Padah Kibar Bendera Parti Guna Kapal Terbang Kawalan Jauh

Gara-gara perbuatan ‘nakal’ dengan menerbangkan bendera sebuah parti menggunakan kapal terbang kawalan jauh, seorang lelaki ditahan polis ketika proses penamaan calon di Pasir Puteh, kelmarin.

Jurucakap Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, Superintenden Che Mahazan Che Aik berkata, suspek berusia 37 itu didakwa mengibarkan bendera sebuah parti berkenaan di padang Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Puteh, pada jam 9 pagi.

Katanya, tindakan lelaki itu mengibarkan bendera menjadi kesalahan apabila bendera berkenaan dipercayai melepasi jarak 50 meter yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Lelaki berkenaan ditahan sepasukan polis yang sedang menjalankan Ops Cantas. Dia ketika itu sedang menerbangkan bendera itu dengan menggunakan alat kawalan jauh.

“Suspek ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 4A(1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954. Kapal terbang dan alat kawalan jauh itu pula dirampas,” katanya ketika sidang media di IPK di sini, semalam.

Sementara itu, juga di lokasi sama, dua penuntut sebuah kolej swasta ditahan dipercayai menyamar sebagai Pasukan Pemantau Pilihan Raya ketika cubaan mereka masuk ke kawasan penamaan calon.

“Kedua-dua suspek ketika itu mengenakan baju bertulis ‘pasukan pemantau PRU’. Ketika cuba masuk, mereka berjaya ditahan dan siasatan awal mendapati kedua-dua pemuda berusia 23 dan 25 itu melakukan penyamaran.

“Mereka sudah dibebaskan dengan jaminan polis tetapi kes masih dalam siasatan dan akan dibawa kepada pihak pendakwaan untuk tindakan lanjut,” katanya.

Dalam perkembangan sama, satu kejadian ugutan jenayah membabitkan seorang lelaki berlaku di Kg Permatang Gading, Selising apabila dua pihak dikatakan berperang mulut kerana berselisih faham.

 

“Suspek yang berang mengugut mangsa dengan besi paip sambil mengeluarkan kata-kata ‘aku nak bunuh mu, aku tempuh (langgar) mu dengan kereta’. Suspek kini sedang diburu polis.

“Dengan itu, saya nasihatkan kepada orang ramai yang mempunyai maklumat supaya menyalurkan kepada pihak polis bagi bersama-sama memastikan perjalanan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) berjalan lancar,” katanya. – Sinar Harian

 

Jangan lupa klik like kat bawah dan share kepada kawan-kawan lain :)

Incoming search terms:

  • kapal terbang kawalan jauh
  • Harga helikopter kawalan malaysia
  • senarai harga helikopter kawalan jauh
Artikel lain..

Comments

Trackbacks

  1. […] Gara-gara perbuatan ‘nakal’ dengan menerbangkan bendera sebuah parti menggunakan kapal terbang kawalan jauh, seorang lelaki ditahan polis ketika proses penamaan calon di Pasir Puteh, kelmarin. Jurucakap Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, Superintenden Che Mahazan Che Aik berkata, suspek berusia 37 itu didakwa mengibarkan bendera sebuah parti berkenaan di padang Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir […] Nizarazu […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *