Misteri Villa Nabila Di Johor Bahru

 

Assalamualaikum, rasanya dah ramai yang tahu akan cerita ini, villa yang dikatakan menyeramkan di Johor Bahru, berhampiran dengan Danga Bay.. memang banyak kisah misteri tentang rumah ini. Mari lihat gambar-gambar yang diambil oleh blogger Amirez sekitar rumah ini.

 

Misteri villa Nabila Di Johor Bahru

 

 

Misteri villa Nabila Di Johor Bahru

 

Misteri villa Nabila Di Johor Bahru

 

Misteri villa Nabila Di Johor Bahru

 

Misteri villa Nabila Di Johor Bahru

 

Sebenarnya banyak kisah yang diceritakan orang mengenai kejadian di rumah ini, tetapi tak dapat nak dipastikan kesahihannya..antaranya

 

Versi 1 – Terdapat satu keluarga yang kaya yang hidup dengan bahagia kat villa ni. Ditakdirkan si ibu dan ayah meninggal dunia, lalu tinggallah anak diorang yang bernama Nabila bersama orang gajinya. Nabila bakal mewarisi segala harta ibu bapanya tapi dibunuh oleh orang gajinya lalu mayatnya disimen di satu kawasan rumah tersebut. Kisah ni paling lemah untuk kita percaya sebab tak dinyatakan atas sebab apa Nabila dibunuh dengan kejam oleh orang gajinya.

 

Versi 2 – Nabila mempunyai sebuah keluarga yang sangat kaya. Satu hari, banglonya dirompak dan semuanya dibunuh kejam. Banglo tersebut dibiarkan tanpa penghuni hingga tumbuh semak-samun.

 

Versi 3 – Keluarga Nabila telah dirompak. Nabila dirogol lalu dibunuh dengan kejam, kemudian mayatnya ditanam di dalam dinding rumah tersebut.

 

Versi 4 – Keluarga Nabila adalah keluarga yang bahagia pada asalnya. Tapi pada satu hari bapa Nabila mengamuk lalu menembak semua penghuni yang ada dalam rumah tersebut sebelum membunuh dirinya sendiri.

 

Pendek kata, keempat-empat versi cerita ni agak lemah tanpa ayat-ayat fakta yang dapat menyokong kesahihan kisah Villa Nabila. Kita baca pula versi yang seterusnya.

 

Versi 5 – Villa ni sebenarnya dinamakan Christine Palace sempena nama isteri seorang ahli perniagaan dari Barat. Dikatakan sebelum membina villa tersebut, si suami berjanji untuk bagikan tanah tersebut dengan 6 orang adik-beradiknya yang berada di negara asalnya. Tapi bila si suami dah dapat tanah tu, dia mungkir janji lalu mengundang kemarahan adik-beradiknya yang lain. Kemudian, adik-beradiknya yang berasa marah mengutuskan dua orang sebagai wakil untuk berurusan dengan si suami tersebut. Entah apa yang berlaku, dua orang wakil tersebut berang lalu mengugut si suami untuk membahagikan tanah tersebut kepada yang lain selepas membunuh anaknya. Si suami tetap berkeras, lalu dua orang samseng tersebut membunuh isterinya pula namun si suami tetap dengan sifat tamaknya. Akhir sekali, si suami juga dibunuh. Villa tersebut dibiarkan tanpa penghuni sehingga 70 tahun lebih kurang.

 

Berdasarkan versi ke-5 ni adalah juga logiknya sikit. Menurut orang yang pernah ke jalan Strait View di mana lokasi villa ni berada, terdapat pintu gerbang yang tertulis Christine Palace yang terletak di kaki bukit tersebut. Menurut cerita seorang lagi ahli forum Cari, maknya pernah bagitau yang villa tu dah ada kat situ sejak tahun 60-an lagi. Villa tu sangatlah cantik pada masa tu. Kemudian sekitar tahun 80-an villa tersebut jadi tempat yang happening yang sering dikunjungi ramai orang berada termasuklah mat-mat salleh. Kemudian sekitar tahun 90-an villa tersebut mula kosong. Start dari situlah mulanya kisah-kisah misteri yang diceritakan orang dari mulut ke mulut. Biasalah, bila dah cerita tu mesti ada orang yang akan tambah gula sikit, garam sikit nak bagi cerita lagi best. Itu yang jadi macam-macam versi sekarang ni.

 

Versi 6 – Versi terakhir ni adalah versi yang boleh diterima akal. Menurut cerita, dahulunya villa tersebut dimiliki oleh seorang Dato’ berbangsa Cina. Tapi atas sebab-sebab tertentu status Dato’ beliau dilucutkan, kemudian dia tidak lagi menetap di villa tersebut. Villa tersebut hanyalah dijadikan sebagai tempat untuk bercuti atau beristirahat bersama keluarganya. Atas sebab tertentu juga dia sekeluarga tidak lagi menghiraukan villa tersebut. Cerita lanjut korang boleh baca kat forum Cari.

 

 

P/s: Memang banyak kisah misteri disebalik Villa Nabila di Johor Bahru ini, ini belum lagi termasuk dari cerita mulut ke mulut, rasanya lebih banyak misteri yang dapat diselongkar.. walaubagaimanapun, admin tak tahu cerita mana yang benar.. kalau korang ada apa-apa info pasal Villa Nabila ini bolehlah dikongsikan bersama kami..

 

Sumber : Amirez

Incoming search terms:

  • villa nabila
  • misteri villa nabila
  • villa nabila johor bahru
  • misteri villa nabila di johor bahru
  • vila nabila
Artikel lain..

Comments

  1. Zahaha says

    Kita suruh seekers cari entiti kat Villa Nabila, nak tak??? Rasa saya, villa ni dibina lewat 70an, atau awal 80an. Sebab masa saya kecil2 dulu, selalu family bawa piknik kat selat ni. Villa tu nampak masih cantik…

  2. says

    x logik je semua fakta kat ats ni . Dah bunuh nabila uma tu die jual . Bkn kosong . Owner baru yg jmpe mayat nabila dgn bantuan owg yg pdai . X caye g tanye owner bru yg bli uma tu .

  3. cuping says

    aku pnah masuk villa ni..mase remaje2 dulu la…malam2 balik dr club masuk ramai2…mmg seram…dekat ngan danga bay depan pantai lido…

  4. pejuang says

    salam, pengalaman yang saya ketahui dari kajian saya. Villa nabila sebenarnya dihuni oleh 5 orang anak beranak dan seorang orang gaji. bapa nabila telah mengalami muflis dalam perniagaan dan tertekan dari tekanan hutang. Beliau mula-mula membunuh emak si nabila di “dapur” kerana entiti perempuan kuat di sana. Kemudian Kakak nabila di penggal lehernya di “tingkat 2″ sewaktu sedang tidur. entiti ini jelas sewaktu kajian saya melihat kelibat tanpa kepala cuba menyampaikan sesuatu kepada saya. Mangsa ketiga pula ialah nabila di “ruang tamu”. kerap kali kita lihat entiti ini berlegar di kawasan tangga, mungkin nabila ditanam di bawah tangga tersebut. kekejaman ini dilakukan si bapa bersama abang nabila. Selepas nabila, orang gajinya dibunuh di “stor berhampiran pokok pisang” di atas bukit. selepas itu si bapa cuba membunuh si abang nabila di “kolam” berdekatan pintu masuk dengan cara melemaskannya. selepas membunuh 5 orang termasuk orang gaji, bapa nabila membunuh diri dengan cara mengantung diri di tingkat atas rumah tersebut.cuba perhatikan “kerusi malas” yang bergerak sendiri di tingkat atas rumah tersebut. rumah ini juga dijaga oleh orang kurang siuman yang selalu berlegar di pantai lido suatu ketika dulu. maaf kalo fakta saya meragukan tapi ini pengalaman saya bertemu kelibat kakak nabila & nabila. umur nabila sewaktu saya jumpa lingkungan 13tahun dan berubah menjadi 100tahun secara tiba-tiba.

  5. siti says

    rumah tu mmg nampak seram,bila saya tgk rumah tu ada aura yg menakutkan tp mereka juga mahkluk Allah..jadi kita sedekahkanlah al fatihah buat arwah

  6. says

    Bro, dalam ni xde hantu. Serius aku kata. Dalam ni ramai “MAT PET” orang takut nak masuk sebab rumah ni usang.,tak dijaga.Biasa la mentality orang kite ni kan, paham2 je la, Kawasan Rumah ni memang Besar padang bola, Gate dengan Pintu Rumah tu jarak die 50 meter jugak, Bnyak sumber mengatakan Nabila ni kene bunuh then kene simen dalam Dinding Villa ni,tapi belum ada fakta yang betul lagi buat setakat ni, ramai yang kata ade orang menangis bagai kat villa ni, sekali aku pergi dgn member2 konon2 nak cari hantu, last2 dapat pepah 2 3 orang mat dadah dalam ni :) itu sahajaaa..

  7. says

    kalau kita tengok? rumahh nih macam bekas terbakar punn ada. macam2 cerita saya dengar. ada yang kena rompak, rogol? ada jugak pasal arwah nabila nih mempunyai seorang ibu tiri. then semua yang berlaku nih ada jugak kena mengena dengan ibu tirinya. apa yang penting semua ini mengarut. tak baik cerita pasal yang dahh tiada. tak baik cakap bukan2. sama macam memfitnah bukan. so sedekak kan al-fatihah untuk famly dia. dann dikumpulkan bersama-sama. amin :'( takhziah

  8. fareed says

    Saya mempunyai seorang kawan yang dulu bersekolah di ISI,JB. Versi sebenar cerita vIlla ini adalah bapa kepada nabila, mempunyai seorang scandal yang ingin mengambil smua harta2 yang jatuh kepada nabila selepas kematian parents nya. Lalu dia membunuh nabila dan menanamnya di bahagian basement villa tersebut. Villa tersebut mempunyai bahagian basement kerasa dibina di awal tahun 70 an. Rakan saya tersebut terlibat dgn aktiviti mencari entiti di villa tersebut 12 tahun lalu dan dia telah dipermainkan dan ditakutkan oleh entiti yang dipercayai ‘nabila’ tersebut. Ini kerana dia telah menitiskan sedikit darah dan menyanyi lagu peterpan ‘dan mungkin bila nanti’ dan sewaktu dia smpai pada part ‘ rasa yg kutinggal mati’, dia yelah dilanggar beberapa kali. Cerita ini benar.

  9. zul says

    Kalo korg nk taw lbh lanjut psal villa nabila ni,korg tnya la amy search,beliau saje yg taw psal villa ni..villa ni ada kaitan ngn ank nya,nabila yg skrg masih hidup lg..hahaha

  10. mat bong says

    sebenarnya mcm ni, villa 2 x bhantu pun . mn mn tempat makluk halus ada, bila villa 2 kosong . ada laa yg tumpang tinggal, makluk halus ni, mmg suka tempat sunyi, so,,, masyarakat melayu ni paham2 laa. suka bg gula dan garam, villa 2 owner dh meninggal kerana tua. wasiat x buat . n harta owner tgantung la, x ada pewaris. sbb 2 x ada org duduk, bkn x ada org tinggal sbb bhantu

Trackbacks

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *