Pesanan Rasulullah Sebelum Tidur

Ketahuilah kalian siapa saja dari umat Rasulullah S.A.W yang berupaya untuk senantiasa mengikuti dan mentaati Rasulullah S.A.W dengan ikhlas serta menjadikannya sebagai contoh dalam kehidupan sehari-hari, maka sungguh ia akan mendapatkan sekian banyak keutamaan yang dijanjikan oleh Allah S.W.T dan Rasulullah S.A.W.

Sebelum tidur, Rasulullah SAW pernah berpesan kepada Saidatina Aisyah :

“Ya Aisyah, jangan engkau tidur, sebelum melakukan 4 perkara iaitu :

1. Membuatkan para nabi memberi syafaat kepadamu di hari akhirat
2. Membuatkan para muslim meredhai kamu
3. Melaksanakan ibadat haji dan umrah.

Bertanya Aisyah :

“Ya Rasulullah, bagaimanakah aku dapat melaksanakan 4 perkara dalam satu masa?”

Rasulullah tersenyum sambil bersabda :

“Jika engkau tidur bacalah Surah Al -Ikhlas 3 kali, (maka ia seolah-olah kau mengkhatamkan Al Qur’an). Dan Bacalah selawat untukKu dan para nabi sebelumku, (maka kami semua akan memberi syafaat kpdmu di hari kiamat). Dan Beristighfarlah untuk para muslimin (maka mereka semua akan meredhai kamu). Dan perbanyakkanlah bertasbih, bertahmid, bertahlil, dan bertakbir (maka ia seolah-olah kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah)”

- MAFHUM DARI HADIS

 

P/s: besar pahalanya bila mengikut sunnah Rasulullah S.A.W..indahkan Islam ni? ^_^

Via – myibrah

Incoming search terms:

  • bertasbih bertahmid bertahlil dan bertakbir
  • pesanan rasulullah sebelum tidur
  • 4 perkara sebelum tidur pesanan rasulullah
  • pesan nabi sebelum tidur
  • pesan nabi pada aisyah sebelum tidur
Artikel Berkaitan..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *