• Home
  • Disclaimer
  • Link Exchange
  • Contact

Nizarazu.com

Sumber Informasi Anda!

  • Info
  • Isu Semasa
  • Agama
  • Pendidikan
  • Sukan
  • Hiburan
  • Resipi
You are Here: Nizarazu » Info » Tiga Perkara Yang Berat Tentang Solat

Tiga Perkara Yang Berat Tentang Solat

October 2, 2012 By Erika 1 Comment

  • Tweet
  • Tweet

Perkara pertama yang akan dihisab di akhirat sana nanti adalah solat. Solat itu tiang agama, solat itu mencegah kemungkaran. Dosa yang amat besar sekiranya meninggalkan solat dengan sengaja tanpa rasa menyesal.

 

Kita diwajibkan untuk memenunaikan solat lima waktu sehari semalam seperti mana yang terkandung dalam rukun Islam,bahawa orang Islam itu wajib mengikuti lima rukun Islam. Apa yang dimaksudkan dengan berat di sini?

 

Apa yang cuba disampaikan adalah mengenai kekangan mahupun halangan dalam mengerjakan solat. Dalam usaha untuk mendirikan solat,sudah pasti akan terdapat halangan dan ini akan menyebabkan berlaku kita tidak khusyu’ dalam solat.

 
 

solat

 
 

A. Berat sebelum melakukan sembahyang

 

Bagi orang Islam yang hatinya tidak khusyuk oleh itu mereka merasa berat dan beban dengan sembahyang. Orang begini tidak akan menunggu waktu sembahyang. Apabila khusyuk dengan Tuhan tiada, sudah tentu ada perkara lain yang kita agung-agungkan yang menjadi otak dan jiwa kita mungkin banyak atau mungkin sedikit seperti cintakan glamour, anak isteri, kemasyhuran atau kesusahan ataupun semuanya.

 

Orang yang begini tentu berat dan susah dengan sembahyang sebab gangguan kehidupan. Oleh sebab itu tidak larat untuk bersembahyang dan kalau dilakukan hanya fizikalnya sahaja sembahyang, fikiran dan hati tidak sembahyang.

 

 

Contoh – contoh berat sebelum sembahyang :

 

1. Bila rasa sayang meninggalkan kerja. Ketika mengerjakannya rasa terpaksa dan terseksa.
 
2. Bila sedang bersukaria dengan anak isteri tentu berat untuk sembahyang. Sembahyang pula dilakukan lewat dan tidak dari hati.
 
3. Apabila sedang mesyuarat, sembahyang dipandang berat, maka sembahyang dipandang kecil dan kerana bimbang dengan mesyuarat. Lalu tertinggal atau qada’ maka tidak khusyuklah solat.
 
4. Apabila sedang berkelah/berseronok dengan kawan-kawan sudah tentu sembahyang tidak diambil kiradan dipandang ringan. Apabila kenduri kendara kita jiwai supaya tiada cacat celanya maka sembahyang dilupai atau dilakukan dengan rasa terpaksa.
 
5. Waktu musafir badan terasa letih, asyik dengan pemandangan dan seronok hingga terpesona maka berat untuk melakukan sembahyang.
 
6. Apabila jiwa bertuhan tiada dan jiwa lemah, sembahyang tetap berat dan nak cepat-cepat. Lebih-lebih lagi untuk melaksanakan ikrar di dalam sembahyang.

 

Oleh itu orang yang hanya berfikiran tauhid bukan berjiwa tauhid tetap berat untuk sembahyang. Apa yang diingati oleh orang yang tak khusyuk di dalam sembahyang ialah perkara yang dijiwainya selain dari Allah dan ia besarkan maka itulah yang ringan dan mudah dilakukan. Ingatan inilah yang menggantikan ingatan pada Allah.

 

Kawan-kawan, anak isteri, mengira-ngira duit, setiap kesusahan, dendam kesumat dan setiap apa yang dijiwai sama ada seronok atau susah itulah yang datang dalam sembahyang.

 
 
 

B. Berat semasa sembahyang

 

Bila rasa bertuhan tiada, sembahyang rasa terpaksa. Oleh itu sembahyang dilakukan dengan cepat-cepat. Maka mengerjakan
sembahyang terasa penat. Berat, jemu, tak sabar, lambat, tidak bertenang-tenang lebih-lebih tak sabar untuk hayati/faham setiap lafaz yang dibacanya.

 

Akhirnya dibaca tanpa roh. Jika tarikan dunia lebih daripada itu maka masuklah perkara-perkara lain. Dan sembahyang dirasakan penat, jemu dan akhirnya boleh sampai tinggal sembahyang

 
 
 

C. Berat menunaikan tuntutan sembahyang

 

Dia seronok dengan sembahyang tetapi tak faham tuntutan sembahyang. Sewaktu sembahyang berbagai ikrar dibuat. Contohnya meminta jalan yang lurus iaitu jalan rasul-rasul dan ingin hidup ikut jalan Allah dalam seluruh aspek hidup. Ikrar dan janji yang sama diulang lima kali sehari.

 

Bagi orang yang khusyuk terasa amat takut dan bimbang. Oleh itu bila selepas sembahyang mereka sungguh-sungguh ikut ajaran Islam. Maka bimbang takut tak dapat laksanakan. Bezanya dengan orang yang berjiwa tauhid ialah mereka selalu lupa dan bohong dengan Tuhan.

 

Janji tidak ditunaikan dengan Tuhan bahkan lupa dan tidak sungguh-sungguh. Orang yang khusyuk hatinya sentiasa takut seolah-olah belum menunaikan janjinya.

 

Mereka yang tidak khusyuk tak sungguh-sungguh tunaikan janji kerana tarikan kepada Tuhan telah lemah. Oleh itu kehendak Allah walaupun telah berjanji tetapi amat berat untuk dikerjakan. Oleh itu berjanji untuk hidup ikut syariat tetapi yang diikut ialah teori-teori akal.

 

Sembahyang tidak dikaitkan dengan ekonomi, politik dan sosial. Membangunkan sembahyang ertinya membangunkan tamadun. Contohnya di dalam sembahyang memerlukan kain.

 

Perusahaan untuk membuat kain adalah fardhu kifayah bagi umat Islam, dari sini akan lahir teknologi pertanian, kejenteraan, pengangkutan, import ekspot dan lain-lain lagi. Sebab itu kita lihat banyak tamadun Islam yang dibangunkan oleh orang-orang dulu.

 

P/s : solat itu berat bagi kamu yang ambil ringan dan solat itu ringan bagi kamu yang ambil berat, islam itu sangat mudah.. ^_^

 

Via – Melayu Kini

Incoming search terms:

  • solat perkara pertama dihisab
Artikel lain..
Asal-Usul Mengapa Jarum Jam Bergerak Ke Arah Kanan
Pelik! Tasik Berwarna Merah Jambu Di Afrika
Jadual Perlawanan EURO 2012
Nurul Izzah Dihalang Masuk Sabah Tiada Motif Politik
Keranda 'Muncul' Dari Kubur
Gempar! Budak Lelaki Mempunyai Mata Seperti Kucing
Gempar! Misteri Lembaga Wanita Dalam Kereta Kancil Sinar Harian
Esok Malam Aku Jemput Kau Pukul 10

Comments

  1. OKje says

    October 2, 2012 at 8:00 am

    Solat itu adalah IBU segala Ibadah sepatah kata Dato’ Harun Din……walaupun mudah tapi berat bagi orang yg lalai… Semoga hidayah Allah itu berterusan untuk kita dan mereka!

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

NizarazuDotCom Fanpage

Follow Instagram

This error message is only visible to WordPress admins

Error: No connected account.

Please go to the Instagram Feed settings page to connect an account.

Pilihan Pembaca

  • Cara Mudah Cerahkan Kulit Tangan Dan Kaki
  • Kemunjulan Dajjal Semakin Hampir
  • Cara Menghilangkan Jeragat, Jerawat Dan Parut Jerawat – Berkesan
  • Hukum Lelaki Memakai Baju Warna Merah
  • Teknik Manipulasi ASB Yang Tidak Diketahui Umum

Post Terbaru

  • Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus Ogos 2018
  • Status Facebook Yang Menghapuskan Semua Pahala Amal Soleh
  • Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus Januari 2018
  • Perkataan Yang Boleh Menjadikan Seseorang Itu Murtad
  • Hukum Potong Rambut Dan Kuku Bagi Peserta Korban Hari Raya Aidiladha

Popular Post Dalam 24 Jam

  • Ciri-Ciri Isteri Derhaka Menurut Rasullullah101
  • Taubat Nasuha Dan Cara Melaksanakan Solat Sunat Taubat40
  • 12 Ayat-Ayat Cinta Untuk Mencairkan Hati Pasangan28
  • Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus Ogos 201819
  • Bertahanlah Sayang.. (18++)16

Iklan

Recent Comments

  • Taubat Nasuha Dan Cara Melaksanakan Solat Sunat Taubat – Info Sahih on Taubat Nasuha Dan Cara Melaksanakan Solat Sunat Taubat
  • Kata Ucapan Selamat Hari Minggu – kata on Sekitar Gambar Perkahwinan Fizo Omar Dan Mawar 10 November 2013
  • Mally on Senarai Lokasi Restoran Ramly Burger Di Malaysia
  • Kumpulan Gambar Greeting Card Hari Ibu | Rochman Blog on Koleksi SMS Ucapan Hari Raya
  • dinda on Kebenaran Islam Tentang Kucing Sejak 1500 Tahun Yang Lalu
  • Syaerozi on Adakah Kredit Maxis Anda Pernah Hilang Tiba-Tiba?

Tags

AFC CUP 2015 AFF Suzuki Cup 2014 astro arena astro arena 801 astro arena live astro arena live streaming Astro Gempak 2014 Cara carta liga super 2014 carta liga super 2015 Di Facebook FA Cup 2015. jadual UAI 2015 JDT live streaming jdt tv keputusan liga super 2014 keputusan liga super 2015 Kesian Krisis Di Sabah! Kucing kuliah UAI Lelaki liga super 2014 liga super 2015 live astro arena Live Maharaja Lawak Live Streaming Astro Arena Live Streaming Astro Arena 801 maharaja lawak mega 2014 malaysia super league 2015 malaysia super league result MLM 2014 pahang vs jdt live streaming Piala AFC 2015 Piala FA 2015 piala malaysia 2014 result liga super 2015 Siaran langsung Maharaja Lawak Mega 2014 Untuk Ustaz azhar idrus Ustaz Azhar Idrus ceramah Video Maharaja Lawak Mega 2014 Wanita Yang
© 2011 ~ 2018 · www.nizarazu.com ·