Misteri Atlantis – Pembongkaran Di mana Terletaknya Atlantis

Atlantis..Atau ada jugak yang menyebut Lemuria, satu tamadun kuno yang dikatakan melebihi kehebatan tamadun sekarang. Juga dikatakan tamadun paling awal dalam sejarah kehidupan manusia. Banyak misteri yang berkaitan Atlantis cuba diselidik dan dikaji kerana melibatkan sejarah kehidupan awal di bumi…. Banyak yang masih menjadi tanda tanya, di mana terletaknya Atlantis. Bangsa mana yang memerintah Atlantis… Siapakah Raja Atlantis.

Atlantis wujud pada zaman sebelum wujudnya Nabi Muhammad s.a.w, sebelum wujudnya kerajaan Rom,sebelum wujudnya kerajaan Nabi Sulaiman a.s, sebelum wujudnya Nabi Ibrahim a.s. Wujudnya kerajaan Atlantis ketika sebelum dan pada zaman Nabi Nuh a.s.

Hilangnya kerajaan Atlantis kerana bencana besar yang menimpa bumi nie. Banjir besar pada zaman Nabi Nuh a.s. Mungkin berpunca dari letusan gunung berapi yang amat kuat sehinggakan menghasilkan gempa bumi yang kuat dan seterusnya menghasilkan tsunami gergasi. Dari situ juga, mungkin peta dunia berubah secara drastik. Benua-benua terbentuk. Dan mungkin terhasil lebih kurang seperti peta hari ini. Wallahuallam..

Penahke kita tefikir, Jika ada benarnya tamadun Atlantis tu hebat….Mesti akan ada monumen yang hebat-hebat telah dicipta kan? Mesti ada kemahiran dan pengetahuan berkenaan hal-hal ketamadunan. Dari banyak-banyak monumen atau bangunan lama yang tersebar di dunia ni, bentuk apa yang paling banyak kesamaan? BENTUK PIRAMID, setuju?

Monumen berbentuk piramid ada di mana-mana. Di Mesir, di benua Amerika Selatan (kaum Mayan dan Aztec), di China, di Eropah (Di Bosnia, di Jepun (Yang kat dasar laut tu). Tidak lupa juga di Asia tenggara! Malah yang menariknya. Ada satu monumen piramid yang tidak dihebohkan… Masih di peringkat penyiasatan lanjut…. Di kawasan Pentas Sunda! Di mana Pentas Sunda tu? Di Asia Tenggara, di Nusantara!

Dua nama pengkaji berkenaan arkeologi terulung, -STEPHEN OPPENHEIMER dan PROF ARYSIO SANTOS…. ada lagi, Professor Robert Schoch dalam kajian beliau ada menyatakan bahawa sebenarnya ilmu pembinaan piramid bukanlah asli dari Mesir tetapi sebaliknya milik bangsa yang lebih tua yang berasal dari timur di sebuah benua yang telah tenggelam. Menurut beliau lagi Sundaland (Pentas Sunda) yang tenggelam telah memperlihatkan penghijrahan satu kaum yang maju yang membawa ilmu pembinaan piramid ke serata dunia termasuklah Mesir.

Ada maklumat berkenaan satu piramid yang dijumpai di Indonesia. Gunung Lalakon, Bandung. Menurut para pengkaji ahli arkeologi Indonesia, setelah mereka mengadakan ujian batuan secara saintifik mereka mendapati dibawah permukaan Gunung lalakon terdapat bentuk batu-batuan yang seakan-akan dibina manusia dan bukan terbentuk secara semulajadi. Jika ini benar bermakna Gunung Lalakon adalah salah satu piramid yang terbesar dan tertinggi di dunia. Pasukan yang digelar Turangga Seta ini mendakwa masih ada ratusan piramid lain yang tersebar di seluruh Indonesia. Mereka mengatakan bahwa piramid-piramid itu tersebar di Sumatera, Jawa, Bali, Kalimantan, Sulawesi dan Papua. Secara geomorfologis, bentuk Gunung Lalakon di Bandung mahupun Gunung Sadahurip di Garut memang memiliki bentuk yang mirip dengan piramid. Mereka memiliki empat sisi yang ternyata simetri.

Selepas monumen, kita beralih kepada penulisan atau bahasa terawal. Dalam kajian pakar sejarah, tulisan terawal mestilah tulisan yang paling ringkas dan tulisan yang paling mudah untuk ditulis. Selepas beberapa puluhan tahun mengkaji, akhirnya mereka menjumpai satu tulisan yang sangat simple dan paling asas bentuknya adalah TULISAN RENCONG. Selepas dikaji dengan mendalam, tulisan itu asalnya dari Nusantara!

Banyak lagi bukti-bukti lain yang menunjukkan bukti bahawa ketamadunan manusia sebenarnya muncul dari satu kawasan yang sama, iaitu NUSANTARA Tapi kenapa ahli arkeologi kita senyap tanpa berita. Atau siapa yang cuba sembunyikan kebenaran di sebalik sejarah yang selama nie kita cedok bulat-bulat dari HIS STORY (Cerita dia ak.a cerita rekaan demi kepentingan) sahaja?? Dari bukti-bukti yang dijumpai ini. Secara kesimpulan awalnya., Kebanyakan ahli arkeologi yang bebas dari cengkaman kuasa dunia sependapat, Atlantis terletak di Nusantara!!

Benar atau tidak, wallahuallam. Tapi kalau dilihat dari bukti yang asas, sememangnya kawasan Nusantara nie sudah dikenali sejak zaman berzaman dgn gelaran seperti Golden Chersonese, Tanah Dewa-dewa la. Ada satu kisah sejarah yang mungkin tidak popular di kalangan anak-anak muda sekarang nie…. Kisah Raja Perahu…. sape tau? :) Ia berkisar kisah awal penduduk di nusantara yang sejak dulu lagi terkenal dengan ilmu maritim nya. Pasal hutan kita, Sudah diiktiraf di dunia mengatakan bahawa hutan di Nusantara adalah yang TERTUA di dunia. Banyak lagi bukti yang selalu di depan mata tapi kita tak perasan…sebab kita tak ambik berat pasal sejarah asal kita yang menarik dan gah di mata masyarakat dunia.

Satu lagi klu yang mungkin menjadi tanda tanya banyak pihak dan pengkaji. Kata-kata Hang Tuah, “TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA”. Dipercayai kata-kata ini ada maksud mendalam yang tersiat. Menerangkan akan asal-usul melayu dan kehebatan melayu. Semoga dapat mencetuskan satu perasaan ingin tahu…..Selamat Mengkaji…:)

Via – Misteri Dan Keajaiban Alam

 

Incoming search terms:

  • misteri atlantis
  • piramid melayu
  • pentas sunda
  • kerajaan atlantis
  • piramid di malaysia
Artikel lain..

Comments

  1. naim F says

    memang btul ade area nusantara atau lbh tepatnye sekitar indonesia..aku dah bnyk kaji n baca buku2 berkaitan camni…menurut ahli2 sejarah yunani, atlastis ni kaw bnyk pokok kelapa, gunung berapi, n iklim panas spnjang thn..dan satu2nye tempat yg plg tepat spt d gmbarkan xlain x bukan hanya d INDONESIA sahaja!!bnyk lagi bukti yg xleh nk taip dlm ni..tq

    • anon says

      Pernah terbaca dari sumber2 sejarah yang mengatakan pada asalnye nusantara nie berada dlm lingkungkan malaysia indonesia thailand sngapore n filipina.1 daratan yg luas…tp disebabkan perubhan geografi bumi…tanah2 nie terbahagi kepada daratan2 yg kecil…wallahualam…

  2. ezoul says

    terlupa di mana saya baca, ada satu artikel menyatakan….. di malaysia jugak pernah di jumpai pyramid…. either perak or penang, tak pasti sebab, dah baca artikel tu lama and secara x sengaja……. pernah cuba google blk utk artikel tu… malangnya cuma penemuan pyramid di indonesia saha ja yg kluar

  3. naim F says

    everythng is related actually..msyrkt dulu sememangnya lagi maju dr skrg..tp d sebabkn kekufuran, Allah melenyapkn tamadun mereka..d Afrika, dorg jmpe tapak nuclear yg berusia beribu thn..jmpe lg bateri ms tamadun babylon..lakaran spt helikopter d dinding gua..& bg pndapat aku UFO pn dorg yg bina sbb ade jmpe dlm manuskrip ramayana..

  4. naim F says

    sdgkn UFO pn dorg ade teknologi..inikan kpl terbang..peperangan nuklear dah berlaku dulu antara tamadun atlantis dg hindu kuno..

  5. Khairul Muzzammel says

    dalam National Geography ade tunjuk bukti,Atlantis di bawah kawasan teluk or tanjung kalo x silap ataupon paya kering,sori,not sure,ade jumpe ukiran kecik cam barbie doll tu kt sne,dan ditangkap gambar kawasan tu dari udara dan nmpk cam bulat dlm gambor di atas

  6. tun terbaik says

    lol Golden Chersonese tu maknanya tanah emas…Golden Chersonese ni dah terkenal sejak zaman nabi lagi…aq ta ingat mne 1 nabi yang perintahkan pengikutnye untuk menyebarkan agama islam di Golden Chersonese or tanah emas or tanah di hujung dunia, kita orang melayu terkenal di tanah arab lagi dan digelar sebagai orang jawi…orang jawi terkenal di tanah arab kerana menerima islam tanpa peperangan…dan 1 lagi nak bg tahu dijangka tamadun manusia terawal mungkin bermula di tanah melayu kerana 1 berdasarkan dna dan 1 lgi wajah orng melayu ade yg hampir sma dengan orng jepun, china, india mat salleh tapi ade tak orng jepun or negara lain yg muka diorng mcm melayu?? imam mahdi bukan lahir dari tanah arab dan dijangka kan juga dilahirkan di benua nusantara dan akn pulang ke tanah arab…ketahuilah bahawa kita orang melayu sebenarnya hebat malah lebih hebat dari mat salleh… cuma kita sahaja yang tidak menyedarinya lagi…

    • garudada says

      siapa yg mansuhkan tulisan jawi?tukar tulisan jawi kepada huruf2 barat..sampai sekarang kebanyakan org melayu sendri tidak dapat menulis nama sendri didalam jawi..UMNO lah yg mansuhkan tulisan jawi..alangkah rugi dan bodohnya kita..org Jawi/Melayu tidak dpt dipisahkan..sama

      • decoz says

        bro, jangan main politik ya… kat penang pun DAP dah mansuhkan tulisan jawi kat papan tanda di ganti dengan tulisan cina, semua parti sama saja… sampai sekarang utusana ada sisipan bertulisan jawi…

  7. nafera10 says

    Admin pohon cari satu kajian yg membuktikn fahaman zaman batu, zaman ais n zaman besi tidak wujud kerana jika benar wujud…adakah manusia sehina itu djdkn allah sdangkn kite tahu allah sndiri mngajar nabi adam sgala ilmu tuk hidup didunia n jika dilihat pd nabi kedua idris pun dh pndai buat pedang n baju besi sendiri lg kn nabi k 4 nabi noh dh mmpu bina bahtera yg hingga kini xde sape leh tandingi kehbatannya… n jika alasan kerana mwreka adalah nabi… smmngny itu alasan israeiliyyat semata mata….

    • insan says

      menarik.. mengikut pemikiran diri nie y mungkin ade jahilnya. zaman yang kita belajar di sekolah dulu seperti zaman batu segala tu hanyalah silibuse yang dibawa oleh orang barat. sedang kan Al-Quran sekali pon x de nyatakan tentang perubahan zaman2 tersebut.. dalam al-Quran hanya menyatakan perubahan umat manusia melalui zaman nabi. dari zaman nabi adam hngalah zaman sekarang nabi muhammad. dan tidak mustahil pada zaman nabi nuh sudah mempunyai teknologi canggih bahkan mungkin lebih canggih daripada zaman kita sekarang. tapi disebabkan banjir besar yang berlaku pada zaman itu telah memusnahkan segala teknologi y terdapat pada zaman nabi nuh tersebut. so sekarang nak faham dgan silibuse barat or yang terdapat dalam al-Quran??? wallahualam

  8. tna says

    hanya untuk info.. sumatera ataupun Golden Chersonese bukanlah merujuk kepada indonesia.. ianya merujuk kepada semenanjung malaysia.. sumatera pada waktu itu termasuk malaysia juga..bukan indonesia semata.. cuba rujuk sejarah kedah lama.. bahkan bahasa melayu itu pun asalnya dr tanah melayu.. PROUD TO BE MALAYSIAN.

  9. merisik khabar says

    Ada dua kemungkinan umpama tin penuh tu tak berbunyi dan ketahuilah bahwa tin kosong pun haruslah tak berbunyi kan? Jadi bangsa melayu mungkin yang menyebar ketamadunan atau penghimpunan bangsa2 atau ras cuba kaji lagi

    Merisik khabar

  10. rohman says

    Yang saya tahu di Nusantara dahulu kala adalah basisnya bangsa lemurian (nenek moyang kita)
    kalau atlantic itu bangsa agresor dan datang setelah bangsa lemurian hadir di muka bumi..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *