Toyota Tarik Balik 7.4 Juta Kereta

Pengeluar utama kereta, Toyota menarik lebih tujuh juta kenderaan keluarannya termasuk model Yaris, Corolla dan Camry kerana mengalami kerosakan pada suis tingkap.

 

 

Ini secara tidak langsung memberi kerugian ke atas 1,390,000 buah kereta di Eropah, 138,000 di United Kingdom, 2,470,000 di Amerika Syarikat dan 1.4 juta lagi di China.

 

Ini langkah penarikan balik terbesar selepas pengeluar kereta Ford pernah menarik semula lapan juta kenderaan mereka pada 1996.

 

Toyota bagaimanapun berkata, setakat ini tiada lagi laporan kemalangan, kecederaan atau kematian berlaku akibat masalah tingkap.

 

Ia turut menarik balik 459,000 kenderaan mereka di Jepun, 650,000 di Australia dan Asia serta ratusan ribu lagi seluruh Timur Tengah dan Kanada.

 

Antara model yang ditarik daripada jualan di pasaran termasuk model Yaris, Vios, Corolla, Matrix, Auris, Camry, RAV4, Highlander, Tundra, Sequioia, XB dan XD yang dihasilkan antara 2005 dan 2010.

 

 

Syarikat berkenaan akan menghubungi para pemandu model yang terjejas dari semasa ke semasa dan meminta mereka untuk memeriksa kereta mereka jika berhadapan dengan sebarang kerosakan.

 

Reputasi Toyota mula terjejas sejak 2009 akibat kerosakan yang membawa kepada beberapa kemalangan maut disebabkan tikar melekat di bawah pedal pemecut tetapi pihak syarikat telah memohon maaf akibat kekurangan tersebut.

 

Toyota turut menghadapi masalah pengeluaran akibat gangguan disebabkan tsunami 2011 dan memberi impak kepada mereka sebagai salah sebuah firma jualan kereta terbesar dunia. – Sinar Harian

 

Incoming search terms:

  • masalah toyota vios
  • masalah vios
  • masalah kereta vios
  • komen toyota vios
  • masalah kereta toyota vios
Artikel lain..

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *