Tarikh Hari Ibu 2014 Di Malaysia. Sambutan Hari Ibu telah diadakan berkurun lamanya dan ianya disambut di setiap tahun oleh penduduk di seluruh dunia termasuk Malaysia. Sambutan hari ibu ini bertujuan untuk menghargai jasa dan pengorbanan seorang ibu yang menjaga dan membesarkan kita sehingga dewasa. Kebiasaannya hari ibu di seluruh dunia disambut pada hari Ahad minggu kedua bulan Mei termasuk Malaysia. Walaubagaimanapun cara sambutan bagi setiap negara adalah berlainan dan berbeza bagi setiap negara.

Tarikh Hari Ibu 2014 Di Malaysia
Di Malaysia, tarikh sambutan hari ibu 2014 akan disambut pada 11 Mei 2014 bersamaan dengan hari Ahad minggu kedua tahun 2014.
Walaubagaimanapun, di dalam Islam, kita dituntut untuk menghormati ibu bapa kita setiap masa dan ketika. Bukannya hanya terhad kepada hari-hari tertentu sahaja seperti pada hari ibu atau hari bapa.
Firman Allah SWT dalam Surah al-Israa’, Ayat 23 hingga 24
Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “Ah”, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun). Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): “Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.”
Incoming search terms:
- hari ibu
- tarikh hari ibu
- hari ibu 2014
- tarikh hari ibu setiap tahun
selamat hari ibu! Bagi saya setiap hari, jam dan saat adalah hari ibu.
:)
Selamat hari ibu