Tragedi Banjir Terburuk Di Kuantan

Hujan lebat lebih daripada 10 jam telah menyebabkan bandar Kuantan dilanda banjir terburuk dalam sejarah.

Pelbagai gambar yang memperlihatkan jalan-jalan utama dan kenderaan ditenggelami air sedang hangat dikongsikan di laman sosial media.

 

Antara jalan yang ditenggalami air ialah Jalan Lim Hoe Lek, Jalan Pasar, Jalan Bukit Ubi, Jalan Wong Ah Jang, Jalan Mahkota, Jalan Abd Aziz, Jalan Air Putih, Jalan Haji Ahmad dan Jalan Beserah.

Ombak di Laut China Selatan dilaporkan mencecah 4 meter berdasarkan pengamatan seorang nelayan di Balok yang dihubungi Harakahdaily.

Kawasan-kawasan popular seperti Berjaya Megamall, Sri Dagangan, East Coast Mall and Zenith Hotel diselubungi air dengan kenderaan dilihat di bawah air setinggi paras pinggan.

Bekas Pengerusi NUTP (Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan) Ismail Nihat yang menetap di Taman Tas memberitahu Harakahdaily hujan lebat bermula 2 pagi semalam sehingga tengahari tadi sebelum beransur menjadi gerimis.

“Saya menelefon staf saya di pejabat (Jalan Darat Makbar), mereka memberitahu saya seluruh kawasan sekitar pejabat banjir dan menasihatkan saya agar tinggal di rumah,” katanya.

Hujan, katanya, baru berhenti ketika waktu Isyak, tapi langit masih mendung dikhuatiri akan hujan semula.

Ada laporan berkata banjir kilat di Kuantan kali ini mungkin disebabkan hujan lebat yang bertembung dengan air pasang di laut.

Ismail yang kini berusia 61 tahun berkata ini adalah banjir terburuk di bandar Kuantan setakat ini.

“Banjir besar di tahun 1971 pun bandar Kuantan tak seteruk macam ini,” katanya.

Seorang lagi penduduk di Semambu, Steven Say berkata beliau dimaklumkan jirannya dalam keadaan cemas kerana air banjir sudah melalui ruang tamu rumah.

“Saya berada di KL. Jiran saya menghubungi saya untuk memaklumkan keadaan. Jiran saya suruh jangan balik sebab seluruh kawasan perumahan (di Taman Tunas Jaya) ditenggelami air. Ini yang terburuk selama 20 tahun kami tinggal di kawasan itu,” katanya.

Sementara itu, Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Al-Haj ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah yang membuat tinjauan daripada udara untuk melihat keadaan banjir kilat yang melanda Kuantan.

Beliau menyeru kerajaan Pahang, Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) dan Jabatan Pengairan dan Saliran untuk mengkaji semula sistem perparitan di sekitar kawasan dan perumahan di bandar Kuantan.

Kata baginda, banjir kilat bukan disebabkan oleh paras air sungai yang meningkat atau sistem perparitan yang tersumbat tapi banyak parit dan longkang yang terlampau sempit menyebabkan air tidak boleh keluar. – HarakahDaily

Incoming search terms:

  • banjir di kuantan
Artikel Berkaitan..

Comments

  1. CGO says

    Hotel diselubungi air dengan kenderaan dilihat di bawah air setinggi paras pinggan.

    Klu paras pingan xde la teruk..hehe apape pn bgs matlumat ni.moga2 mangsa banjir tu semuanya selamat…

  2. Irfan says

    semlam saya ade gi kuantan..disebabkan cuaca teruk air mula naik x sampai sejam..dlm perjalanan nk pulang tu jam teruk n x leh kluar dari kuantan disebabkan air naik dgn cepat..x lama kemudian air pun mula surut..barulah dpt keluar dari kuantan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *