Pru 13 – Tun Mahathir Tak Sangka Prestasi Najib Lebih Teruk Dari Pak Lah

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengakui bahawa beliau tidak menjangka prestasi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pilihan raya umum ke-13 akan lebih teruk daripada pendahulunya Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 2008.

Mahathir, yang lantang mengkritik pentadbiran Pak Lah, berkata beliau menjangka presati Najib, sekurang-kurangnya lebih baik daripada Abdullah, yang mengetuai BN menguasai 140 kerusi Parlimen dalam pilihan raya umum 2004.

Najib, walaupun sebelum PRU13 menjanjikan Umno dan penyokong BN kemenangan majoriti dua pertiga, hanya mampu menerajui gabungan itu memenangi 133 kerusi Parlimen – kurang tujuh kerusi berbanding dengan pencapaian Abdullah pada 2008.

Mahathir berkata, Najib mungkin menghadapi kritikan dari dalam Umno.

Sudah tentu, tambahnya orang akan mempersoalkan keupayaan dan strategi Najib.

Di segi perlembagaan, kata Mahathir, Najib kekal sebagai ketua kerajaan selagi Umno menyokong.

Mahathir berkata beliau juga berkempen untuk pentadbiran Najib, dengan harapan pencapaian mereka akan lebih baik daripada 2008, walaupun beliau tidak menjangka BN mampu memperolehi majoriti dua pertiga.

Beliau mengingatkan bahawa BN harus belajar daripada kesilapan dalam PRU13 dalam berdepan dengan pilihan raya yang akan datang.

Katanya, keadaan boleh menjadi lebih buruk jika BN tidak belajar daripada kesilapan tersebut.

Beliau juga ditanya mengenai tanggapan DAP bekerjasama dengan BN untuk mewakili kaum Cina dalam kerajaan kerana MCA telah membuat keputusan untuk tidak menerima jawatan dalam kerajaan.

Katanya, ia terpulang kepada Umno dan DAP, sama ada mereka mahu mengambil bahagian dalam kerajaan.

Bagaimanapun, katanya, beliau tidak fikir DAP akan akan berbuat demikian kerana parti itu sentiasa menonjol MCA sebagai “budak suruhan” Umno, dan DAP akan dianggap sama seperti itu jika ia bersama dengan BN.

 

Sebaliknya, dakwa Mahathir, DAP adalah sebuah parti yang sentiasa mahu berada dalam kedudukan mendominasi.

Jangan lupa klik like kat bawah dan share kepada kawan-kawan lain :)

 

Via – MalaysiaKini

Incoming search terms:

  • apa kata mahathir tentang najib
  • komen tun mahathir tentang najib
  • komen mahathir tentang najib
  • mahathir komen najib
  • tun mahathir vs najib
Artikel lain..

Trackbacks

  1. [...] Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengakui bahawa beliau tidak menjangka prestasi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pilihan raya umum ke-13 akan lebih teruk daripada pendahulunya Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 2008. Mahathir, yang lantang mengkritik pentadbiran Pak Lah, berkata beliau menjangka presati Najib, sekurang-kurangnya lebih baik daripada Abdullah, [...] Nizarazu [...]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *