Taubat Nasuha Dan Cara Melaksanakan Solat Sunat Taubat

Taubat Nasuha Dan Cara Melaksanakan Solat Sunat Taubat. Dalam islam seluas-luas pintu adalah pintu taubat. Allah S.W.T tidak akan jemu untuk mengampunkan hambaNya selagi hambNya percaya bahawasanya Allah S.W.T adalah satu-satunya Tuhan Yang Maha Mengampunkan hambaNya.

Dalam kalangan kita,mungkin ramai yang ingin bertaubat namun tidak tahu ke mana arah untuk mencari panduan. Berdampinglah dengan orang-orang soleh, jagalah solat, bacalah Al-Quran.

ALLAH swt sentiasa memerintahkan kita supaya bertaubat, sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: “Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang sebenar.” (At-Tahrim: 8.)

Allah telah membuka pintu harapan kepada hamba-hambaNya: “Katakanlah; wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampunkan dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Az-Zumar: 53)

solat sunat taubat

Syarat-syarat taubat :

1. Ikhlas ingin bertaubat
2. Tidak akan mengulangi perbuatan dosa itu lagi
3. Menyesal atas perbuatan yang telah dilakukan
4. Harus mempunyai tekad di dalam hati tidak akan melakukan dosa itu untuk selama-lamanya
5. Dikerjakan sebelum ajal tiba

Jika salah satu syarat tidak dipenuhi, maka taubat yang dilakukan itu tidaklah sah. Jika dosa berkaitan dengan manusia yang lain, maka syaratnya ditambah lagi, iaitu harus dapat membebaskan diri dari hak orang yang berkaitan. Contohnya jika hal itu berbentuk harta, harus dikembalikan. Jika berbentuk hukuman, ia harus menyerahkan diri mohon dimaafkan. Jika hal berupa cacian dan sebagainya, maka ia harus memohon keredhaannya.

Waktu melaksanakan taubat :

Taubat tidak boleh diundur-undur atau ditunda. Kerana jika demikian ia sangat berbahaya bagi hati manusia. Jika tidak segera menyucikan diri sedikit demi sedikit, maka pengaruh dosa itu akan bertompok-tompok, dan akhirnya akan merosakkan hati sehingga tertutup dari cahaya kebenaran.

Di antara penyebab yang akan membangkitkan jiwa bertaubat seseorang itu adalah jiwa yang selalu mengingati hari kematian dan hidup bersendirian di dalam kubur. Kata-kata mati adalah sesuatu yang sangat menakutkan kebanyakan manusia. Mati beerti berpisah dengan segala yang disayangi atau dicintai. Hari terputusnya segala nikmat. Sedangkan berpisah sebentar sahaja dengan anak atau isteri, dapat mengalirkan air mata kesedihan, apa lagi berpisah untuk selamanya

Firman Allah: “Sesungguhnya kamu akan mati dan sesungguhnya mereka akan mati pula.” (Az-Zumar: 30)

Di samping mengingat tentang azab penderitaan yang bakal dihadapi oleh orang-orang yang berdosa mengingat kenikmatan syurga yang bakal ditempati oleh orang-orang yang soleh juga akan dapat membangkitkan keinginan jiwa untuk melakukan taubat dengan segera.

Cara melaksanakan solat taubat :

Cara melaksanakan solat taubat ini sama dengan solat biasa, iaitu setelah berwuduk dengan sempurna, lalu berdiri di tempat yang suci, menghadap kiblat;

1. Waktu di lakukan – bila-bila masa merasa telah berbuat dosa (kecuali waktu makruh tahrim utk melakukan solat)*. Sebaik-baiknya 2/3 malam (pukul 2 pagi ke atas), semasa Qiyamullail

2. Lafaz niat: “Sahaja aku mengerjakan solat sunat taubat dua rakaat kerana Allah Ta’ala.” (Cukup di dalam hati, ada perbahasan ulama’ tentang lafaz niat dlm ibadah – sila rujuk kpd pakar feqah)

3. Rakaat pertama membaca (disunatkan membaca doa Iftitah) kemudian surah Al-Fatihah. Selepas itu mana2 ayat atau surah dalam al-Quran.

4. Rakaat kedua membaca surah Al-Fatihah. Selepas itu mana2 ayat atau surah dalam al-Quran.

5. Semasa sujud akhir rakaat kedua, ucapkanlah Doa Nabi Yunus sebanyak 40 kali (bersungguh-sungguh di dalam hati memohon keampunan dari Allah Ta’ala),

Ertinya: “Tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim.”

6. Selepas salam, perbanyakkan istighfar seperti,

Ertinya: Ampunilah hamba Ya Allah. Tuhan yang Maha Agung. Tiada Tuhan yang lain melainkan hanya Engkau. Dialah Tuhan yang Maha Hidup lagi Maha Perkasa dan hamba bertaubat kepada Engkau ya Allah.

7. dan berdoa dengan Penghulu Istighfar,

Ertinya: “Ya, Allah Engkaulah Tuhanku, Tidak ada Tuhan selain Engkau, Engkaulah yang menjadikan aku. Sedang aku adalah hamba-Mu dan aku di dalam genggaman-Mu dan di dalam perjanjian setia ( beriman dan taat ) kepada-Mu sekuat mampuku. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang telah ku lakukan. Aku mengakui atas segala nikmat yang telah Engkau berikan kepada ku dan aku mengaku segala dosaku. Maka ampunilah aku. Sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni segala dosa kecuali Engkau.”

8. Kemudian boleh juga berdoa mengikut luahan hati dan munajat masing-masing ke hadhrat Allah.

———————————————————–

 

*Makruh tahrim – Petikan dari “170 Solat-Solat Sunat”, Abd Rahman Mukhlis, Terbitan Jasmin Enterprise, ms 8-9 ;

Fuqaha Syafi’iyah berpendapat bahawa makruh tahrim hukumnya melaksanakan sembahyang sunat tanpa sebab, dan sembahyang itu dipandang tidak sah jika dilakukan dalam lima waktu berikut:

1. Selepas sembahyang Subuh yang dilaksanakan secara tunai (bukan sembahyang qadha’), hingga matahari menyingsing sepenggalah.

2. Ketika matahari terbit hingga menyingsing seperti galah.

3. Selepas melakukan sembahyang Asar yang dilaksanakan secara tunai sekalipun ia dijamak dengan Zuhur pada waktu Zuhur (jamak taqdim).

4. Ketika matahari berwarna kuning, hingga terbenam seluruhnya.

5. Ketika matahari benar-benar berada di atas kepala (di tengah-tengah langit) hingga gelincir ke Barat. Kecuali waktu Istiwa’ (matahari berada di tengah-tengah langit pada hari Jumaat.

Bagaimanapun, jika sembahyang yang dilakukan itu ada sebab yang mendahuluinya seperti sembahyang Tahiyyatul Masjid, walaupun khatib sudah berada di atas mimbar, sembahyang Sunat Wuduk dan sembahyang Sunat Tawaf sebanyak dua rakaat.

Begitu juga sembahyang yang mempunyai waktu terkait (muqayyad), seperti sembahyang Istisqa’ dan sembahyang Gerhana Matahari. Maka hukumnya adalah sah tanpa dimakruhkan, sebab ia terkait dengan turunnya hujan dan terhalangnya cahaya matahari.

Adapun melaksanakan sembahyang sunat ketika bilal qamat adalah makruh tanzih, kecuali ketika qamat sembahyang Jumaat. Sembahyang sunat yang dilakukan ketika bilal sudah qamat pada sembahyang Jumaat adalah haram hukumnya.

p/s : jangan pernah jemu untuk memohon keampunan kerana syaitan tidak pernah jemu untuk menarik anak Adam untuk bersamamya didalam neraka..nauzubillah..

Via – Microwriter

Incoming search terms:

  • taubat nasuha
  • cara solat taubat
  • Solat taubat
  • solat sunat taubat
  • solat taubat nasuha
Artikel Berkaitan..

Comments

  1. hamba Allah says

    terima kasih kerana kongsikan benda2 macam ni..boleh tak translate kan kpd bhase arab juga nak hafal nak buat selalu .

  2. Umat nabi Muhammad SAW says

    Assalamualaikum , Saya ingin bertanya . Jika saya melakukan solat sunat taubat sebelum pukul 2 pagi . Adakah solat saya itu tidak sah ?

  3. gadis biasa says

    saya hendak melakukan solat taubat , tapi saya takut kesilapan yang saya buat akan berulang . saya ragu-ragu dengan kawalan nafsu saya . apakah saya patut lakukan ? saya buntu :’(

    • Raz Ram says

      Kita MINTA MAAF…
      Kita ULANG BALIK kesalahan kita..
      Dan kita MINTA MAAF lagi,
      Lama-lama orang SAKIT HATI dengan kita..

      Tapi bila dengan ALLAH…
      Kita buat salah dan kita BERTAUBAT…
      Kita ulang- ulang buat kesalahan,
      ALLAH masih TERIMA taubat kita…

      Betapa ALLAH SAYANG kita,
      kita yang selalu TERLUPA akan hakikat tersebut… :)

  4. Intan Nursyafiqa Binti Mohamed Kamal says

    Assalamualaikum.. Informasi yang baik.. Mohon share ye.. Untuk sebagai panduan saya nak melakukan solat taubat ini.. Terima kasih..

  5. alya says

    salam
    izinkan sy bertanye..
    sy seowg wanita yg bnyk melakukn dosa bsr
    sy pnh melakukn zina..
    tpi sy nk berubh..sy nk sucikn dosa2
    sy nk taubat nasuha..
    admin..adkh allah akn terima taubat sy??

    • Nizarazu says

      waalaikummussalam.. alhamdulillah, perasaan kesal atau keinsafan yang ada dalam jiwa saudari menandakan bahawa cahaya iman itu masih kuat dalam diri saudari..

      Secara umumnya taubat bermaksud kekesalan dan keinsafan terhadap dosa yang dilakukan, lalu memohon keampunan Allah dan berazam untuk tidak mengulanginya lagi. Ini berdasarkan firman Allah: maksudnya:

      “Dan mereka yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat kepada Allah lalu memohon ampun dosa-dosa mereka – dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah -, dan mereka juga tidak meneruskan (perbuatan buruk) yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya). Orang-orang yang demikian sifatnya, balasannya adalah keampunan dari Tuhan mereka, dan syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan (bagi) mereka yang beramal” (Surah Ali ‘Imran: 135-136).

      pintu taubat dalam Islam ini sentiasa terbuka. Tidak kira besar mana pun dosa, berapa kali ia mengulanginya. Insan jangan berputus asa dari rahmat Allah. Firman Allah: (maksudnya):

      “Katakanlah: “Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah az-Zumar: 53).

      • says

        Assallamualaikum wbt . .sya sdh trlalu lama ingin tnggalkan dunia kegegelapan ini . Saya punyai teman2x atau abang long boleh tahan pengaruhnya bgtue dengan saya. .saya belajar sembahyang sendiri tampa sapa pun yang tau . .bila pertama kali saya lakukan solat pada waktu magrib . .kita msti mngeluarkan suara tuk baca ayat suci itu sdh smestiny. setiap kali dalam mengerjakan solat . .saya mesti hilang kushuk dan ingn percapat solat itu hbs. .niat dlm hati Saya x mau anak2x buah sya yg saya ne smbayang ,dgn ketukan pintu laa. . Suara bramai2x yg kuat memanggil nama ku. .sya malu d tertawakan. .setipa solat sya memstikan anak2x buah sya mang xda d kawasan bilik dgn niat blh solat kusyuk nnt . .
        Soalannya. .mcm mna sya berhadapan dgn ganster2x dn trus mngerkjakan perbuatan haram tp d belakang meraka 5 waktu x pernah tngglkan waktu. .apa kha kta saya trus bsmbunyi solat atau sya akan lar

        • Elie says

          Slm..maaf mencelah,memberi komen sedangkn sy jg hamba Allah swt yg lemah.. kkuatan diri adalah keimanan..keimanan adalah keredhaan Allah..cahaya di dlm hati and a minta jgn dipadam..prtahankn sesungguhnya sbg prjuangn keimanan anda..Allah sentiasa brsamamu..Allah juga kkuatanmu..brdoalh padaNya. mohonlh brsungguh2..spy ditunjukn jln penyelesaian kemelut anda..kuatkn hati..teguhkn semngat..ISLAM itu BENAR.. ALLAH hnya SATU..semoga dpermudahkn segalanya.Insya Allah :)

  6. Suee Lyariz says

    Assalamualaikum W.B.T…
    Terima kasih atas p’kongsian cara-cara m’dirikan n penerangan mengenai solat sunat taubat…
    Mohon share dlm fb ye….

  7. Nur'z Sue'adha says

    Assalamualaikum W.B.T…
    Terima kasih atas p’kongsian cara-cara m’dirikan n penerangan mengenai solat sunat taubat…
    Mohon share dlm fb ye….

  8. yezylea says

    bisa gak sholat taubat dilakukan sehabis sholat subuh., misal.nya tam 5 pagi, di tempatku subuh jam 04.30.,

  9. hambamu ingin bertaubat says

    Assalamualaikum.Saya ingin bertanya.Jika seseorang itu telah melihat video lucah dan dia bertaubat.Kemudian dia melihat semula video lucah itu.Dan dia bertauat lagi.Adakah solat taubat dia akan diterima.Kerana dia kadang-kadang teringin melihat semula video lucah dan tidak mengawal dirinya dan dia membuat dosa.Adakah dosanya diampunkan dia bertaubat lagi

  10. hambamu ingin bertaubat says

    Assalamualaikum.Saya ingin bertanya.Jika seseorang dia ingin membuka lawan web lucah contohnya komik hentai.Dia baru sahaja terlihat muka depan komik itu yang masih elok(tidak lucah).Kemudian dia tersedar bahawa dia mahu menahan dirinya daripada melihat video lucah.Adakah dia berdosa.

  11. jihad says

    assalamualaiku….saya mohon bantuan,saya byk melakukan dosa…syz pernah berzina,pernah mengintai perempuan mandi dan macam2 lagi…soalan saya mcm mna sya nk taubat dari dosa mengintai perempuan mandi..perlukah saya pergi minta maaf kpda orang tersebut..??saya takut untuk memohon maaf pada diorang…saya malu…macam mna saya perlu buat..adakah cukup sekadar memohon keampunan dari Allah…tolong saya

  12. manusia biasa says

    assalamualaikum ,sy sudah lma igin melakukan solat taubat ini tapi sy jgk tkot jika sy akn melakukan kslapn lgi slpas bertaubat,..map jika bertanya, apa sy tidak yakin dgn dri sndiri?…kdg2 sy brasa sdih dan mgalirkan air mata sbb tkot jika sy mati sblm bertaubat..sy perlukan sokongan dan tunjk ajar krana org skelilg sy sukar untk mpcayai sy…

    • ishah says

      wa’alaikumussalam. solat taubat tak perlu tangguh. bila dah ada niat dalam hati, teruskan, sebab Allah yang detikkan perasaan tu. Takut nanti, kita dah terbiasa dengan dosa, dan perasaan bertaubat tu tak lagi terasa dalam diri. Bila dah bertaubat, niat dalam hati, tak nak ulangi lagi dosa tu. Memang kita sebagai manusia tak sempurna, kadang terlupa, kadang tahu benda tu berdosa, tapi kita tetap buat juga. Sebab tu kita kena bertaubat berulang kali, paling kurang pun, sehari sekali buat solat taubat. Lama-lama nanti, insyaAllah, kita akan terbiasa. Yang penting, percaya pada diri :)

  13. Repent says

    Assalamulaikum, terima kasih untuk info ini. Tumpang tanya, saya telah lupa kepada siapa yang saya buat jahat dulu, dan ada pula yang telah lost contact dengan saya, macam mana saya nak memohon maaf terhadap mereka?

    • ishah says

      Wa’alaikumussalam. Kalau kalau orang yang kita zalimi itu sudah tidak kita ketahui di mana tempat tinggalnya atau kalau dia telah meninggal dan kita tidak sempat untuk meminta maaf kepadanya maka -secara ringkas- berikut amalan yang boleh kita lakukan:

      1. Banyak-banyak minta ampun kepada Allah.

      2. Menyesali kezaliman yang telah dilakukan kepada orang tersebut.

      3. Banyak-banyak bersedekah, kerana “sedekah itu menghapuskan kesalahan-kesalahan seperti air mematikan api.” (HR. At-Tirmizi)

      Wallahua’lam

  14. wanita berdosa says

    Assalam, sya ingin membuat solat taubat tetapi setiap kali membc doa nabi yunus di sujud terakhir sya x mampu. Tunduk terlalu lama dlm keadaan sujud buat sya rasa x larat. Mcm mn cara nak mengatasi nya. Jutaan terima kasih atas panduan yg pihak tuan berikan nanti.

  15. NOR says

    Saya ingin bertanya boleh ke saya bersolat taubat nasuha atas dosa2 besar cnthnye Dosa Zina dan meminum arak, kerana saya memang telah lama menninggalkan perbuatan itu namun masih belum bertaubat..jika saya tidak berhijab dan tidak bersolat,adakah layak untuk saya bertaubat atas kedua2 dosa tersebut?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *