Sejarah Permainan Dam Ular

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, mesti ramai di antara kita pernah bermain permainan ini, permainan dam ular dengan menggunakan dadu. Memang seronok main permainan ini, hehe, tapi tahukah anda sejarah permainan dam ular ini?Mari teruskan pembacaan..

 

 

Dam Ular adalah permainan yang diperkenalkan dan dimain oleh orang-orang India sejak dahulu kala. Di India, Dam Ular popular dengan nama MOKSHA PATAMU yang diberikan oleh Guru Spiritual Hindu. Permainan ini disebut “Leela” dan mencerminkan kehidupan Hindu di mengharungi kehidupan sehari-hari.
Nama lainnya adalah “Tangga Keselamatan” yang telah dibawa ke Victoria Inggris di mana versi baru telah dibuat dan diperkenalkan oleh John Jacques di tahun 1892. Selepas itu, Dam Ular dibawa ke Amerika oleh seorang pembuat mainan bernama Milton Bradley di tahun 1943 dan telah diberi nama “Snakes n Ladder” yang bermaksud “Tangga Ular”.

 

Moksha Patam dikaitkan dengan Falsafah Tradisional Hindu bererti: “Karma dan Kama” atau yang bermaksud dengan “Takdir dan Keinginan”. Permainan ini juga berkaitankan dengan Pembelajaran Kesan dari Perbuatan Baik Melawan Perbuatan Buruk. Tangga mewakili kebaikan seperti kemurahan hati , iman , dan kerendahan hati (diri). Ular mewakili keburukan dan kejahatan seperti nafsu, kemarahan, pembunuhan, dan kecurian.

 

Moral pengajaran daripada permainan ini adalah Moksh, seseorang dapat mencapai keselamatan melalui berbuat baik. Sementara itu, dengan melakukan sesuatu yang jahat akan mengalami kelahiran semula ke bentuk kehidupan yang rendah.

 

 

Jumlah tangga kurang daripada jumlah ular sebagai peringatam bahawa jalan ke arah kebaikan adalah jauh lebih sukar daripada berbanding dengan jalan dosa. Biasanya angka “100? diwakili Moksha (keselamatan).
Di Andhra Pradesh, Dam Ular dimainkan dalam nama Vaikuntapali.

 

SUmber : Carigold

 

Incoming search terms:

  • permainan ular tangga
  • ular tangga
  • cara bermain dam ular
  • permainan dam ular
  • dam ular
Artikel lain..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *