkan Merry Christmas Kepada Orang Bukan Islam
Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus Jun 2015
Kadar Bayaran Zakat Fitrah Ramadhan 2016 Setiap Negeri

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

NizarazuDotCom Fanpage

Follow Instagram

Load More...Follow on Instagram

Pilihan Pembaca

  • Cara Mudah Cerahkan Kulit Tangan Dan Kaki
  • Kemunjulan Dajjal Semakin Hampir
  • Cara Menghilangkan Jeragat, Jerawat Dan Parut Jerawat – Berkesan
  • Hukum Lelaki Memakai Baju Warna Merah
  • Teknik Manipulasi ASB Yang Tidak Diketahui Umum

Post Terbaru

  • Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus Ogos 2018
  • Status Facebook Yang Menghapuskan Semua Pahala Amal Soleh
  • Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus Januari 2018
  • Perkataan Yang Boleh Menjadikan Seseorang Itu Murtad
  • Hukum Potong Rambut Dan Kuku Bagi Peserta Korban Hari Raya Aidiladha

Popular Post Dalam 24 Jam

  • 12 Ayat-Ayat Cinta Untuk Mencairkan Hati Pasangan40
  • Taubat Nasuha Dan Cara Melaksanakan Solat Sunat Taubat30
  • Aneka Resipi Aiskrim Sedap Di Malaysia25
  • Cara Mudah Cerahkan Kulit Tangan Dan Kaki18
  • Cara Mudah Hack Facebook18

Iklan

Recent Comments

  • Taubat Nasuha Dan Cara Melaksanakan Solat Sunat Taubat. Allah S.W.T Tidak Jemu Untuk Mengampunkan Hambanya. - Eksposting.com on Taubat Nasuha Dan Cara Melaksanakan Solat Sunat Taubat
  • Senarai Multi Level Marketing Terbaik Malaysia – 1stchoicecredit.info on Senarai Ranking Universiti Terbaik Di Malaysia 2015
  • Nizarazu on Sekitar Gambar Musim Bunga Di Malaysia April 2014
  • khairul aanuar on Sekitar Gambar Musim Bunga Di Malaysia April 2014
  • mas on Siapa Nak Cari Pasangan??
  • mas on Siapa Nak Cari Pasangan??

Tags

AFC CUP 2015 AFF Suzuki Cup 2014 astro arena astro arena 801 astro arena live astro arena live streaming Astro Gempak 2014 Cara carta liga super 2014 carta liga super 2015 Di Facebook FA Cup 2015. jadual UAI 2015 JDT live streaming jdt tv keputusan liga super 2014 keputusan liga super 2015 Kesian Krisis Di Sabah! Kucing kuliah UAI Lelaki liga super 2014 liga super 2015 live astro arena Live Maharaja Lawak Live Streaming Astro Arena Live Streaming Astro Arena 801 maharaja lawak mega 2014 malaysia super league 2015 malaysia super league result MLM 2014 pahang vs jdt live streaming Piala AFC 2015 Piala FA 2015 piala malaysia 2014 result liga super 2015 Siaran langsung Maharaja Lawak Mega 2014 Untuk Ustaz azhar idrus Ustaz Azhar Idrus ceramah Video Maharaja Lawak Mega 2014 Wanita Yang
© 2011 ~ 2018 · www.nizarazu.com ·