Misteri! Keris Peninggalan Kerajaan Sriwijaya Dikatakan Mempunyai Kuasa Ajaib

by Nizarazu on December 31, 2012

Sumatera Utara – Sebilah keris di wilayah ini dilaporkan bukan sahaja mampu berdiri sendiri, bahkan turut mempunyai kuasa ajaib.

Omansyah, 28, pemilik keris yang dikenali sebagai Santan Lanang Betino itu memberitahu, dia memperoleh keris itu daripada bapa saudara sulungnya lima tahun lalu.

Dia bagaimanapun tidak berapa jelas tentang asal usul keris yang mempunyai tujuh luk dan 30 sentimeter panjang itu, tetapi mengikut sejarah, keris itu adalah peninggalan kerajaan Sriwijaya yang dimiliki oleh golongan atasan.

“Saya sendiri tidak mengetahui asal-usul keris ini kerana bapa saudara saya enggan menceritakannya,” katanya kepada Tribunnews.com.

Omansyah berkata, keris itu mempunyai kuasa ajaib iaitu boleh menenangkan perasaan orang yang sedang marah.

Apabila ada pergaduhan, saya sering gunakan keris ini bagi mendamaikan keadaan kerana ia mampu meredakan kemarahan kepada sesiapa yang melihatnya.

“Binatang buas juga akan lari jika melihat keris ini,” ujar Omansyah. – Utusan

#Wallahua’lam.. mungkin hanya kebetulan..

VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 9.3/10 (6 votes cast)
VN:F [1.9.22_1171]
Rating: +2 (from 2 votes)
Misteri! Keris Peninggalan Kerajaan Sriwijaya Dikatakan Mempunyai Kuasa Ajaib, 9.3 out of 10 based on 6 ratings

Incoming search terms:

  • Peninggalan kerajaan
  • kerajaan sriwijaya
  • kuasa ajaib
  • misteri kerajaan sriwijaya
  • misteri keris
  • asal usul keris
  • keris peninggalan sejarah
  • keris misteri
  • keris
  • peninggalan kerajaan sriwijaya

Artikel- Artikel Pilihan..

{ 1 comment… read it below or add one }

izzat December 31, 2012 at 9:13 am

ni lah saka nak dikatakan dalam kris tu ada saka yang ditinggalkan oleh nenek moyang mereka….x percaya tanya ustad itu bukan nya hebat atau magis

Reply

Leave a Comment

{ 1 trackback }

Previous post:

Next post: