• Home
  • Disclaimer
  • Link Exchange
  • Contact

Nizarazu.com

Sumber Informasi Anda!

  • Info
  • Isu Semasa
  • Agama
  • Pendidikan
  • Sukan
  • Hiburan
  • Resipi
You are Here: Nizarazu » Agama » Tanda – Tanda Kiamat Kecil Telah Lengkap Sempurna

Tanda – Tanda Kiamat Kecil Telah Lengkap Sempurna

June 28, 2012 By Nizarazu 7 Comments

  • Tweet
  • Tweet

Tanda – Tanda Kiamat Kecil Telah Lengkap Sempurna. Harus diingat, kita sudah pun ‘embrace’ kepada tanda-tanda kiamat besar secara tidak rasmi iaitu keluarnya Dajjal dan Yakjuj & Ma’juj. Dajjal telah pun keluar dan kini berada dalam peringkat ‘sehari sama seperti sebulan’ iaitu diluar dimensi masa manusia. Manakala Yakjuj & Ma’juj telah pun dibebaskan setelah Tembok Zulkarnain (dengan izin Allah) telah runtuh di Georgia. Golongan mereka pada hari ini telah menjadi Ashkenazi Jews & Zionist! Golongan mereka yang terakhir akan keluar ialah selepas Dajjal dibunuh oleh Isa a.s. Hanya 8 tanda-tanda besar kiamat yang masih tinggal. Allahu A’lam.

Tanda - Tanda Kiamat Kecil Telah Lengkap Sempurna

 

Disaat kita berada dalam lena yang panjang, ketika itulah kiamat akan datang, dan kalian kelihatan seperti keldai yang terpinga-pinga. Maka, ambillah peringatan, kerana peringatan itu amat berguna kepada mereka-mereka yang berfikir.

Tanda – Tanda Kiamat Kecil Telah Lengkap Sempurna

1) Penaklukan Baitulmuqaddis
Dari Auf b. Malik lah.a. katanya, Rasulullah s.a.w telah bersabda: “saya menghitung 6 perkara menjelang – hari kiamat.” Baginda menyebutkan salah 1 di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.” – Sahih Bukhari

2) Zina bermaharajalela
“Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.” – Sahih Muslim

3) Bermaharajalela alat muzik
“Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka.
” Ada yang bertanya kepada Rasulullah; “Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?” Baginda menjawab; “Apabila telah bermaharajalela bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita” – Ibnu Majah

4) Menghias masjid & membanggakannya
“Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid” – Riwayat -Nasai.

5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik
“Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga.” – Riwayat Ahmad dan Hakim.

6) Ramai orang soleh meninggal dunia
“Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik & ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran” – Riwayat Ahmad

7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat
“Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka’ bin Luka’ (orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia”
– Riwayat Thabrani

8) Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja
“Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja.” – Riwayat Ahmad

9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang
Diriwayatkan dari Abu Hurairah lah.a. “Di antara tanda-tanda telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian2 wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang”.

10) Bulan sabit kelihatan besar
“Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit.”
– Riwayat Thabrani

11) Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita
“Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu” – Sahih Muslim

12) Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar
“Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar.” – Riwayat Ahmad

13) Negara Arab menjadi padang rumput & sungai
“Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai” – Sahih Muslim

14) Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya kelihatan muda
“Pada akhir zaman akan muncul suatu kaum yang mencelupi rambut mereka dengan warna hitam seperti ‘bulu merpati’ yang mereka itu tidak akan mencium bau syurga.” – Sahih Abu Daud & Nasai

15) Munculnya gaya hidup mewah dan manja di kalangan umat Islam
“Apabila umatku berjalan dengan sombong dan yang melayan mereka adalah putera-puteri raja, putera-puteri Parsi dan Rom, maka orang yang paling buruk akan berkuasa terhadap orang yang paling baik (pilihannya).” – Riwayat Tarmizi, Sahih Abdullah ibnu Umar r.a.

Kini, Kita hanya menunggu saat tibanya..

Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata: “Datang kepada kami Rasulullah saw. dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: “Apa yang kamu perbincangkan?”. Kami menjawab: “Kami sedang berbincang tentang hari qiamat”. Lalu Nabi saw. bersabda: “Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya”. Kemudian beliau menyebutkannya: “Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam alaihissalam, Ya’juj dan Ma’juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka”.
(H.R Muslimi)

Keterangan:
Sepuluh tanda-tanda qiamat yang disebutkan Rasulullah saw. dalam hadis ini adalah tanda-tanda qiamat yang besar-besar, akan terjadi di saat hampir tibanya hari qiamat. Sepuluh tanda itu ialah:

1. Dukhan (asap) yang akan keluar dan mengakibatkan penyakit yang seperti selsema di kalangan orang-orang yang beriman dan akan mematikan semua orang kafir.

2. Dajjal yang akan membawa fitnah besar yang akan meragut keimanan, hinggakan ramai orang yang akan terpedaya dengan seruannya.

3. Binatang besar yang keluar berhampiran Bukit Shafa di Mekah yang akan bercakap bahawa manusia tidak beriman lagi kepada Allah swt.

4. Matahari akan terbit dari tempat tenggelamnya. Maka pada saat itu Allah swt. tidak lagi menerima iman orang kafir dan tidak menerima taubat daripada orang yang berdosa.

5. Turunnya Nabi Isa alaihissalam ke permukaan bumi ini. Beliau akan mendukung pemerintahan Imam Mahadi yang berdaulat pada masa itu dan beliau akan mematahkan segala salib yang dibuat oleb orang-orang Kristian dan beliau juga yang akan membunuh Dajjal.

6. Keluarnya bangsa Ya’juj dan Ma’juj yang akan membuat kerosakan dipermukaan bumi ini, iaitu apabila mereka berjaya menghancurkan dinding yang dibuat dari besi bercampur tembaga yang telah didirikan oleh Zul Qarnain bersama dengan pembantu-pembantunya pada zaman dahulu.

7. Gempa bumi di Timur.

8. Gempa bumi di Barat.

9. Gempa bumi di Semenanjung Arab.

10. Api besar yang akan menghalau manusia menuju ke Padang Mahsyar. Api itu akan bermula dari arah negeri Yaman.

Mengikut pendapat Imam Ibnu Hajar al-Asqalani di dalam kitab Fathul Bari beliau mengatakan: “Apa yang dapat dirajihkan (pendapat yang terpilih) dari himpunan hadis-hadis Rasulullah Saw. bahawa keluarnya Dajal adalah yang mendahului segala petanda-petanda besar yang mengakibatkan perubahan besar yang berlaku dipermukaan bumi ini. Keadaan itu akan disudahi dengan kematian Nabi Isa alaihissalam (setelah belian turun dari langit). Kemudian terbitnya matahari dari tempat tenggelamnya adalah permulaan tanda-tanda qiamat yang besar yang akan merosakkan sistem alam cakerawala yang mana kejadian ini akan disudahi dengan terjadinya peristiwa qiamat yang dahsyat itu. Barangkali keluarnya binatang yang disebutkan itu adalah terjadi di hari yang matahari pada waktu itu terbit dari tempat tenggelamnya”.

Sumber : Islamic Eschatology

 

Jangan lupa tekan like dan share kepada kawan-kawan lain :)

 

Incoming search terms:

  • contoh kiamat sugra
  • contoh kiamat kecil
  • contoh kiamat sugro
  • contoh kiamat
  • contoh kiamat kecil dan penjelasannya
Artikel lain..
Cara Menentukan Waktu Berbuka Puasa Bagi Orang Musafir
Hukum Wanita Bersalin Dengan Doktor Lelaki
Kisah Pengislaman Adam Corrie Lee Bin Abdullah
Hukum Simpan Kuku Panjang
Hukum Mengucapkan Merry Christmas Kepada Orang Bukan Islam
Senarai Coklat Mengandungi DNA Babi Di Langkawi
Hukum Memberus Gigi Semasa Berpuasa
Tarikh Dan Tempat Melihat Anak Bulan Syawal 2014 / 1435H

Comments

  1. Asyraf says

    August 26, 2012 at 1:45 pm

    yg aq thu : Sungai Eufrat/ Efrat atau sungai Furat adalah Sungai bermata air di Anatolia, Turki, dan bermuara di Teluk Persia. Sungai ini panjangnya kurang lebih 2,781 kilometer atau 1,730 mil.

    Di dalam riwayat Bukhari Muslim, Rasulullah SAW bersabda: “Sudah dekat suatu masa di mana sungai Efrat akan surut airnya lalu tampak perbendaharaan emas darinya, maka barangsiapa yang hadir di situ janganlah ia mengambil apapun dari harta itu.”

    Dari Abu Hurairah r.a.,Rasulullah SAW bersabda: “Hari kiamat tidak akan terjadi sampai (apabila) Sungai Efrat menjadi surut airnya sehingga nampaklah sebuah gunung dari emas. Banyak orang-orang (yang berada disitu) berperang untuk merebutkannya. Maka terbunuhlah sembilan puluh sembilan dari seratus orang yang berperang. Dan masing-masing yang terlibat (dalam peperangan itu) berkata, “Mudah-mudahan akulah orang yang selamat itu”.

    Reply
  2. cppsdude says

    December 2, 2012 at 11:16 am

    moga moga kita selamat dari melakukan perkara jahat

    Reply
  3. zaini says

    December 17, 2012 at 6:28 pm

    bg ku kemunculan al mahdi adalh tanda pertama menuju ke kiamat,kedua dajjal,isa,ykjuj
    makjuj dan seterusnya…pandangan ku berdasarkan pemeritahan mereka,al mahdi 7 tahun,dajjal 1 tahun 2 bulan mcm tu kemudian nabi isa turun dari langit dan peperangan di baitul maqdis,dajjal mati di tgn n.Isa and yakjuj makjuj keluar sperti semut keluar dari sarang nya an allah hapuskan dan selepas itu nabi isa perintah dunia selama 40 tahun…dan seterusnya…baru mathari dari barat dan binatang,asap dari yaman dan seterusnya…wallahu alam

    Reply
  4. muhd.isyraf ezani says

    March 1, 2013 at 11:35 am

    dajjal tu jahat ke admint?

    Reply
    • Hamba Allah says

      January 8, 2015 at 5:45 pm

      takkan la kau tak tau, dajjal tu mmglah jahat. Pada hari dajjal keluar nnti, waktu tu lah fitnah terbesar berlaku (iaitu fitnah dajjal). takda satu pon orng yg beriman mahu jumpa dajjal. aku pon taknak. jadi klau taknak jumpa dajjal, perbanyakkanlah baca surah al kahfi ayat 1-10. mudah2han kita tidak akan berjumpa dajjal nnti. aamin

      Reply
  5. syeela says

    June 12, 2013 at 3:53 pm

    11) Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita – seperti tv3

    Reply
  6. kipash says

    June 18, 2013 at 12:45 pm

    fitnah di mana-mana juga merupakan petanda kiamat nk tiba

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

NizarazuDotCom Fanpage

Follow Instagram

Load More...Follow on Instagram

Pilihan Pembaca

  • Cara Mudah Cerahkan Kulit Tangan Dan Kaki
  • Kemunjulan Dajjal Semakin Hampir
  • Cara Menghilangkan Jeragat, Jerawat Dan Parut Jerawat – Berkesan
  • Hukum Lelaki Memakai Baju Warna Merah
  • Teknik Manipulasi ASB Yang Tidak Diketahui Umum

Post Terbaru

  • Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus Ogos 2018
  • Status Facebook Yang Menghapuskan Semua Pahala Amal Soleh
  • Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus Januari 2018
  • Perkataan Yang Boleh Menjadikan Seseorang Itu Murtad
  • Hukum Potong Rambut Dan Kuku Bagi Peserta Korban Hari Raya Aidiladha

Popular Post Dalam 24 Jam

  • 12 Ayat-Ayat Cinta Untuk Mencairkan Hati Pasangan40
  • Taubat Nasuha Dan Cara Melaksanakan Solat Sunat Taubat30
  • Aneka Resipi Aiskrim Sedap Di Malaysia25
  • Cara Mudah Cerahkan Kulit Tangan Dan Kaki18
  • Cara Mudah Hack Facebook18

Iklan

Recent Comments

  • Taubat Nasuha Dan Cara Melaksanakan Solat Sunat Taubat. Allah S.W.T Tidak Jemu Untuk Mengampunkan Hambanya. - Eksposting.com on Taubat Nasuha Dan Cara Melaksanakan Solat Sunat Taubat
  • Senarai Multi Level Marketing Terbaik Malaysia – 1stchoicecredit.info on Senarai Ranking Universiti Terbaik Di Malaysia 2015
  • Nizarazu on Sekitar Gambar Musim Bunga Di Malaysia April 2014
  • khairul aanuar on Sekitar Gambar Musim Bunga Di Malaysia April 2014
  • mas on Siapa Nak Cari Pasangan??
  • mas on Siapa Nak Cari Pasangan??

Tags

AFC CUP 2015 AFF Suzuki Cup 2014 astro arena astro arena 801 astro arena live astro arena live streaming Astro Gempak 2014 Cara carta liga super 2014 carta liga super 2015 Di Facebook FA Cup 2015. jadual UAI 2015 JDT live streaming jdt tv keputusan liga super 2014 keputusan liga super 2015 Kesian Krisis Di Sabah! Kucing kuliah UAI Lelaki liga super 2014 liga super 2015 live astro arena Live Maharaja Lawak Live Streaming Astro Arena Live Streaming Astro Arena 801 maharaja lawak mega 2014 malaysia super league 2015 malaysia super league result MLM 2014 pahang vs jdt live streaming Piala AFC 2015 Piala FA 2015 piala malaysia 2014 result liga super 2015 Siaran langsung Maharaja Lawak Mega 2014 Untuk Ustaz azhar idrus Ustaz Azhar Idrus ceramah Video Maharaja Lawak Mega 2014 Wanita Yang
© 2011 ~ 2018 · www.nizarazu.com ·