Assalamualaikum dan selamat sejahtera, rasanya mesti ada di antara kalian yang dah melihat video ini, video yang hangat diperkatakan baru-baru ini. Di mana pencuri dikatakan mencuri beg seorang wanita ketika semua jemaah wanita itu sedang solat.

Mengikut sumber kejadian ini berlaku pada 22/9/13 yang lalu di Masjid Jamiatus Solahiah, Jalan Sungai Tua, Batu Caves, ketika jemaah wanita sedang sujud, ada seorang lelaki yang menyelinap masuk dalam bilik solat wanita untuk mencuri beg yang diletakkan di hadapan jemaah wanita tersebut.
Video Kejadian
Jadi kepada wanita khususnya sentiasalah berhati-hati dan beringat walau di mana pun anda berada, semoga kejadian sebegini tidak berulang lagi..
mak sy pon pnh kena. nasib dlm tu x de duit. cuma ade tudung, al-quran, hp dgn cermin mata. dlm masjid pon nk mncuri . x tau nk ckp ape