Syarat Kelayakan Permohonan BR1M 3.0

Syarat Kelayakan Permohonan BR1M 3.0 Bantuan Rakyat 1Malaysia 2014. Seperti yang sedia maklum dalam pembentangan bajet 2014 yang lepas Perdana Menteri Malaysia akan meneruskan pemberian BR1M 3.0 iaitu Bantuan Rakyat 1Malaysia 3.0 untuk tahun 2014.

Seperti yang dinyatakan Perdana Menteri Malaysia, pemberian BR1M 3.0 ini tertakluk kepada beberapa syarat.

Syarat Kelayakan Permohonan BR1M 3.0

*Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia 2014 (BR1M 3.0) untuk isi rumah berpendapatan RM3000 dan ke bawah sebulan akan dinaikkan daripada RM500 kepada RM650.

*Pemberian Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M 3.0) untuk isi rumah berpendapatan RM3000 hinga RM4000 sebulan akan diberikan nilai bantuan sebanyak RM450.

*Pemberian Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M 3.0) untuk golongan bujang berumur 21 tahun dan berpendapatan RM2000 dan ke bawah sebulan akan dinaikkan daripada RM250 kepada RM300

Caruman Insuran Takaful Berkelompok Rakyat 1Malaysia atau i-BR1M

caruman Insuran Takaful Berkelompok Rakyat 1Malaysia atau i-BR1M bernilai RM50 diberi kepada semua penerima isi rumah BR1M bagi memberi perlindungan maksimum sehingga RM30,000 kepada penerima BR1M sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal.

Tarikh Permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia 2014 (BR1M 3.0) Secara Online

Tarikh permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia 2014 (BR1M 3.0) secara online boleh diisi bermula 23 Disember 2013 hingga 31 Januari 2014.
Pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia 2014 (BR1M 3.0) akan dibuat pada Februari 2014 kepada yang layak.

Syarat Permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia 2014 (BR1M 3.0)

Secara kebiasaannya syarat permohonan atau syarat kelayakan Bantuan Rakyat 1Malaysia 2014 (BR1M 3.0) adalah seperti tahun-tahun sebelumnya. Cuma ada penambahan untuk isi rumah yang berpendapatan RM3000 – RM4000.

1. Warganegara Malaysia
2. Berumur 21 Tahun Keatas
3. Isi Rumah Berpendapatan Bulanan RM3,000 dan Kebawah
4. Isi Rumah Berpendapatan Bulanan RM3,000 ~ RM4,000
5. Individu Bujang yang Berpendapatan Bulanan RM2,000 dan kebawah

Jangan lupa klik like dan share kepada kawan-kawan lain :)

 

 

Incoming search terms:

  • br1m 2014
  • brim 2014
  • BRIM 3 0
  • syarat brim 2014
  • br1m 3 0
Artikel Berkaitan..

Comments

  1. misah says

    saya penah terimah bantuan brim sebanyak 2 kli sdh,itu pun isi borng rayuan..pendapatan rm2100,ank 6 org.. tapi terpaksa isi borang rayuan..alasan borang tak lengkap la…status kawin tak sah la..bla ditanya,borang diisi betul…sepatutnya layakkan?…tahun nie klu nak bantuan brim kene isi borang rayuan lagi…betul ke,atau perlu diisilagi…?

    • Nizarazu says

      itu kena lihat status permohonan untuk brim 3.0 nnti hanya masukkan kad pengenalan dah buat semakan.. kalau dah ada tak perlu mohon lagi..

  2. ely says

    Salam. Nak tanya. Saya pernah daftar sebelum ni and BR1M saya lulus tapi saya tak ambil sebab kerja. Macam mana tu ye? Kira burn la?

    • Nizarazu says

      waalaikummussalam.. rasanya kalau terlepas dari tarikh pengambilan br1m boleh ke Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM). Tapi untuk maklumat lanjut boleh hubungi Hotline: 1-800-222-500 @ 1-300-88-3010 terlebih dahulu.

  3. hanniefizh says

    baca dari awal statement..

    Tarikh Permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia 2014 (BR1M 3.0) Secara Online

    Tarikh permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia 2014 (BR1M 3.0) secara online dijangka dibuka pada bulan November 2013.

  4. puziah says

    Saya berpendapatan rm 3600 tapi hanya saya menanggung segala perbelanjaan harian sb suami tidak memberi nafkah setiap bulan,adakah saya layak untuk pemohonan brim ini?

  5. umipijul says

    As Salam. sebelum ni sy terima BR1M di Kedah. sekarang sy dah berpindah ke Kajang. bole tak sekiranya sy nak apply menerima BR1M kat Kajang je. kalau bole kena buat macam mana ye?

    • Nizarazu says

      Waalaikummussalam.. boleh kemas kini info anda untuk penukaran alamat dan sebagainya apabila tarikh permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia 2014 (BR1M 3.0) dibuka secara online dijangka dibuka pada bulan Disember 2013. insyaAllah

  6. Rosalia willy says

    Salam. Jika suami tdk bekerja. Hanya isteri sahaja bergaji rm4396 dan mempunyai 6 org anak. Seorg dah kerja tapi baru sj. Layakkah suami memohon Brim 3.0? Terima kasih.

  7. safwan says

    Saya seorang duda…adakah saya layak menerima brim 2014? Brim yang sblum ni saya x dapat sebab saya masih berumahtangga…ada kh saya harus ke pejabat lembaga hasil untuk tukar status diri saya…. TQ…

  8. gaythri rajendran says

    salam sejahtera…saya bekerja sebagai kerani dalam bidang pembinaan..saya ada memohon BRM1M…saya nak tukar alamat yg baru jd saya kena rujuk dekat mana

  9. gaythri rajendran says

    salam sejahtera…saya bekerja sebagai kerani dalam bidang pembinaan..saya ada memohon BRM1M…saya nak tukar alamat yg baru jd saya kena rujuk dekat mana….adakah saya layak utk mendpt BRM 3.0 utk tahun depan

  10. Roy says

    Assalamualaikum , Saya kurang upaya, sebelum ini BR1M saya dapat dari JKM (OKU), skrg JKM bukan lagi btanggungjawab beri BR1M dan d minta mengisi borang di LDHN. OKU yg d beri elaun setiap bulan masih layak dan boleh mendaftar?

  11. RASHYEL says

    saya ni dah pernah dpt bantuan br1m 1&2…adakah saya perlu isi untuk borang yang ke 3 ini…sebab sya ni adalah OKU……

  12. NUR IRDAWATIE BINTI ABDULLAH PETRUS says

    Salam nak tanya adakah saya perlu mendaftar lagi setelah saya mendaftar untuk tahun lalu saya seorang anak tunggal dan kedua orang tua saya telah meninggal dunia tahun lalu dan saya berstatus bujang dan bekerja dengan pendapatan dibawa RM1.000 serta menghidap asma masalah pernafasan perlu sentiasa rawatan untuk sakit saya tetapi tahun lalu saya tidak sempat untuk mendapat bantuan itu kerana lewat dari tarik yang di tetapkan untuk mendapatnya,terima kasih

  13. mohd zaidi zaing says

    Salam..bapa saya baru saja meninggal dunia..dia pernah mendapat br1m 1 dan 2.persoalannya layakkah ibu saya mendapat br1m yg ketiga?

  14. biey says

    laman web ape tok memudah kn sy untok mbuat pemohonan secara on9
    dan sekira nya kawan saya telah ditangkap berada dipenjara masih boleh memohon pemohonan brim x

  15. SYAFINAZ says

    sy sudah 2 tahun tamat belaja tp nama sy still ada dekat voucher buku.. mcm mne nak tukar ye dr voucher buku ke brim nie?

  16. seth says

    slmat ptg. sy masi study di ipta extend 1 tahun lgi. ptptn x dpt suda. adakah sy layak menerima br1m untuk bujang 21 tahun ke atas?

  17. Anie says

    Ayah sy pernah dapat brim sblm ni .. Mcm mn nak semak status jika dia masih layak utk dapat brim 2014 ni? B
    H bg link tak?

  18. JW says

    Salam. Nak tanya mesti saya isi tanggunan i.e. mak saya yang masih dapat brim 2 bila saya memohon brim 3 untuk sendiri yang dapat RM3,00-RM4,000? Kalau saya isi nama mak boleh saya dapat ulus permohonan ini?

    • Nizarazu says

      boleh semak dengan klik kemaskini, kalau dah ada nama dan kad pengenalan tu, permohonan dah diterima tu, tunggu sama ada lulus atau pun tidak

  19. ELFyn says

    Borang tu dah isi tp , tapi tak boleh hantar sebab maklumat pasangan tidak lengkap ? dah check and isi semula , tapi tetap macam tu jgk . helpplease ~

  20. Rokiah says

    Salam, sya nk thu mcmna nk kemas kini bntuan brim ni sekiranya saya nk brtukar alamat, pohon bagi link supaya dpt kemas kini. Bantuan anda sgt d perlukan, terima kasih.

  21. Rokiah says

    Salam, saya nk tahu mcmna saya nk kemas kini br1m untuk yg bertukar alamat, pohon bagi link, prtlongan anda smat d perlukan. Terima kasih

  22. Aliahmad B Jamaluddin says

    Saya pertama kali mohon BR1M,
    status : bujang
    tapi ada tanggungan … Tanggungan saya : seorang sepupu OKU (terencat otak), anak yatim.
    1. adakah saya layak?
    2. sepupu saya menerima BR1M 1, tapi tidak BR1M 2, mengapa?

    • Raz Ram says

      1. layak untuk memohon sekiranya menepati syarat-syarat yang ditetapkan..
      2. mungkin untuk br1m no 2, sepupu anda telah melepas syarat yang ditetapkan.. tapi untuk keterangan lanjut boleh hubungi cawangan hasil yang terdekat.

  23. shima says

    salam…. Klu bujang n pendapatan 900 sbln ada tangungan 2 org itupun anak buah layk x memohon… N ble dpat br1m yg brapa punya….

    • Nizarazu says

      bujang masih dpat.. Pemberian Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M 3.0) untuk golongan bujang berumur 21 tahun dan berpendapatan RM2000 dan ke bawah sebulan akan dapat RM300

  24. noriza ibrahim says

    assalamualiakum.saya nk tanya,tahun 2013 abg sya menerima brim utk bujang skrang dia dh khwn..mcam mana nk dftar utk brim 3.0?

    • Nizarazu says

      waalaikummussalam.. Bagi pindaan Status Perkahwinan atau Maklumat Ahli Isi Rumah, sila hantar borang permohonan ke Cawangan LHDNM yang berhampiran.

  25. nurul says

    Sy nk tanya, wajib ke bkak akaun BSN? br1m tahun ni tak sama macam tahun lepas ke cara menerima br1m tu? Sy tak ada akaun BSN,tp sy bkerja dan susah nak ambil cuti. Macam mana nk bukak akaun,memg xsempat. Mohon jawapan. Terima kasih.

    • Nizarazu says

      buka akaun bank tak wajib dan bukan paksaan, itulah hanyalh untuk kemudahan diri. Sekiranya tiada kemaskini akaun bank, penerimaan BR1M adalah seperti tahun lepas..

  26. fatin says

    Assalamualaikum, sy nak tanya, saya bujang tidak bekerja, baru sambung belajar tetapi tidak menerima baucer buku pelajar. adakah sy layak uk memohon brim?

  27. nina says

    Saya ditinggalkan suami dlm 3 bln tanpa diberikan nafkah..masih belum bercerai. .tanggungan anak 3 org. Pendapatan rm2000 kebawah..adakah saya layak? Dan apa yg perlu sy isi di ruang status perkahwinan serta perlukah saya isi maklumat pasangan dan pendapatannya

  28. ain says

    Salam
    Sy just nk confirm…brim 2 sy dpt rm500 tuk family…tp brim 3 sy dpt rm4500 plak…gj n pdaptan still sm cam dlu…cam mn ekk

  29. says

    ayah saya telah meninggal dunia. saya telah mengambil BRIM atas nama arwah ayah untuk ibu saya. persoalan saya sekarang layakkah saya memohon duit khairat kematian arwah bapa sebagaimana yang telah tercarum insurans takaful yang telah dipotong rm50 dari BRIM3.0 Jika layak bagaimana dan dimanakahkan tempatnya untuk saya membuat urusan? terima kasih

  30. amir says

    saya sudah berkeluarga dan pendapatan seisi rumah tidak sampai 3k.tetapi saya tidak layak menerima brim kerana sudah menerima baucer buku.sy buat partime study.bagaimana dan boleh tak tukar baucer buku kepada brim?

Trackbacks

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *